Anas Ridzuan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Anas Ridzuan
Kelahiran (1989-01-17) 17 Januari 1989 (umur 30)
Kulim, Kedah, Malaysia
KediamanKuala Lumpur
Nama lainAnas Mentor
PendidikanIjazah Filem, Teater dan Animasi
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi Mara (UiTM)
Pekerjaan
Tahun aktif2012–kini
PasanganAna Syuhada (berkahwin 2016)
Anak1
Kerjaya muzik
GenrePop, R&B
InstrumenVokal
Tahun aktif2012–2016

Anas Ridzuan (lahir 17 Januari 1989)[a] ialah seorang bekas penyanyi, pengacara TV dan pelakon lelaki Malaysia. Beliau ialah bekas peserta Mentor musim ke-6 yang dibimbing oleh Faizal Tahir.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Anas dilahirkan pada 17 Januari 1989 dan berasal dari Kedah, Malaysia. Beliau mempunyai ijazah dalam jurusan Filem, Teater dan Animasi di Universiti Teknologi Mara (UITM).

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Anas memulakan aktiviti seni beliau melalui rancangan nyanyian Mentor Musim Ke-6 dan menjadi anak didik kepada Faizal Tahir. Rancangan ini juga merupakan batu loncatan kepada Anas ke bidang lakonan apabila beliau banyak membintangi drama dan telefilem selepas menyertai pertandingan tersebut memandangkan beliau juga pernah berlakon teater dan drama sebelum ini.

Selain itu, beliau juga telah berjinak - jinak melibatkan diri dalam bidang pengacaraan program televisyen apabila diberi tanggungjawab dalam pengacaraan program terbaru TV3 iaitu Jalan - Jalan Makan Angin bersama Nadzmi Adhwa pada tahun 2016. [1] Program ini memberi fokus tempat - tempat penginapan yang unik dan mempunyai bajet yang sederhana diseluruh negeri di Malaysia.

Pada tahun 2016, Anas telah mengumumkan bahawa beliau telah berhenti daripada bidang nyanyian kerana ingin memberi tumpuan kepada bidang lakonan. [2]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Anas telah selamat menjadi suami kepada Ana Syuhada pada 22 Oktober 2016 dengan sekali lafaz. Bertempat di Masjid Seksyen 7, Shah Alam, pihak lelaki menyerahkan wang hantaran sebanyak RM15,000 dengan mas kahwin berjumlah RM300 berserta enam dulang hantaran berbalas tujuh. Majlis resepsi pasangan ini dijadualkan berlangsung di Dewan Melur Shah Alam pada 14 Januari 2017, manakala majlis sebelah pengantin lelaki dijangka bakal diadakan di Ipoh, Perak.[3]

Ana Syuhada merupakan bekas peserta Mentor Musim ke- 6 dan anak didik penyanyi Ramlah Ram. Pasangan ini telah mengenali antara satu sama lain selama enam tahun dan bercinta selama empat tahun.[4]

Pada 25 Februari 2018, Anas dan isteri telah selamat menimang cahaya mata lelaki. [5] [6]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

  • Hanya Dirimu (2012)

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Kunci
Filemografi yang belum dikeluarkan Menunjukkan filemografi yang belum dikeluarkan

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Pengarah Catatan
2014 CEO Aloy Razaisham Rashid
2015 Sunti @ Facebook Gel James Lee
2018 Busker Ucop Syed Khairul Fariz

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2013 Geng Kampung Pisang TV3
2014 OMG (Ohsem Music Group) The Series
Geng Kampung Pisang Musim Kedua
2015 Pengembaraan Jason Murad Murad TV9
2016 Nasi Minyak Kuah Cinta Faiz TV3 Slot Dahlia
2017 Jangan Ikut Aku Akil Slot Seramedi
2018 13 Khurafat Iwan Astro Prima & Astro Maya HD Ep 9 : Pelaris
2019 Cikgu, Papa Kirim Salam TV3

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2014 PI (Private Investigator) TV3
Superstra Norman
2017 Aku, Mawar & Makhluk Asing Astro Citra Slot Citra Exclusive
2019 Dulang Boy Abang John TV3 telefilem untuk DBKL 2019

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2012 Mentor Peserta TV3 menjadi anak didik Faizal Tahir
2016 Jalan - Jalan Makan Angin Pengacara mengacara bersama Nadzmi Adhwa
2017 - kini Gelak Sampai Kenyang Pengacara TV1 Pengacara bersama Najua Nasir dan Bob-T

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Senarai anugerah dan pencalonan yang diterima oleh Anas Ridzuan
Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2015 Festival Filem Malaysia ke-27 Pelakon Harapan Lelaki Terbaik Dicalonkan

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Beliau berkongsi tarikh lahir dengan Aiman Hakim Ridza yang juga rakan seperjuangannya dalam Mentor.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ 9 Oktober 2016, ditulis oleh Mohd Al Qayum Azizi. Karier Nyanyian Anas Ridzuan Suram Kerana Fokus Berlakon - Berita Hiburan. mStar Online
  2. ^ Fatin Farhana Ariffin (26 November 2016). "Anas Ridzuan berhenti menyanyi". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 November 2016. Dicapai 1 Disember 2016. 
  3. ^ Ifqdar Rahman pada 22 Oktober 2016.Protege Faizal Tahir dan Ramlah Ram selamat diijabkabulkan - Hiburan. Utusan Online
  4. ^ 27 September 2016. Anas Ridzuan & Ana Syuhada Bakal Nikah Oktober Depan. Mstar
  5. ^ Aqmar Mustaza. Linda Onn, Anas Ridzuan timang cahaya mata pertama. Sinar Harian
  6. ^ Syafil Syazwan Jefri. Anas gementar nak sambut baby. Harian Metro

Pautan luar[sunting | sunting sumber]