Anak Mami (siri filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anak Mami
Logo telefilem Anak Mami (1996)
PenciptaProf. Madya Datuk A. Razak Mohaideen
Hasil kerja asalAnak Mami
Dimiliki olehGrand Brilliance
Metrowealth Movies Production
MIG Beats Sdn Bhd
Gitu-Gitu Productions
NAJ Productions Sdn. Bhd
Lineclear Motion Pictures
FiTA Studios
Primeworks Studios
Tahun2002 – kini
Filem dan televisyen
Filem

Anak Mami merupakan sebuah siri filem berdasarkan telefilem bersiri Anak Mami dan Menantu Mami Cucu Mami yang berkisarkan golongan anak mami, sebuah kelompok masyarakat di Pulau Pinang, Malaysia. Siri filem ini dihasilkan oleh beberapa buah syarikat filem iaitu Grand Brilliance, Metrowealth Movies Production, MIG Beats Sdn Bhd, Gitu-Gitu Productions, NAJ Productions Sdn. Bhd, Lineclear Motion Pictures dan FiTA Studios. Terdapat tujuh filem yang telah dihasilkan iaitu Anak Mami The Movie (2002), Mami Jarum (2002), Mami Jarum Junior (2003), Anak Mami Kembali (2005), Nana Tanjung (2006), Nana Tanjung 2 (2007) dan Anak Mami Nasi Kandaq (2016). Kesemua filem didalam siri filem ini diarahkan oleh Prof. Madya Datuk A. Razak Mohaideen. Piee telah membintangi dalam kesemua filem ini.

Filem Nana Tanjung merupakan filem yang paling berjaya dari segi komersial iaitu dengan kutipan sebanyak RM 3.02 Juta.

Pembikinan[sunting | sunting sumber]

Siri filem ini berdasarkan telefilem bersiri Anak Mami, Menantu Mami dan Cucu Mami yang keempat-empatnya diarahkan oleh Professor Madya dan disiarkan di TV3. Sambutan hebat yang diterima oleh drama-drama itu dengan purata bilangan penonton sebanyak tiga juta orang bagi setiap drama. Selepas enam tahun, skrip filem pertama iaitu Anak Mami The Movie berjaya dihasilkan. [1]

Filem[sunting | sunting sumber]

Anak Mami The Movie[sunting | sunting sumber]

Anak Mami The Movie ialah sebuah filem genre komedi dan keluarga Malaysia arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen.

Mami Jarum[sunting | sunting sumber]

Mami Jarum merupakan satu lagi filem terbitan Metrowealth Movies Production dan arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen. Filem ini berkisar seorang perempuan menangani masalah jiwa tanpa memikirkan keburukan diri. Filem ini ditayangkan pada hari pertama Aidilfitri tahun 2002.

Mami Jarum Junior[sunting | sunting sumber]

Filem Mami Jarum Junior ini adalah sambungan kepada filem Mami Jarum yang ditayangkan pada tahun 2003. Filem arahan Professor Madya A. Razak Mohaideen ini menampilkan barisan pelakon yang sama seperti filem sebelumnya tetapi watak utamanya telah bertukar daipada Kartina Aziz kepada Rita Rudaini.

Anak Mami Kembali[sunting | sunting sumber]

Anak Mami Kembali ialah filem Malaysia tahun 2005 arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen.

Nana Tanjung[sunting | sunting sumber]

Nana Tanjung ialah filem Malaysia tahun 2006 arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen.

Nana Tanjung 2[sunting | sunting sumber]

Filem Nana Tanjung 2 merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 2007. Filem Nana Tanjung 2 diterbitkan dalam bentuk filem warna dan merupakan arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen.

Filem Nana Tanjung 2 mula ditayangkan pada 2007 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Shaffii Jaafar, Saiful Apek, Fasha Sandha, Waheeda, Ainul Aishah, Sheila Mambo, Jehan Miskin, Mohd Hafiz dan ramai lagi.

Anak Mami Nasi Kandaq[sunting | sunting sumber]

Filem Anak Mami Nasi Kandaq mengisahkan mengenai persaingan dalam perniagaan Nasi Kandar antara keluarga Mamu Nizam (Chik Pak Man Telo) dan Mami Kalsom (Sheila Mambo).[2]

Mami Jarum Kembali[sunting | sunting sumber]

Filem Mami Jarum Kembali ialah filem Malaysia tahun 2024 arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen.

Kru[sunting | sunting sumber]

Role Filem Utama Filem spin-off
Anak Mami The Movie Anak Mami Kembali Anak Mami Nasi Kandaq Anak Mami Kembali 2 Anak Mami Nasi Dalcha Mami Jarum Mami Jarum Junior Nana Tanjung Nana Tanjung 2 Mami Jarum Kembali Nana Tanjung 3
Pengarah(s) Prof Madya A. Razak Mohaideen
Penerbit(s) Ahmad Puad Onah David Teo Abdul Lateiff Bin Haji Mohaideen TBA David Teo TBA A Latiff Mohaideen Latiff Mohaideen
Saniboey Mohd Ismail
TBA
Penulis(s) TBA Abdul Razak Mohaideen Azhari Zain TBA Prof. Madya A. Razak Mohaideen dikemaskini
Editor(s) Mariam Ibrahim Azhari Zain Faizul Bin Rashid TBA Lee Pai Seang TBA
Studio(s) Grand Brilliance Metrowealth Pictures
MIG Beats
Gitu-Gitu Productions
FiTA Studio TBA Metrowealth Pictures NAJ Productions Sdn. Bhd.
Lineclear Motion Pictures Sdn. Bhd.
Grand Brilliance Sdn Bhd
Grand Brilliance
Lineclear Motion Pictures
Razor's Edge Pictures TBA
Pengedar(s) Primeworks Studios MIG Pictures Alternate Pictures MIG Pictures Primeworks Studios TBA

Sambutan[sunting | sunting sumber]

Filem Tarikh tayangan Kutipan Bajet
Anak Mami The Movie 21 Februari 2002 RM 2.94 juta RM 1.20 juta
Mami Jarum 6 Disember 2002 RM 2.68 juta RM 1.20 juta
Mami Jarum Junior 29 Mei 2003 RM 1.80 juta RM 1.00 Juta
Anak Mami Kembali 3 November 2005 RM 2.01 juta RM 1.50 juta
Nana Tanjung 9 November 2006 RM 3.02 juta RM 1.50 juta
Nana Tanjung 2 29 November 2007 RM 2.21 Juta RM 1.50 juta
Anak Mami Nasi Kandaq 6 Julai 2016 RM 0.35 Juta RM 1.50 Juta
Jumlah RM 15.01 Juta RM 9.40 Juta

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Festival Filem Malaysia[sunting | sunting sumber]

Anugerah Anak Mami The Movie Mami Jarum Mami Jarum Junior Anak Mami Kembali Nana Tanjung Nana Tanjung 2 Anak Mami Nasi Kandaq
Pelakon Wanita Terbaik Pencalonan (Rita Rudaini)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Pencalonan (Ismail Din)
Pelakon Komedi Terbaik Menang (Kartina Aziz)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Musthafa, Saharudin (24 Jun 2001). "Pembikinan Anak Mami meriah". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-08-21. Dicapai pada 4 Julai 2016.
  2. ^ Ibrahim, Khadijah (4 Julai 2016). "Anak Mami Tiada Saingan". Utusan Malaysia. |access-date= requires |url= (bantuan)