Ang Probinsyano

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ang Probinsyano
Juga dikenali sebagai
Brothers
Genre
  • Aksi
  • Drama keluarga
  • Thriler
  • Misteri
  • Saspens
  • Prosedur polis
Berdasarkan daripada
Ang Probinsyano oleh
Ronwaldo Reyes
PenciptaRondel P. Lindayag
Dibangunkan oleh
  • Roldeo T. Endrinal
  • Julie Anne R. Benitez
Ditulis oleh
  • Joel Mercado
  • John Joseph Tuason
  • Noreen Capili
  • John Anthony Rodulfo
  • Willy Laconsay
  • Airic Thomas Diestro
  • Tyron Santos
  • John David Cruz
  • Angelo Valmoria Roxas
Pengarah
  • Malu L. Sevilla
  • Avel E. Sunpongco
  • Toto Natividad[1]
  • Richard V. Somes
  • Kevin de Vela
  • Alan Chanliongco
  • Ram Tolentino
  • Enzo Williams
  • Rodel Nacianceno[2]
  • Nick Olanka
  • Manny Q. Palo
  • Darnel Joy R. Villaflor
  • Michael de Mesa[3]
  • Albert Langitan
  • Jeffrey Sonora
Pengarah kreatif
  • Johnny de los Santos
  • Dang Baldonado
Dibintangi oleh
Coco Martin
Penggubah lagu tema
  • Idonnah Lopez-Villarico
  • Rommel Villarico
Lagu pembukaan"Nandiyan Na Si Cardo" oleh Randy Santiago[4]
(2018–2019)
PenggubahRandy Santiago
Negara asalFilipina
BahasaFilipina
Bilangan musim9
Bilangan episod1,696
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Eileen Angela T. Garcia
  • Hazel Bolisay Parfan
  • Camille Camacho Rosales-Navarro
  • Roselle Beegee Soldao-Gannaban
  • Patricia Y. Tardecilla
PenerbitDagang Vilbar
PenyuntingFroilan Francia
Lokasi
Sinematografi
  • George Tutanes
  • Eli Balce
  • Elmer Haresco Despa
  • Romy Vitug
  • Joe Tutanes
Tempoh siaran35–45 minit
Syarikat penerbitan
Penyiaran
Saluran asal
Format gambar480i (SDTV)
1080i (HDTV)
Siaran asal28 September 2015 (2015-09-28) – 12 Ogos 2022 (2022-08-12)
Pautan luar
Laman sesawang

FPJ's Ang Probinsyano (Melayu: Orang Dari Wilayah; tajuk antarabangsa: Brothers), ialah siri drama aksi Filipina yang bersiaran di ABS-CBN. Ia berdasarkan daripada filem 1997 dengan tajuk sama, yang dibintangi oleh Fernando Poe Jr. dalam watak tajuk, dan menampilkan barisan pelakon diterajui oleh Coco Martin.[5] Siri ini memulakan tayangan perdana di blok petang ABS-CBN Primetime Bida dan di seluruh dunia menerusi The Filipino Channel pada 28 September 2015 menggantikan Nathaniel. Ia merupakan siri drama aksi yang paling lama bersiaran di televisyen Filipina.[6] Pada tahun 2019, siri ini mula didapati di Netflix yang mana musim pertama siri ini boleh didapati untuk penstriman.[7]

Susulan pandemik COVID-19 di Filipina dan penutupan sementara ABS-CBN berikutan arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Telekomunikasi Kebangsaan kerana lesen penyiarannya tamat, siri ini digantung dari siarannya dari 16 Mac 2020 hingga 20 Jun 2020.[8]

Siri ini kembali bersiaran di Kapamilya Channel, saluran TV berbayar milik ABS-CBN Corporation, pada 13 Jun 2020. Sepuluh episod terakhir sejak diberhentikan akan ditayangkan semula sebelum tayangan perdana episod baru.[9]

  • Gambaran keseluruhan siri
  • Ang Probinsyano mempunyai lima arka naratif atau "buku".
  • Buku pertama (Arka Sindiket) diterbitkan dari 2015 hingga 2017 yang merangkumi musim pertama dan kedua dan memfokuskan pada pelbagai kes yang dihadapi Cardo sebagai ahli CIDG, berkaitan dan tidak berkaitan dengan arka utamanya.
  • Buku kedua (Arka Pemberontakan dan Keganasan) mengandungi musim ketiga dan keempat siri ini dan memfokuskan pada pertemuan Cardo dengan "Pulang Araw" (terj.  Matahari Merah) sebagai anggota Pasukan Tindakan Khas dan menyamar di bawah nom de guerre "Agila" (terj. Helang), dan kemudiannya sebagai sebahagian daripada kumpulan vigilante "Vendetta".
  • Buku ketiga (Arka Politik) merangkumi musim kelima dan keenam siri ini dan memfokuskan kepada drama politik yang lebih besar di Filipina.
  • Buku keempat (Arkah Jenayah dan Rasuah), sebaliknya, dibuka dengan musim ketujuh siri ini dan mengisahkan kembalinya Cardo ke pasukan polis dan usaha berterusannya untuk memerangi jenayah dan rasuah di negara ini. Ini diikuti dengan musim lapan rancangan itu yang menyaksikan Lily bergerak untuk mengukuhkan kuasanya sebagai kedua-dua wanita pertama Republik dan ketua kartel dadah antarabangsa di Filipina.
  • Buku kelima (Arka Antarabangsa) mengikuti Pasukan Petugas Agila yang mengembara ke utara untuk mencari tempat persembunyian baru selepas membunuh raja dadah Enrique Vera, setelah membalas dendam terhadap pembunuhan Audrey, kakak kepada P/Cpt. Lia Mante dan anak perempuan Fernando Mante, dalam musim kesembilan. Keluarga Mante meninggalkan negara untuk keselamatan mereka. Setibanya di Norte (Terj. Utara), mereka berjaya menyewa rumah itu, sementara musuh mereka masih berkeliaran mencari mereka.
  • Ang Probinsyano dijangka menamatkan pengeluaran pada 12 Ogos 2022 untuk memberi laluan kepada pembuatan semula Mars Ravelo's Darna 2022.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Bonoan, Reggee (21 July 2016). "Toto Natividad, direktor ng pampelikulang mga eksena sa 'Ang Probinsyano'". Balita Online. Dicapai pada 28 March 2019.
  2. ^ Constantino, Ronald (9 May 2017). "Coco Martin: Call him 'direk'". Tempo. Dicapai pada 22 November 2018.
  3. ^ Dimaculangan, Jocelyn (28 March 2019). "Michael de Mesa becomes one of the directors of Ang Probinsyano". PEP. Dicapai pada 28 March 2019.
  4. ^ "Mga kalaban magtago na kayo dahil "Nandiyan Na Si Cardo"" [Bad guys hid now because "Nandiyan Na Si Cardo" (lit. Cardo has come)] (dalam bahasa Filipino). Dreamscape Entertainment. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-04-05. Dicapai pada 31 October 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ Buan-Deveza, Reyma (18 May 2015). "Coco to star in TV remake of FPJ's 'Ang Probinsiyano'". ABS-CBN News. Dicapai pada 31 July 2015.
  6. ^ Anarcon, James Patrick (14 April 2019). "19 Longest-running ABS-CBN Teleseryes". PEP. Dicapai pada 28 December 2019.
  7. ^ "You can now binge watch 'Ang Probinsyano' on Netflix". CNN Philippines. 10 May 2019. Dicapai pada 10 May 2019.
  8. ^ "After nearly 5 years, 'Cardo' takes primetime break as Metro Manila undergoes quarantine". ABS-CBN News. 14 March 2020. Dicapai pada 17 March 2020.
  9. ^ Hallare, Katrina (June 4, 2020). "'Ang Probinsyano,' other ABS-CBN programs to return as new channel set to emerge". Philippine Daily Inquirer. Dicapai pada June 4, 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]