Anderlecht

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dewan bandar Anderlecht

Anderlecht merupakan salah satu daripada 19 kawasan perbandaran di Brussels.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Asal[sunting | sunting sumber]

Terdapat satu penemuan aktiviti manusia di tepi sungai Senne yang tertarikhkan sejak Zaman Batu dan Zaman Gangsa. Penemuan villa Rom dan necropolis Frank juga didapati di Anderlecht. Asal usul nama Anderlecht mungkin pada 1407 di bawah pertukaran Anrelech kepada Andrelet (1111), Andreler (1148), dan Anderlech (1186).

Pada 1356, Louis II menyerang Brussels pada wilayah Anderlecht lalu pertempuran ini dinamakan sebagai Pertempuran Scheut. Walaupun beliau mengalahkan kakak iparnya, Joanna dan mengambil alih takhta kakak iparnya itu, kakak iparnya kemudian meminta bantuan dari Charles IV. Pada 1393, charter dari Joanna mengatakan Anderlecht sebahagian daripada Brussels. Pada masa itu, gereja Saint Guido dibina semula dengan gabungan Romanesque dan Gothic.

Kini[sunting | sunting sumber]

Bandar Anderlecht menjadi budaya beacon pada abad ke-15 dan 16. Pada 1521, Erasmus menetap di bandar ini selama beberapa bulan. Charles, Duke Aumale juga mempunyai residen di sini.

Pada abad ke-17 dan ke-18 menyaksikan peperangan di antara Negara-Negara Rendah dan Perancis. Pada 3 November 1792, selepas Pertempuran Jemappes, Jeneral Dumouriez bersama tentera revolusi serta tentera Austria menyerang tempat ini sekali lagi. Anderlecht kemudian mengisytiharkan bebas daripada komun-komun Perancis. Pada abad ke-19, penduduk di Anderlecht semakin meningkat berbanding Brussels. Kini, Anderlecht mempunyai kelab bola sepak terkemuka Belgium, RSC Anderlecht.

Perayaan[sunting | sunting sumber]

Perayaan Anderlecht ini dikatakan daripada lembu yang diberi kuasa oleh William II dari Belanda pada 1825. Sejak itu, penduduk di sini membentuk perayaan termasuk pertunjukan lembu sambil dihiasi bunga sebagai menghormati kepada Saint Guido.

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Delhaize Group iaitu syarikat pasaraya mempunyai ibu pejabatnya di Anderlecht.[1]

Penduduk terkenal[sunting | sunting sumber]

Sukan[sunting | sunting sumber]

Anderlecht merupakan tempat halaman bagi kelab bola sepak RSC Anderlecht, yang merupakan pasukan paling berjaya di bola sepak Belgium dan prestasi memuaskan di kejohanan Eropah.

Bandar berkembar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Contacts Diarkibkan 2012-05-22 di Wayback Machine." Delhaize Group. Retrieved on 16 May 2012. "Square Marie Curie 40 1070 Brussels - Belgium"

Pautan luar[sunting | sunting sumber]