Andriy Rusol

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Andriy Rusol
Maklumat peribadi
Nama penuh Andriy Anatoliyovych Rusol
Tarikh lahir (1983-01-16) 16 Januari 1983 (umur 41)
Tempat lahir Kirovohrad, Ukrainian SSR, Soviet Union
Ketinggian 1.86 m (6 ka 1 in)
Posisi permainan Pertahanan (bersara)
Kerjaya remaja
1997–1998 Zirka Kirovohrad
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1998–1999 Zirka Kirovohrad 1 (0)
1999–2003 Kryvbas Kryvyi Rih 40 (0)
2003–2011 Dnipro Dnipropetrovsk 211 (9)
Jumlah 252 (9)
Pasukan kebangsaan
2003 Ukraine B21 1 (0)
2004–2011 Ukraine 49 (3)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 26 Mei 2011
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 26 Mei 2011

Andriy Anatoliyovych Rusol (lahir 16 Januari 1983 di Kirovohrad) merupakan bekas pemain bola sepak Ukraine, yang pernah bermain sebagai pertahanan untuk Dnipro Dnipropetrovsk dan pasukan kebangsaan Ukraine.

Karier kelab[sunting | sunting sumber]

Rusol merupakan pemain pertahanan. Dia memulakan kariernya bersama Zirka Kirovohrad dalam musim 1998–99. Dia kemudiannya berpindah ke Kryvbas Kryvyi Rih pada musim 1999–2000. Dia bermain untuk Kryvbas sehingga tahun 2003, sebelum berpindah ke Dnipro Dnipropetrovsk. Dia telah bermain 117 perlawanan untuk Dnipro dan telah menjaringkan 5 gol. Pada musim 2007–08, Rusol menjadi kapten Dnipro. Dia bersara pada 24 Ogos 2011 akibat kecederaan belakang, ketika berumur 28 tahun.

Karier antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Rusol membuat penampilan sulung untuk Ukraine pada 31 Mac 2004.[1] Sejak itu, dia telah bermain 49 perlawanan dan menjaringkan 3 gol.[2]

Rusol menjaringkan gol ketika Piala Dunia pertama Ukaine pada minit ke 4 menentang Arab Saudi dalam Piala Dunia FIFA 2006.[3] Baru-baru ini, dia merupakan kapten ketika menentang Sweden dan mengalahkan mereka 1–0.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Hobi Rusol ialah mendengar muzik jazz dan membaca.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Morrison, Neil. "International Matches 2004 - Europe". RSSSF, 2 February 2005. Retrieved on 6 May 2013.
  2. ^ Arnhold, Matthias & Mamrud, Roberto. "Ukraine - Record International Players". RSSSF, 29 February 2012. Retrieved on 6 May 2013.
  3. ^ FIFA. "Match Report - Saudi Arabia - Ukraine 0:4 (0:2)" Diarkibkan 2013-03-27 di Wayback Machine. 19 June 2006. Retrieved on 6 May 2013.