Angka Abjad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Abjad Arab
هـ
Sejarah · Transliterasi
Harakat · hamzah ء
Angka · Perangkaan
Sistem angka
Sistem angka Hindu-Arab
Arab barat
Arab timur
Burma
India
Khmer
Mongol
Thai
Angka Asia timur
Batang pembilang
Cina
Jepun
Korea
Suzhou
Vietnam
Angka abjad
Abjad
Armenia
Āryabhaṭa
Cyril
Ge'ez
Greek (Ionia)
Ibrani
Sistem lain
Aegean
Attic
Babylon
Brahmi
Etruscan
Inuit
Maya
Mesir
Quipu
Rom
Sumeria
Urnfield
Sistem kedudukan dengan asas
Perpuluhan (10)
1, 2, 3, 4, 5, 6, 8, 12, 16, 20, 30, 36, 60

Angka Abjad ialah sistem angka perpuluhan yang memberikan nilai angka kepada 28 huruf abjad Arab. Sistem ini telah lama digunakan di dunia Arab, lama sebelum pengenalan angka Arab pada abad ke-8. Dalam bahasa Arab dan bahasa Melayu moden, perkataan ʾabjadiyyah dan abjad digunakan secara umum, merujuk kepada semua jenis set huruf terselaras.

Dalam sistem Abjadi, huruf pertama abjad Arab, alif (ﺍ) , digunakan untuk mewakili 1; huruf kedua, ba (ﺏ) digunakan untuk mewakili 2, dan seterusnya. Ada juga huruf yang mewakili gandaan 10 dan 100: contohnya Ya (ي) untuk 10, Kaf (ك) untuk 20, Qaf (ق) untuk 100, dan seterusnya.

Nama "abjad" (أبجد) adalah berasal dari empat huruf pertama abjad Phoenicia, abjad Aramia, abjad Ibrani, dan yang sekeluarga dengannya. Bagaimanapun, kesemua abjad-abjad purba ini hanya mengandungi 22 huruf, dan berhenti pada huruf Ta, yang bernilai angka 400. Sistem abjadi Arab berterusan dari sini, dengan huruf yang tak dijumpai dalam abjad lain:Sa (ث) yang bernilai 500 dan seterusnya.

Susunan Abjadi[sunting | sunting sumber]

Susunan Abjadi dalam abjad Arab mempunyai dua variasi yang sedikit berbeza. Susunan Abjadi tidak mewarisi susunan abjad Semitik utara, kerana walaupun ia memiliki satu tempat yang sama dengan huruf Aramia samekh/semkat (ס), tiada huruf abjad Arab yang diadaptasi dari huruf tersebut. Ketiadaan samekh telah digantikan dengan pembahagian huruf Shin (ש) semitik kepada dua huruf Arab yang berlainan, syin (ش) dan sin () yang diletakkan di tempat samekh.


1) Susunan Abjadi yang biasa adalah seperti berikut:

غ ظ ض ذ خ ث ت ش ر ق ص ف ع س ن م ل ك ي ط ح ز و ه د ج ب ا
gh dh kh th t sh r q f s n m l k y z w h d j b ā

Susunan di atas biasa divokalkan seperti berikut:

  • ʼabǧad hawwaz ḥuṭṭī kalaman saʻfaṣ qarašat ṯaḫaḏ ḍaẓaġ.

Vokalisasi yang lain ialah:

  • ʼabuğadin hawazin ḥuṭiya kalman saʻfaṣ qurišat ṯaḫuḏ ḍaẓuġ

2) Susunan Abjadi lain yang mungkin lebih tua tetapi kini hanya digunakan di Maghreb ialah:[1]

ش غ ظ ذ خ ث ت س ر ق ض ف ع ص ن م ل ك ي ط ح ز و ه د ج ب ا
sh gh dh kh th t s r q f n m l k y z w h d j b ā

Yang boleh divokalkan seperti berikut:

  • ʼabuğadin hawazin ḥuṭiya kalman ṣaʻfaḍ qurisat ṯaḫuḏ ẓaġuš

Kamus-kamus moden dan buku-buku rujukan tidak lagi menggunakan susunan abjadi secara abjad; sebaliknya, susunan baru yang dipanggil hijāʼī (هجائي) (huruf-huruf dikumpulkan mengikut kesamaan bentuk) digunakan:

ي و ه ن م ل ك ق ف غ ع ظ ط ض ص ش س ز ر ذ د خ ح ج ث ت ب ا
y w h n m l k q f gh sh s z r dh d kh j th t b ā

Jenis susunan lain alfabaʼī yang digunakan secara meluas dalam Maghreb sehingga baru-baru ini, telah ditukarkan kepada susunan Mashriqi:[1]

ي و ه ش س ق ف غ ع ض ص ن م ل ك ظ ط ز ر ذ د خ ح ج ث ت ب ا
y w h sh s q f gh n m l k z r dh d kh j th t b ā

Kamus Parsi menggunakan susunan yang sedikit berbeza , di mana و datang sebelum ه‍ bukan selepasnya.

Penggunaan sistem Abjad[sunting | sunting sumber]

Sebelum pengenalan sistem angka Hindu-Arab, nombor-nombor Abjad digunakan untuk segala tujuan Matematik. Dalam bahasa Arab moden, ia digunakan khusus untuk penomboran senarai kerangka, senarai bahan-bahan, dan senarai maklumat penting. Dalam bahasa Inggeris, senarai maklumat penting biasanya ditanda dengan "A", "B", dan "C" (atau mungkin juga dengan angka Rumi: I, II, III, IV), sementara di dalam bahasa Arab, ia ditanda dengan "أ‎", "ب‎" dan "ج‎", yang mengikut bunyi dari abjad Rumi, bukan mengikut susunan hijāʾī moden.

Nombor Abjad juga digunakan untuk menetapkan nilai angka bagi perkataan Arab untuk tujuan numerologi. Frasa Islam yang terkenal بسم الله الرحمن الرحيم bismillāhirraḥmānirraḥīm ("dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang" – lihat Bismillah) memiliki nilai angka 786 (diperolehi dari nilai angka terkumpul untuk semua huruf 2+60+40+1+30+30+5+1+30+200+8+40+50+1+30+200+8+10+40), dan perkataan "Allah" الله itu sendiri mempunyai nilai angka 66 (1+30+30+5).

Nilai untuk huruf[sunting | sunting sumber]

Nilai Huruf Nama Transliterasi
1 ا alif ā / ʼ
2 ب bāʼ b
3 ج jīm j
4 د dāl d
5 ه hāʼ h
6 و wāw w / ū
7 ز zayn/zāy z
8 ح ḥāʼ
9 ط ṭāʼ
       
Nilai Huruf Nama Transliterasi
10 ى yāʼ y / ī
20 ك kāf k
30 ل lām l
40 م mīm m
50 ن nūn n
60 س sīn s
70 ع ʻayn ʻ
80 ف fāʼ f
90 ص ṣād
       
Nilai Huruf Nama Transliterasi
100 ق qāf q
200 ر rāʼ r
300 ش shīn sh
400 ت tāʼ t
500 ث thāʼ th
600 خ khāʼ kh
700 ذ dhāl dh
800 ض ḍād
900 ظ ẓāʼ
1000 غ ghayn gh

Beberapa daripada nilai-nilai berangka adalah berbeza bagi Abjad alternatif. Bagi empat huruf Parsi, nilai berikut digunakan:[petikan diperlukan]

Nilai Huruf Nama Transliterasi
2 پ pa p
3 چ čim č
7 ژ že ž
20 گ gaf g

Sistem yang sama[sunting | sunting sumber]

Angka Abjad adalah sama dengan angka Ibrani sehingga 400. Sistem angka Ibrani dikenali dengan nama Gematria dan digunakan dalam teks dan numerologi Kabbalah. Sepertimana angka Abjad, ia digunakan pada zaman moden untuk penomboran senarai kerangka dan maklumat utama, termasuklah enam hari pertama dalam seminggu. Angka Greek berbeza dengan angka Abjad dalam beberapa perkara (contohnya tiada huruf yang sama untuk ص, ṣād dalam abjad Greek), bagaimanapun sistem yang memiliki 27 huruf ini juga masih lagi digunakan untuk penomboran senarai.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]