Angkatan Pertahanan Udara dan Peluru Berpandu
| Angkatan Pertahanan Udara dan Peluru Berpandu | |
|---|---|
| Aktif | 1992–1998 2015–kini |
| Negara | |
| Sebahagian daripada | Angkatan Aeroangkasa Rusia |
| Komander | |
| Panglima Tertinggi Angkatan Aeroangkasa | |
| Panglima Angkatan Pertahanan Udara dan Peluru Berpandu | Leftenan Jeneral Andrey Semyonov |
Angkatan Pertahanan Udara dan Peluru Berpandu (Rusia: Войска противовоздушной и противоракетной обороны, Войска ПВО-ПРО atau Voiska PVO-PRO) ialah salah satu daripada tiga cawangan Angkatan Aeroangkasa Rusia.[1] Cawangan ini ditubuhkan pada tahun 2015 semasa pembentukan Angkatan Aeroangkasa Rusia sebagai cawangan yang bertanggungjawab bagi semua pertahanan udara strategik yang berpangkalan di darat.[2]
Pasukan Pertahanan Udara (PVO) merupakan sebuah cawangan berasingan dalam Angkatan Tentera Rusia dari tahun 1992 hingga 1998, sebelum digabungkan ke dalam Tentera Udara Rusia. Pada tahun 2010, empat kor dan tujuh divisyen PVO dalam Tentera Udara telah disusun semula menjadi 11 briged pertahanan udara.[3]
Formasi tempur utama cawangan ini ialah Ketumbukan Kegunaan Khusus Udara dan Pertahanan Peluru Berpandu Pertama.[2] Ia merangkumi sembilan rejimen peluru berpandu permukaan ke udara, dengan empat daripadanya dilengkapi dengan sistem S-300 dan lima lagi dengan sistem S-400 dan Pantsir.[4]
Struktur
[sunting | sunting sumber]Struktur cawangan ini setakat tahun 2023:[5]
- Ketumbukan Kegunaan Khusus Udara dan Pertahanan Peluru Berpandu Pertama
- Akademi Pertahanan Udara dan Angkasa Zhukov
- Sekolah Tinggi Ketenteraaan Perang Anti-Pesawat Yaroslavl
Para panglima
[sunting | sunting sumber]- Jeneral Ketumbukan Viktor Prudnikov (1992–1997)
- Kolonel Jeneral Viktor Sinitsyn (1997–1998)
- Leftenan Jeneral Viktor Gumyony (2015–2018)
- Kolonel Jeneral Yuri Grekhov (2018–2021)
- Leftenan Jeneral Andrey Dyomin (2021–2023)
- Leftenan Jeneral Andrey Semyonov (2023–)
Kelengkapan
[sunting | sunting sumber]Sistem peluru berpandu anti-balistik
[sunting | sunting sumber]| Jenis | Imej | Asal-usul | Deskripsi | Quantiti | Nota |
|---|---|---|---|---|---|
| А-135 | Kompleks pertahanan anti-peluru berpandu | n/a | |||
| 53Т6 | Pasukan pertahanan anti-peluru berpandu | 68[4] |
Sistem peluru berpandu permukaan-ke-udara
[sunting | sunting sumber]| Jenis | Imej | Asal-usul | Deskripsi | Quantiti | Nota |
|---|---|---|---|---|---|
| S-400 | Sistem peluru berpandu permukaan ke udara jarak jauh | 240[4] | |||
| S-300PM1/PM2 | Sistem peluru berpandu permukaan ke udara jarak jauh
300[4] |
||||
| Pantsir-S1 | Sistem peluru berpandu permukaan ke udara jarak sederhana | 36[4] |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Воздушно-космические силы". structure.mil.ru (dalam bahasa Rusia). Dicapai pada 2023-07-26.
- ^ a b "День войск противовоздушной обороны". РИА Новости (dalam bahasa Rusia). 2023-04-09. Dicapai pada 2023-07-25.
- ^ Institut Penyelidikan Sejarah Ketenteraan, Akademi Tentera Staf Am Angkatan Tentera Persekutuan Rusia (2012). "Военно-воздушные силы Российской Федерации. (Становление ВВС и Войск ПВО РФ (1992–1998 гг.); Новый вид Вооруженных Сил РФ; Военно-воздушные силы в новом облике ВС РФ)". 100 TAHUN VVS RUSIA. 1912-2012 (dalam bahasa Rusia). 100letvvs.ru. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Ogos 2015.
- ^ a b c d e IISS 2024, m/s. 192.
- ^ "Войска противовоздушной и противоракетной обороны". structure.mil.ru (dalam bahasa Rusia). Dicapai pada 2023-07-26.
Sumber
[sunting | sunting sumber]- IISS (2024). The Military Balance 2024. London: Routledge. ISBN 978-1-032-78004-7.