Angkatan Keadilan Insan Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Angkatan Keadilan Insan Malaysia
Malaysian People's Justice Front
AKIM
KetuaZakaria Salleh
Diasaskan16 Februari 1995[1]
Dibubarkan15 Disember 2010
Ibu pejabatKota Bharu, Kelantan[2]
Keahlian15,000[3]
Warna rasmiHijau, Kuning, Merah

Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) adalah bekas sebuah parti politik di Malaysia. AKIM merupakan serpihan daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang diasaskan pada 1995, berikutan percanggahan pendapat dalam kalangan ahli. AKIM kini telah diambil alih dan dijenamakan sebagai Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) [4].

Penubuhan[sunting | sunting sumber]

AKIM telah ditubuhkan pada 16 Februari 1995 oleh bekas Yang Dipertua PAS Kawasan Pasir Puteh, Cikgu Musa Salleh kerana tidak berpuas hati dengan Kerajaan PAS Kelantan yang dikatakan tidak melaksanakan hudud dengan segera. Semenjak awal 1991, beberapa pimpinan PAS dari kelompok ini telah mempersoalkan kewibawaan Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar Kelantan kerana kononnya lebih mengutamakan perkara-perkara remeh dalam pentadbiran daripada melaksanakan undang-undang jenayah syariah.

Nik Abdul Aziz pada 2 Februari 1991 telah mempertegaskan bahawa hudud akan dilaksanakan oleh kerajaan secara berperingkat-peringkat, bukannya dengan tergesa-gesa. Dalam pada itu, pada 7 November 1992, draf Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan telah berjaya diluluskan oleh Majlis Syura Ulamak PAS, sebelum ia dibentangkan di DUN Kelantan pada 24 November 1993. Walau bagaimanapun Cikgu Musa mendakwa PAS tidak mampu mentadbir secara Islam kerana kegagalan menyegerakan perlaksanaan hudud ini.

Ekoran dari rasa tidak puas hati dengan pendekatan bertahap yang dibuat oleh Kerajaan PAS dalam perlaksanaan hukum jenayah syariah ini, pada 5 Februari 1992, Cikgu Musa telah bertindak keluar dari PAS, tetapi gagal menarik ahli-ahli PAS bersama beliau. Pada 13 Julai 1994 beliau mengumumkan penubuhan parti AKIM yang hanya disertai oleh ahli-ahli keluarga dan pengikut tegarnya sahaja. AKIM yang hanya berjaya didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS) pada 16 Februari 1995 telah dipimpin oleh Cikgu Musa (1995-1998), Mohd Din Nizam Din (1998-1999), Muhammad Yusof (1999-2002), Hanafi Mamat (2002-2009) dan Zakaria Salleh (2009-2010).

Pilihan raya[sunting | sunting sumber]

AKIM bertanding dalam pilihan raya umum 1995 di 15 kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan dan 2 kerusi Parlimen, tetapi hampir semuanya hilang deposit. AKIM bertanding lagi dalam pilihan raya umum 1999 untuk 1 kerusi Parlimen dan 1 kerusi DUN Kelantan, tetapi tidak berjaya.[5] Pada tahun 2008, AKIM bertanding dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh, tetapi hanya berjaya meraih 92 undian, sekaligus kerugian deposit RM 15,000. Walaupun begitu, beliau berharap agar pilihan raya kecil itu dijadikan landasan untuk mendedahkan partinya kepada umum. Pada 2009, AKIM menyatakan hasrat bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu. Walau bagaimanapun, bakal calonnya, Harun Mohamad mengumumkan tidak bertanding dan menyatakan sokongan kepada parti PAS[6].

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Tahun Jenis Kawasan Negeri Nama Calon Catatan
2008 Pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh Pulau Pinang Hanafi Hamat Hilang Deposit

Tewas melawan BN dan PKR

1999 Pilihan raya umum Parlimen Pasir Puteh Kelantan Hasim Othman Hilang deposit

Tewas melawan PAS dan BN

DUN Gaal Kelantan Dr Mohd Asri Mejah Hilang deposit

Tewas melawan PAS dan BN

1997 Pilihan raya kecil[7] DUN Semerak Kelantan Mohd Din Nizam Din Hilang deposit

Tewas melawan PAS dan BN

1995 Pilihan raya umum Parlimen Pengkalan Chepa Kelantan Yusof Mat Hilang deposit

Tewas melawan PAS dan BN

Parlimen Gua Musang Kelantan Nik Ismail Haji Wan Idris Kalah

Tewas melawan S46

DUN Panchor Kelantan Yusof Mat Hilang deposit

Tewas melawan PAS dan BN

DUN Tanjong Mas Kelantan Ramli Sulaiman Hilang deposit

Tewas melawan PAS dan BN

DUN Kota Lama Kelantan Mohd Din Nizamdin Hilang Deposit

Tewas melawan BN, Berjasa dan Bebas

DUN Wakaf Bharu Kelantan Othman Latiff Hilang deposit

Tewas melawan PAS dan BN

DUN Salor Kelantan Ab Rahman Ibrahim Hilang deposit

Tewas melawan S46 dan BN

DUN Tawang Kelantan Raja Harun Raja Ismail Hilang deposit

Tewas melawan PAS dan BN

DUN Melor Kelantan Tuan Mohamad Tuan Soh Hilang deposit

Tewas melawan S46 dan BN

DUN Kadok Kelantan Ahmad Zailani Abdul Wahab Hilang deposit

Tewas melawan PAS dan BN

DUN Ketereh Kelantan Jondi Abd Rahim Hilang deposit

Tewas melawan PAS dan BN

DUN Selising Kelantan Nik Hassan Nik Ya Hilang deposit

Tewas melawan PAS dan BN

DUN Limbongan Kelantan Amanullah Ab Kudus Hilang deposit

Tewas melawan S46 dan BN

DUN Semerak Kelantan Musa Salleh Hilang deposit

Tewas melawan PAS dan BN

DUN Gaal Kelantan Abdullah Sani Musa Hilang deposit

Tewas melawan PAS dan BN

DUN Paloh Kelantan Mohamad Yusof Hilang deposit

Tewas melawan S46 dan BN

DUN Galas Kelantan Nik Ismail Haji Wan Idris Hilang deposit

Tewas melawan S46 dan BN

Pembubaran[sunting | sunting sumber]

Pada 15 Disember 2010[8], parti ini telah diambil alih oleh kumpulan serpihan PKR yang diketuai oleh Dato' Zaid Ibrahim, bekas Naib Presiden PKR, lalu ditukar nama kepada Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) pada 19 Januari 2011[9].

Presiden[sunting | sunting sumber]

Nama Mula Khidmat Akhir Khidmat Catatan
Musa Salleh Februari 1995 Februari 1998 Memegang jawatan sehingga meninggal dunia
Mohd Din Nizamdin (Pemangku)[10] Februari 1998 September 1999 Bertindak keluar dari AKIM dan menyertai BERJASA
Mohamad Yusof[11] September 1999 2002
Hanafi Hamat[12] 2002 26 Disember 2009
Zakaria Salleh[13][14] 26 Disember 2009 15 Disember 2010 Keluar daripada KITA, dan menyertai PAS pada 11 Mei 2012
Zaid Ibrahim 15 Disember 2010 19 Januari 2011 Menukarkan AKIM kepada KITA.[9]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Pertandingan tiga penjuru
  2. ^ Small step for Akim
  3. ^ Surprise small fish takes on Anwar and Arif Shah.
  4. ^ http://www.mmail.com.my/content/57827-zaid-voted-president-malaysian-people%E2%80%99s-wellbeing-party
  5. ^ Calon AKIM Yakin Mampu Menang Di Permatang Pauh
  6. ^ Harun khianati parti, kata presiden Akim
  7. ^ http://lib.perdana.org.my/PLF/Digital_Content/Prominent_Leaders/Mahathir/News_1968-2004/1996-1998/1997aj/barisan%20nasional%20captures%20semerak.pdf
  8. ^ AKIM jadi KITA, Zaid Ibrahim jadi presiden, Malaysiakini, 15 Disember 2010. Dicapai pada 15 Disember 2010.
  9. ^ a b Nurul Ain Mohd Hussain (19 Januari 2011). "KITA Dilancar, Tumpu PRU-13". mStar. Dicapai pada 21 April 2020.
  10. ^ Akibat Menentang PAS
  11. ^ Gabungan Parti Tajaan BN
  12. ^ Hanafi Mamat's profile
  13. ^ ROS: Zakaria beri Zaid laluan memang presiden Akim sah
  14. ^ Bekas Presiden Akim sertai PAS

Pautan luar[sunting | sunting sumber]