Andainya Takdir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Andainya Takdir
Genre
PenciptaA. Aida (cerita, konsep & idea asal)
Ditulis olehWan Mahani Wan Hassan
Pengarah
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Permata Cinta" oleh Aiman Tino
Lagu penutup"Permata Cinta" oleh Aiman Tino
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan musim2
Bilangan episod36
Penerbitan
Penerbit eksekutifMohd Fariz Che Aziz
Nur Farhana Dato' Sri Zulkifli
PenerbitLt. Kol. Bersekutu (PA) Dato' A. Aida
Datin Sri Noraini Abdul Jalil
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Syarikat penerbitan
A. Aida Production
Syarikat pengedaran
Primeworks Studio
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Format audioDolby Digital Plus
Siaran asal29 Mei 2017 – 2 Ogos 2018
Status28 Oktober 2020 - 6 Januari 2021 (ulangan)

Andainya Takdir ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia dibintangi oleh Shukri Yahaya, Nina Iskandar dan Puteri Balqis.[1] Drama yang diangkat daripada kisah benar ini mengisahkan tentang seorang suami yang sering memukul isterinya akibat cemburu dan termakan hasutan orang lain.[2] Musim pertama drama ini, yang diarahkan oleh Along Kamaludin memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda TV3 dari 29 Mei 2017 hingga 22 Jun 2017 menggantikan Menanti Februari.[3] Drama ini menjadi sebuah siri televisyen yang menjadi sohor kini di media sosial dan mencatatkan penarafan sebanyak 10 juta penonton.[4] Musim keduanya, yang diarahkan oleh Eoon Shuhaini, disiarkan pada 13 Jun 2018 sehingga 2 Ogos 2018.

Ringkasan siri[sunting | sunting sumber]

SiriEpisodTayangan asal
Tayangan pertamaTayangan terakhirRangkaian
11629 Mei 201722 Jun 2017TV3
22013 Jun 20182 Ogos 2018

Musim 1 (2017)[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan ketabahan Fatihah (Nina Iskandar) dalam mempertahankan rumah tangganya bersama Airil (Shukri Yahaya) yang penuh cabaran. Pasangan suami isteri ini mempunyai seorang puteri yang bernama Aleeya (Puteri Balqis). Kehidupan tiga beranak ini sentiasa dalam keadaan genting kerana Airil merupakan seorang yang panas baran dan cemburu buta. Segala perbuatan Fatihah dipantau oleh Airil dan setiap perbuatan Fatihah yang dilakukan tanpa kenan Airil, Fatihah pasti akan dipukul sehingga lebam.

Fatihah yakin bahawa dia mampu bertahan dengan sikap suaminya yang sebegitu demi Aleeya. Namun, kesengsaraannya tidak tertumpu kepada suaminya sahaja, sikap ibu mertuanya pula tidak menyumbangkan sebarang kebaikan dalam perkahwinannya. Ibu mertua Fatihah, Normah (Sheila Mambo) sentiasa bersikap keras kepala, menghasut, dan berprasangka buruk sentiasa membuat Fatihah kegetiran. Normah sememangnya tidak disenangi orang kampungnya kerana sikapnya yang suka menuduh tanpa soal siasat. Fatihah juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa buli emosi Normah apabila segala permintaan Fatihah kepada suaminya ditentang olehnya. Airil pula sentiasa menyebelahi ibunya sehingga sering membuat Fatihah berasa terpinggir.

Pahit getir Fatihah bertambah lagi dengan iparnya, adik kepada Airil, Norlin (Annie Ariffin) yang obses kepada kanak-kanak sentiasa dengki terhadapnya kerana Norlin tidak mampu untuk mempunyai zuriat. Cemburu dengan Fatihah yang cantik, tambahan pula mempunyai Aleeya, seorang anak yang tidak kurang cantiknya dan bijak, Norlin sentiasa menghasut ibunya untuk memaksa abangnya pulang ke kampung kerana Norlin ingin bermain dengan Aleeya. Sekiranya tidak dituruti permintaannya, Norlin mengugut untuk tidak pulang ke kampung juga.

Sungguhpun Airil mempunyai masalah panas baran dan sentiasa memukul Fatihah, dia sebenarnya terlalu menyayangi Fatihah. Airil juga berusaha untuk mengubah sikapnya dengan mempelajari cara-cara untuk mengawal sikap cemburu dan kemarahannya yang melampau itu. Dapatkah perkahwinan Fatihah bersama Airil bertahan? Mampukah Fatihah bertabah dengan segala cabaran kehidupannya? Adakah Normah, Norlin, dan Airil berubah sikap demi mengecapi sebuah keluarga yang harmoni?

Musim 2 (2018)[sunting | sunting sumber]

Airil yang sudah bercerai dengan Fatihah berusaha untuk menyatukan semula keluarga mereka termasuk menjalani rawatan dengan doktor psikatri. Airil masih tidak berputus asa memujuk Fatihah untuk rujuk semula walaupun setelah tiga bulan bercerai. Dia merasakan hidupnya tidak sempurna tanpa Fatihah dan Aleeya di sisi. Tapi Fatihah masih trauma dan makin membenci Airil bila Airil masih masuk campur urusan hidupnya hingga Fatihah berpindah ke Terengganu bersama Aleya.

Bila berjauhan barulah Fatihah terasa sukarnya hidup tanpa Airil dan terpaksa berdikari. Apatah lagi Aleeya kini sudah pandai memberontak dek sebab merindukan Airil dan tertekan kerana Fatihah lebih banyak meluangkan masa di tempat kerja baharu daripada anak sendiri. Pelbagai ujian melanda termasuklah desakan cinta dari Nizam, bosnya, masalah Aleya terpengaruh dengan budak nakal dan cinta baru dari Hafiz. Airil berusaha membantu Fatihah dalam diam dan cari kerja di Terengganu dengan terpaksa menggunakan Sofea yang mencintainya. Hinggalah Fatihah sakit berpunca dari pukulan Airil dulu, Fatihah makin membenci Airil. Namun pengorbanan Airil akhirnya disedari Fatihah.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Menurut penulis skrip drama ini, Wan Mahani Wan Hassan, Andainya Takdir berdasarkan dari kisah benar rakan karib beliau dan ia ditulis atas persetujuannya.[7][8]

Ulasan kritis[sunting | sunting sumber]

Menulis untuk New Straits Times, Tahir Alhamzah dalam ulasannya mengenai Andainya Takdir menyifatkan keganasan domestik sebagai teras utama penceritaan sambil menyatakan ia "mempunyai jalan cerita yang baik dan boleh dipercayai, persembahan oleh pelakon menarik perhatian ke titik di mana saya hanya begitu marah dengan Shukri, Sheila dan Annie setiap kali mereka membuat kesalahan".[9]

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan Ruj.
2018 Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2018 Aktor Pilihan Shukri Yahaya Tercalon [10]
Antagonis Pilihan Menang
Pengarah Pilihan Along Kamaluddin Tercalon
Skrip Pilihan Wan Mahani Wan Hassan Tercalon
Lagu Tema Pilihan Permata Cinta (Nyanyian Aiman Tino) Tercalon
Drama Pilihan A.Aida Production Tercalon
2017 Anugerah Skrin 2017 Drama Rantaian Terbaik Tercalon [11]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Drama Andainya Takdir (TV3) My Infotaip (23 Mei 2017). Dicapai pada 28 Mei 2017.
  2. ^ Mohd Izwanuddin Abd Rahim (21 Jun 2017). 7 Sisi Menarik Dalam Drama ‘Andainya Takdir’ Yang Anda Patut Tahu The Vocket. Dicapai pada 1 Julai 2017.
  3. ^ Andainya Takdir menyentuh hati Diarkibkan 2017-06-11 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Dicapai pada 1 Julai 2017.
  4. ^ Zaidi Mohamad (5 Julai 2017). Andainya Takdir rekod lebih 10 juta tontonan Berita Harian. Dicapai pada 5 Julai 2017.
  5. ^ Someone actually wanted to beat Malaysian actor because of his evil roles AsiaOne (19 Julai 2017). Dicapai pada 20 Julai 2017.
  6. ^ Norhayati Nordin (10 September 2017). Bukan lagi bahan sensasi Harian Metro. Dicapai pada 22 Februari 2018.
  7. ^ Meen Tahrin (18 Jun 2017). Andainya Takdir: Penulis skrip dedah kisah sebenar Media Hiburan. Dicapai pada 19 Jun 2017.
  8. ^ Kisah drama ini benar berlaku - Dakwa Skrip Drama Andainya Takdir Dianggap Keterlaluan, Ini Penjelasan Penulis Oh Bulan! (19 Jun 2017). Dicapai pada 20 Jun 2017.
  9. ^ Tahir Alhamzah (19 Jun 2017). Wife beater takes control New Straits Times. Dicapai pada 20 Jun 2017.
  10. ^ Kuasa pilih pemenang Anugerah DFKL 2018 di tangan peminat Utusan Borneo (6 Februari 2018). Dicapai pada 7 Mei 2018.
  11. ^ Kemala Othman. "19 Drama Bakal Rebut Trofi Drama Terbaik ASK2017". mStar Online. Dicapai pada 2017-11-13.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]