Anak Mami Kembali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anak Mami Kembali
Anakmami.jpg
PengarahAbdul Razak Mohaideen
PenulisAbdul Razak Mohaideen
Lakon layarAbdul Razak Mohaideen
Dihasilkan olehDavid Teo
Dibintangi
Disunting olehAzhari Zain
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehMIG Pictures
Tarikh tayangan
  • 3 November 2005 (2005-11-03)
Masa tayangan
104 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM 2.01 Juta

Anak Mami Kembali ialah sebuah filem komedi romantik Malaysia 2005 arahan Abdul Razak Mohaideen. Filem ini dibintangi oleh Saiful Apek dan Fasha Sandha sebagai watak utama.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Saiful, anak sulung Mak Bee, berkelulusan luar negara. Seorang yang rugged dan agak loyar buruk. Dia sering kali menjadi mangsa leteran ibunya yang tidak sukakan penampilan dan perangainya. Saiful bercinta dengan seorang gadis bernama Fasha, anak kepada pasangan Ismail dan Saleha. Saiful tidak berani menceritakan kisah percintaannya dengan Fasha kepada keluarganya sehingga Mak Bee sendiri akhirnya menetapkan jodoh Saiful. Ida, adik kepada Saiful juga menghadapi masalah. Dia bercinta dengan Farid iaitu anak lelaki tunggal pasangan Zulkifli dan Normala. Sekali lagi Mak Bee yang mengetahui Ida mempunyai hubungan dengan seorang pemuda telah bertindak menghalang Ida daripada menjalinkan hubungan mereka. Mak Bee juga telah mengaturkan jodoh Ida dengan pemuda pilihannya. Pie yang sentiasa beralah dengan Mak Bee telah bertindak membantu cucu-cucunya kerana terlalu sayangkan mereka. Bermacam-macam cara yang dilakukannya demi melihat hidup cucu-cucunya bahagia. Berbagai-bagai kisah sedih dan lucu berlaku dalam usaha mereka itu. Adakah usaha mereka akan berjaya? Berjayakah cinta Saiful dan Fasha? Adakah Farid dan Ida dapat disatukan? Yang paling penting, adakah pendirian Mak Bee akan berubah?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Sambutan[sunting | sunting sumber]

FIlem ini dikeluarkan pada 3 November 2005 dan mendapat kutipan sebanyak RM 2.01 juta.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]