Pergi ke kandungan

Angeline Koo Haai Yen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Angeline Koo Haai Yen
古海燕
Ahli Dewan Undangan Negeri Perak
bagi Keranji
Menyandang jawatan
19 November 2022
Didahului olehChong Zhemin
(PHDAP)
Majoriti8,749 (2022)
Maklumat peribadi
Lahir
Angeline Koo Haai Yen

(1974-06-26) 26 Jun 1974 (umur 52)
PerakMalaysia Kampar, Perak, Malaysia
Parti politikParti Tindakan Demokratik (DAP)
Gabungan politik
lain
Pakatan Harapan (PH)
Anak2
Tempat belajarSekolah Perdagangan Shen Jai Ipoh
(Dewan Perdagangan dan Perindustrian London (LCCI))
Pekerjaan
  • Ahli politik
  • Pengarah Syarikat
Angeline Koo Haai Yen
Nama Bahasa Cina
Tulisan Cina Tradisional古海燕
Tulisan Cina Ringkas古海燕

Angeline Koo Haai Yen (Cina ringkas: 古海燕; Cina tradisional: 古海燕; pinyin: Gǔ Hǎiyàn; lahir pada 26 Jun 1974) merupakan seorang ahli politik dan pengarah syarikat Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Perak (ADUN) bagi kawasan Keranji sejak November 2022. Beliau merupakan ahli Parti Tindakan Demokratik (DAP), sebuah parti komponen dalam gabungan Pakatan Harapan (PH). Beliau merupakan wanita pertama yang menjadi ADUN Keranji. Beliau pernah menjadi Ahli Majlis Daerah Kampar (MDKpr), Penolong Khas kepada ADUN Keranji Chong Zhemin dan pengarah sebuah syarikat tersenarai.[1]

Ahli Dewan Undangan Negeri Perak (sejak 2022)

[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan raya negeri Perak 2022, Koo telah membuat penampilan sulung pilihan rayanya setelah dicalonkan oleh PH untuk bertanding di kerusi negeri Keranji.[2] Koo memenangi kerusi tersebut dan telah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Perak (ADUN) bagi kawasan Keranji selepas menewaskan Ng Wah Leng dari Barisan Nasional (BN), Foong Kar Sing dari Perikatan Nasional (PN) dan Puah Chee Haur dari Parti Warisan (WARISAN) dengan majoriti sebanyak 8,749 undi.[3]

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Dewan Undangan Negeri Perak[4][5]
Tahun Kawasan pilihan raya Calon Undi Peratus Lawan Undi Peratus Undi sah Majoriti Hasil
2022 N42 Keranji Angeline Koo Haai Yen (DAP) 12,201 69.46% Ng Wah Leng (MCA) 3,452 19.65% 17,566 8,749 62.18%
Foong Kar Sing (GERAKAN) 1,803 10.26%
Puah Chee Haur (WARISAN) 110 0.63%
  1. "◤攻新计◢ 绝不得过且过 古海燕:我有能力". China Press (dalam bahasa Cina). 13 November 2022. Dicapai pada 8 Disember 2024.
  2. "GE15: Perak DAP to take on 8 parliamentary, 19 state seats". New Straits Times. 29 Oktober 2022. Dicapai pada 8 Disember 2024.
  3. "Malaysia GE15 / PRU15 & 6 States Elections - Perak - The Star". The Star. Dicapai pada 8 Disember 2024.
  4. "RESULTS OF CONTESTED ELECTION AND STATEMENTS OF THE POLL AFTER THE OFFICIAL ADDITION OF VOTES STATE CONSTITUENCIES FOR THE STATE OF PERAK". lom.agc.gov.my.
  5. "The Star GE15 Online Perak". election.thestar.com.my.