Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa
Umum
PengarangAzhar Idrus
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu
SubjekAgama
Penerbitan
PenerbitPTS Publishing House
Tarikh penerbitan
13 September 2011
Jenis media
Cetakan, sampul kertas[1]
Halaman180
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 978-967-366-102-2

Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa ialah sebuah buku rujukan agama oleh penceramah terkenal Azhar Idrus, terbitan PTS Publishing House.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Buku Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa menjawab persoalan-persoalan semasa yang sering dihadapi oleh umat Islam dan ada juga persoalan rumit yang mencabar pemikiran dan ilmu seseorang bagi menjawabnya. Soalan ini dihimpunkan hasil kompilasi persoalan daripada orang awam kepada Ustaz Azhar Idrus. Ia dibukukan bagi dikongsikan jawapan kepada masyarakat.

Azhar Idrus terkenal sebagai tokoh agamawan yang aktif mengajar agama di banyak tempat di Malaysia. Dikenali sebagai ustaz yang berwatakan selamba, humor dan berani menyampaikan kebenaran menjadikan beliau disegani dan mudah dididampingi oleh sesiapa sahaja.

Bab[sunting | sunting sumber]

Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa mempunyai 12 bab seperti yang tertera di bawah:[2]

  • Bab 1: "Taharah Halaman"
  • Bab 2: "Wuduk"
  • Bab 3: "Solat"
  • Bab 4: "Puasa"
  • Bab 5: "Zakat"
  • Bab 6: "Haji dan Umrah"
  • Bab 7: "Aurat"
  • Bab 8: "Jual Beli"
  • Bab 9: "Nikah dan Kahwin"
  • Bab 10: "Al-Quran"
  • Bab 11: "Halal dan Haram"
  • Bab 12: "Isu Semasa"

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Anda Bertanya, Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa". PTS Publishing House.
  2. ^ "Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa". Godreads.