Anarkisme

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Anarkis)
Bendera fahaman Anarkis

Anarkisme merupakan suatu falsafah dan cara hidup yang menolak pemaksaan kedaulatan sesuatu kerajaan ke atas seseorang.[1][2] Di dalam erti makna yang lebih besar, anarkisme menolak kerajaan yang berasaskan paksaan ataupun yang berjangka panjang.[3] Pemikiran ini juga menyokong pemansuhan kerajaan.[4] Anarkisme merupakan satu fahaman yang percaya bahawa kerajaan adalah satu badan yang berbahaya dan tidak diperlukan oleh individu dan masyarakat[4][5]. Frasa anarkisme berasal dari perkataan Yunani αναρχία yang secara harfiah bermaksud tanpa "archons", tanpa pemerintah.[6]

Anarkisme mempunyai pelbagai jenis dan tradisi yang berlainan dari pelbagai sudut[7][8] tetapi bukan semua tradisi itu wujud berasingan.[9] Tiada satu fahaman yang boleh menjelaskan falsafah yang dipegang oleh kesemua para anarkis dan para anarkis secara mutlaknya hanya mempunyai kesamaan yang kurang jelas.[10] Anarkis-anarkis yang berbeza pendapat mengemari beberapa sistem ekonomi. Ramai yang menyokong satu sistem yang merupai komunisme libertarian, anarkisme kolektivis atau "participatory economics". Sebahagian lain menyokong pasaran bebas seperti yang diperkatakan di dalam mutualisme, agorisme atau kapitalisme anarkis. Para anarkis mungkin mempunyai perbezaan dari segi pokok dengan memperjuangkan falsafah-falsafah dari individualisme ke kolektivisme.[11]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Malatesta, Errico, Towards Anarchism.
  2. ^ Anarchism. The Shorter Routledge Encyclopedia of Philosophy. 2005. P. 14 "Anarchism is the view that a society without the state, or government, is both possible and desirable."
  3. ^ Bakunin, Mikhail, God and the State, pt. 2.; Tucker, Benjamin, State Socialism and Anarchism.; Kropotkin, Piotr, Anarchism: its Philosophy and Ideal; Malatesta, Errico, Towards Anarchism; Bookchin, Murray, Anarchism: Past and Present, pt. 4; An Introduction to Anarchism by Liz A. Highleyman[1]
  4. ^ a b Anarchism. Encyclopædia Britannica. 2006. Encyclopædia Britannica Premium Service. 29 August 2006 <http://www.britannica.com/eb/article-9117285>
  5. ^ Carl Slevin "anarchism" The Concise Oxford Dictionary of Politics. Ed. Iain McLean and Alistair McMillan. Oxford University Press, 2003.
  6. ^ Anarchy Merriam-Webster's Online dictionary
  7. ^ Kropotkine, Petr Alekseevich. Anarchism: A Collection of Revolutionary Writings, Courier Dover Publications, 2002, p.5
  8. ^ R.B. Fowler (1972). "The Anarchist Tradition of Political Thought". Western Political Quarterly. 25 (4): 738–752. doi:10.2307/446800.
  9. ^ Sylvan, Richard. Anarchism. A Companion to Contemporary Political Philosophy, editors Goodwin, Robert E. and Pettit, Philip. Blackwell Publishing, 1995, p.231
  10. ^ Anarchism. The Oxford Companion to Philosophy, Oxford University Press, 2005, p. 31
    "there is no single defining position that all anarchists hold, and those considered anarchists at best share a certain family resemblance."
  11. ^ Carl Slevin "anarchism" The Concise Oxford Dictionary of Politics. Ed. Iain McLean and Alistair McMillan. Oxford University Press, 2003. Oxford Reference Online. Oxford University Press.