Aneuk Jamee

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Aneuk Jamee merupakan salah satu suku bangsa yang terdapat di sepanjang pesisiran barat Aceh. Dari segi bahasa, mereka diperkirakan masih merupakan dialek dari bahasa Minangkabau dan menurut sejarah, mereka sememangnya berasal dari Ranah Minang. Orang Aceh menyebut mereka sebagai Aneuk Jamee yang bererti 'anak tamu' atau 'pendatang'.

Umumnya mereka bertumpu sekitar Kabupaten Aceh Barat Daya, Aceh Selatan, Nagan Raya dan sebahagian kecil di sekitar Meulaboh, Aceh Barat.