Andrei Alexandrescu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Alexandrescu pada persidangan ACCU 2009.

Andrei Alexandrescu ialah seorang pengaturcara C++ dan penulis Romania. Beliau terkenal melalui hasil kerjanya kepada reka bentuk berasaskan dasar yang diterapkan melalui pengaturcaraan meta templat. Idea tersebut disebutkan dalam buku karyanya, Modern C++ Design dan merupakan yang pertama diterapkan dalam pustaka pemrogramannya, Loki. Beliau juga menerapkan konsep "move constructors" pada pustaka MOJOnya.[1] Alexandrescu kini memegang jawatan sebagai ahli sains penyelidikan di Facebook. Beliau memberi sumbangan kepada C/C++ Users Journal di bawah "Generic<Programming>"

Alexandrescu membantu Walter Bright dalam pengembangan bahasa pengaturcaraan D. Beliau juga melancarkan sebuah buku berjudul The D Programming Language yang diterbitkan oleh Addison-Wesley pada Mei 2010.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Andrei Alexandrescu (February 2001). Modern C++ Design: Generic Programming and Design Patterns Applied. Addison-Wesley. ISBN 978-0201704310.
  • Herb Sutter, Andrei Alexandrescu (November 2004). C++ Coding Standards: 101 Rules, Guidelines, and Best Practices. Addison-Wesley. ISBN 978-0321113580.
  • Andrei Alexandrescu (June 2010). The D Programming Language. Addison-Wesley. ISBN 978-0321635365.

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Alexandrescu, Andrei (2003-02-01). "Move Constructors". Dr. Dobbs Journal. Dicapai pada 2009-03-25.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]