Anemometer

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anenometer jenis cawan hemisfera dicipta pada tahun 1846 oleh John Thomas Romney Robinson.

Anenometer ialah alat yang digunakan untuk mengukur kelajuan dan arah angin.

Anenometer tidak berubah banyak sejak perkembangannya pada kurun ke-15. Antara jenis anenometer kelajuan ialah: anemometer cawan, anemometer bilah, anenometer[1] wayar panas, anenometer Doppler laser, anemometer ultrasonik, anenometer resonans akustik dan anemometer bola ping-pong. Antara jenis anemometer tekanan pula ialah: anemometer plat, anemometer tiub dan anemometer statik tiub Pitot. Di lapangan terbang, adalah mustahak untuk mendapat maklumat angin yang tepat tanpa mengira keadaan, termasuk kerpasan beku. Untuk memastikan kelajuan angin dapat dibandingkan dari kawasan ke kawasan, kesan bentuk muka bumi perlu dipertimbangkan terutamanya dari segi ketinggian. Ketinggian anemometer yang piawai di kawasan perkampungan terbuka ialah 10 meter.[2] :)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ McCreary, Jeremy (October 30, 2004). "Anemometer the wind speed measurement". Anemometer the wind speed measurement. Dicapai pada 2006-11-07.
  2. ^ Oke, Tim R. (2006). "3.5 Wind speed and direction" (PDF). Initial Guidance to Obtain Representative Meteorological Observations At Urban Sites. Instruments and Observing Methods. 81. World Meteorological Organization. m/s. 19–26. Dicapai pada 4 February 2013.