Anak Lorong (drama TV)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Drama yang bertajuk Anak Lorong merupakan sebuah Cerekarama TV3 arahan Khairul Amri Khalid (Keoi). Ia diterbitkan oleh Langkah Karya Production dan menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Rita Rudaini, Fiza Elite, Syafie Naswip, Taiyudin Bakar, Balqis, Idris Mat Diah, Boy Iman, Fadilah Mansor dan Zuraini Kassim.

Ia mula disiar di slot Cerekarama TV3 pada hari Sabtu, 10 November 2012 jam 10 malam.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Ia mengisahkan Rayyan, remaja berusia 17 tahun dan adiknya, Fara yang berusia enam tahun yang dijaga Khaty, teman baik ibunya, Melur yang dipenjarakan kerana terbabit dalam kegiatan tukang urut dan pelacur sambilan.

Rayyan mengambil keputusan berhenti sekolah dan mencari kerja supaya dapat menyara diri dan adiknya sebelum terbabit melakukan aktiviti tidak bermoral. Rayyan tersedar kesilapannya dan mahu berubah untuk kembali ke pangkal jalan. Bagaimanakah kesudahan kedua beradik ini.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]