Anak Tupai Adventure Team

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Anak Tupai Adventure Team ialah sebuah pasukan pengembaraan di Malaysia.

Sejarah penubuhan[sunting | sunting sumber]

Logo ATAT

Anak Tupai Adventure Team (ATAT) ® telah ditubuhkan pada sekitar tahun 2004. Idea penubuhan ini datangnya daripada pengasas ATAT iaitu saudara Syahrizam yang menyukai aktiviti lasak. Beliau telah merangka aktiviti ATAT yang pertama iaitu ekspedisi ke Taman Negara. Aktiviti ini disertai dan juga mendapat sokongan daripada beberapa orang kenalan beliau yang sama-sama telah mendaki Gunung Stong, Kelantan.

Pada mulanya ATAT dikenali dengan nama Underground Club, tetapi telah diubah oleh saudara Syahrizam sempena terjumpanya seekor tupai oleh para pendaki ATAT di puncak Gunung Stong, yang juga aktiviti kedua ATAT. Timbulnya "anak" tupai sebenarnya diilhamkan dari sebuah lagu Keroncong Rakyat Kelantan iaitu "Ado seko anok tupa", iaitu lagu kegemaran saudara Syahrizam.

Walaupun pada mulanya penukaran nama ini dibantah sekeras-kerasnya oleh 'co-founder' ATAT iaitu saudara Ruzman dan saudara Black atas sebab-sebab tertentu, sehingga kini nama ini masih kekal.

Aktiviti ATAT seterusnya adalah ekspidisi ke Gunung Brincang dan Gunung Irau di Tanah Tinggi Cameron... dan juga Gunung Datuk di Negeri Sembilan.

Keempat-empat aktiviti ATAT yang pertama hanya disertai oleh golongan lelaki sahaja. Untuk aktiviti kelima ATAT iaitu ke Gunung Stong, penyertaan kepada kaum wanita dibuka buat pertama kalinya. Pada mulanya pendakian ini sepatutnya ke puncak Gunung Stong tetapi telah diubah pada saat akhir ke puncak Gunung Birut. Hal ini telah menjadi ilham kepada saudara Fahmi untuk memberi motto kepada ATAT iaitu "Jom Off-Track".

Selain daripada aktiviti-aktiviti yang telah disebutkan di atas, ATAT telah menganjurkan banyak aktiviti-aktiviti yang menarik seperti:

...dan banyak lagi


Sehingga rencana ini ditulis, aktiviti ATAT seterusnya ialah untuk mendaki Gunung Kinabalu pada Januari 2007.


Motto ATAT : "Jom Off-Track"

Aktiviti @ A.T.A.T[sunting | sunting sumber]

  1. Mendaki
  2. Menyelam
  3. Berenang
  4. Berakit
  5. 'Snorkeling'
  6. Berbasikal
  7. Melancong / Mengembara
  8. Trekking
  9. Berkayak
  10. 'Backpacking'
  11. Leisure trip
Banner ATAT yang akan dibawa ke puncak Gunung Kinabalu pada bulan Januari 2007


Pautan luar[sunting | sunting sumber]