Anatomi (album Faizal Tahir)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anatomi
Album studio oleh
Dilancarkan pada4 November 2016 (Digital, CD)
Dirakamkan pada2014 - 2016
TempatMalaysia Edit the value on Wikidata
GenrePop, pop rock, Balada
Panjang50:23
BahasaMelayu Malaysia Edit the value on Wikidata
SyarikatFaithful Music
Warner Music Malaysia
PenerbitFaizal Tahir, Mike Chan, Ezra Kong, Audi Mok, Omar K
Kronologi Faizal Tahir
Faizal Tahir
(2013)
Anatomi
(2016)
Rojak
(2019)
Single daripada Anatomi
  1. "Assalamualaikum"
  2. "Sayang"
  3. "Sejati"
  4. "Bukan Yang Pertama"
  5. "Menang"
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Anatomi merupakan album studio keempat daripada penyanyi Faizal Tahir yang dilancarkan pada 4 November 2016 dalam bentuk digital dan fizikal. Album ini merupakan album pertamanya bersama Warner Music Malaysia selepas beliau meninggalkan syarikat rakaman Monkey Bone Records.[1][2]

Album yang diterbitkan bersama Mike Chan, Ezra Kong, Audi Mok dan Omar K mempertaruhkan tiga single utama, Assalamualaikum, Sayang, dan Sejati. Lagu lain ialah Setia, Suriram, Bukan Yang Pertama dan Menang, album Anatomi turut memuatkan lima lagu bonus iaitu Dirgahayu (bersama Datuk Siti Nurhaliza), Negaraku (bersama Joe Flizzow, Altimet dan SonaOne), Assalamualaikum (Acoustic), Assalamualaikum (ABPBH 2014) dan Assalamualaikum (AJL30).[3]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Mengambil masa dua tahun untuk disiapkan, Anatomi merupakan album studio keempat Faizal dan album pertama beliau yang diterbitkan oleh Warner Music Malaysia dan syarikat rakamannya sendiri, Faithful Music. Rakaman album ini dimulakan dengan keluaran single pertamanya, "Assalamualaikum" yang diterbitkan dalam 3 versi, iaitu versi studio, akustik dan persembahan secara langsung. Ia diikuti dengan single kedua, "Sayang" yang ditujukan khas untuk anak beliau, Khalid Al-Walid yang dilahirkan pada Oktober 2015.

Faizal berkata, lagu-lagu di dalam Anatomi mempunyai pelbagai maksud yang tersirat dan berkisarkan mengenai rencah kehidupan dan perhubungan sesama makhluk ciptaan Tuhan, dan menampilkan kelainan berbanding tiga album terdahulu.[4]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Anatomi menjadi subjek kecaman umum apabila konsep kulit album ini menjadi pertikaian banyak pihak.[5][6] Menurut Faizal dalam temuramah bersama Berita Harian, rekaan kulit album Anatomi mempunyai maksud yang tersendiri namun tidak berniat untuk mencetuskan kontroversi. "Saya tak salahkan peminat sekiranya mereka tidak senang dengan rekaan kulit album saya. Ini kerana mungkin mereka masih tidak faham maksud yang tersirat di sebalik rekaan terbabit. Saya tiada masalah dengan setiap kritikan negatif yang diberikan kerana saya faham dengan apa yang saya buat...Saya juga tahu ada maklum balas yang kurang baik mengenai rekaan itu, tetapi saya tiada masalah dengan hal itu. Sebab saya bersama pasukan saya yang membuat rekaan kulit itu. Bagi saya, selagi orang tidak dapat penjelasan mengenai rekaan album itu, selagi itu mereka akan tertanya-tanya dan memberi pelbagai pandangan,".[7]

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Anatomi dikeluarkan pada 4 November 2016. Album ini telah dipilih oleh Apple Music sebagai album terbaik 2016. Ini menjadikan Anatomi sebagai album Melayu pertama yang mengatasi ribuan album antarabangsa lain.[8]

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

No.TajukMasa
1."Assalamualaikum"3:38
2."Suriram"2:54
3."Sejati"3:31
4."Menang"3:26
5."Bukan Yang Pertama"3:37
6."Sayang"3:47
7."Setia"4:09
8."Dirgahayu" (bersama Datuk Siti Nurhaliza) 3:29
9."Negaraku" (bersama Joe Flizzow, Altimet dan SonaOne) 3:38
10."Assalamualaikum" (Acoustic)
11."Assalamualaikum" (ABPBH 2014)
12."Assalamualaikum" (AJL30)


Anugerah[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Karya Tercalon Keputusan
2015 Anugerah Planet Muzik Lagu Terbaik Malaysia Assalamualaikum Menang
Lagu Terbaik APM Menang
Anugerah Juara Lagu Terbuka Menang
Naib Juara
2016 Anugerah Industri Muzik Susunan Muzik Terbaik di Dalam Lagu Tercalon
Lagu Pop Terbaik Tercalon
Sejati Menang
Lagu Terbaik Menang
Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Lelaki) Tercalon
Anugerah Planet Muzik Artis Lelaki Terbaik Sayang Tercalon
Lagu Terbaik Malaysia Tercalon
2017 Anugerah Planet Muzik Artis Lelaki Terbaik Sejati Tercalon
Duo / Kolaborasi Terbaik Dirgahayu (bersama Siti Nurhaliza) Menang
Lagu Terbaik Malaysia Tercalon
Anugerah MeleTOP Era Lagu Meletop Sejati Tercalon
Anugerah Juara Lagu Terbuka Menang
Naib Juara
2018 Anugerah Planet Muzik Artis Lelaki Terbaik Menang Tercalon
Anugerah MeleTOP Era Lagu Meletop Dirgahayu (bersama Siti Nurhaliza) Tercalon
Grup / Duo Meletop Menang

Sejarah keluaran[sunting | sunting sumber]

Negara Tarikh keluaran Format Label
Malaysia 4 November 2016 CD, Muat turun digital[9] Penstriman digital[10] Faithful Music, Warner Music Malaysia

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Anatomi Album terbaru Faizal Tahir Kepala Bergetar (11 November 2016). Diperoleh pada 24 Januari 2017.
  2. ^ 'Anatomi' Faizal Tahir Album Terbaik 2016 Oleh Apple Music Diarkibkan 2017-04-19 di Wayback Machine mStar (14 Disember 2016). Diperoleh pada 24 Januari 2017.
  3. ^ Farihad Shalla Mahmud (18 Disember 2016). Kejayaan Anatomi lonjak semangat Faizal Tahir Berita Harian. Dicapai pada 18 Disember 2016.
  4. ^ Syahid Sokri (7 November 2016). 'Maksud tersirat' Harian Metro. Dicapai pada 8 November 2016.
  5. ^ Syafil Syazwan Jefri (29 November 2016). Pembaharuan daripada Faizal Harian Metro. Dicapai pada 1 Disember 2016.
  6. ^ Syahirah Mokhtazar (23 November 2016). Anatomi: Faizal Tahir's fourth album is a controversial body of work New Straits Times. Dicapai pada 23 November 2016.
  7. ^ Nur Syazwana Mansor (6 November 2016). Faizal Tahir tiada niat cetus kontroversi kulit album baharu Berita Harian. Dicapai pada 7 November 2016.
  8. ^ Syanty Octavia Amry (15 Disember 2016). Album Faizal diiktiraf antarabangsa Harian Metro. Dicapai pada 15 Disember 2016.
  9. ^ "Anatomi by Faizal Tahir". iTunes. 16 Mei 2017. Dicapai pada 16 Mei 2017.
  10. ^ "Anatomi by Faizal Tahir". Spotify. 16 Mei 2017. Dicapai pada 16 Mei 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]