Angkatan Roket Tentera Pembebasan Rakyat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Angkatan Roket Tentera Pembebasan Rakyat
中国人民解放军火箭军
Emblem of People's Liberation Army Rocket Force.png
Lambang Angkatan Roket PLA
Aktif1966–2015 (Kor Kedua Artileri)
2016–kini (Angkatan Roket)
Negara Republik Rakyat China
KesetiaanFlag of the Chinese Communist Party.svg Parti Komunis China[1]
JenisAngkatan taktikal dan peluru berpandu strategik
PerananPencegahan strategik, serangan kedua
Saiz100,000 anggota
Sebahagian daripada Tentera Pembebasan Rakyat
MarkasQinghe, Daerah Haidian, Beijing, China
Warna             Merah, emas, hijau gelap
Kawat"March of the Rocket Force" (《火箭军进行曲》)
KelengkapanPeluru berpandu balistik, peluru berpandu krus
PertempuranKrisis Selat Taiwan Ketiga
Komander
PanglimaLt. Jeneral Zhou Yaning
Komisar PolitikJeneral Wang Jiasheng
Tanda kebesaran
BenderaRocket Force Flag of the People's Republic of China.svg
LencanaPLARF.svg

Angkatan Roket Tentera Pembebasan Rakyat (PLARF; Bahasa Cina: Ralat Lua pada baris 853 di Modul:Lang: Tried to read nil global template.), bekas Kor Kedua Artileri (SAC; Bahasa Cina: Ralat Lua pada baris 853 di Modul:Lang: Tried to read nil global template.), ialah pasukan peluru berpandu strategik dan taktikal Republik Rakyat China. PLARF adalah sebahagian dari komponen Tentera Pembebasan Rakyat dan mengawal gudang peluru berpandu balistik milik negara yang berpangkalan di darat— jenis (termo) nuklear dan konvensional. Cabang tentera ini telah ditubuhkan pada 1 Julai 1966 dan membuat penampilan sulung pada 1 Oktober 1984. Markas operasinya terletak di Qinghe, Beijing. PLARF berada dibawah arahan terus Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China.

Secara keseluruhannya, China dianggarkan mempunyai 280 kepala peledak nuklear, dengan jumlah aktif yang tidak diketahui dan bersedia untuk dikerahkan.[2] Bagaimanapun, sehingga tahun 2013, pihak Risikan Amerika menganggarkan perlengkapan aktif ICBM China di antara 50 dan 75 buah peluru berpandu yang berpangkalan di darat dan laut.[3] PLARF mengandungi kira-kira 100,000 anggota dan 6 briged peluru berpandu balistik. Enam briged secara bebas ditempatkan di wilayah-wilayah tentera yang berlainan di seluruh negara. Kini ia mempunyai 1,833 peluru berpandu balistik dan 350 peluru berpandu krus dalam simpanannya.

Namanya telah ditukar kepada Angkatan Roket Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) pada 1 Januari 2016.[4] Beberapa laporan telah mencadangkan bahawa PLARF dapat mengawal seluruh triad peluru berpandu nuklear China, termasuk peluru berpandu balistik yang berpangkalan di laut.[5][6]

China mempunyai simpanan peluru berpandu lancaran darat terbesar di dunia. Menurut anggaran Pentagon, ini termasuklah 1,200 peluru berpandu balistik jarak dekat konvensional, 200 hingga 300 peluru berpandu balistik jarak sederhana konvensional dan jumlah yang tidak diketahui peluru berpandu balistik jarak pertengahan konvensional, serta 200 hingga 300 peluru berpandu krus lancaran darat. Kebanyakan jumlah ini sangat tepat, yang membolehkan mereka memusnahkan sasaran dengan tanpa kepala peledak nuklear.[7]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Petikan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "The PLA Oath" (PDF). I am a member of the People's Liberation Army. I promise that I will follow the leadership of the Communist Party of China...
  2. ^ "Federation of American Scientists: Status of World Nuclear Forces". Fas.org. 2014. Dicapai pada 2014-05-26.
  3. ^ 2013 China report, defense.gov
  4. ^ "China's nuclear policy, strategy consistent: spokesperson - Xinhua | English.news.cn". Xinhua. Beijing: People's Republic of China. 1 January 2016. Dicapai pada 29 June 2019.
  5. ^ Diplomat, Shannon Tiezzi, The. "The New Military Force in Charge of China's Nuclear Weapons". The Diplomat. Dicapai pada 29 June 2019.
  6. ^ Fisher, Richard D., Jr. (6 January 2016). "China establishes new Rocket Force, Strategic Support Force". Jane's Defence Weekly. Surrey, UK: Jane's Information Group. 53 (9). ISSN 0265-3818. This report also quotes Chinese expert Song Zhongping saying that the Rocket Force could incorporate 'PLA sea-based missile unit[s] and air-based missile unit[s]'.
  7. ^ Keck, Zachary (29 July 2017). "Missile Strikes on U.S. Bases in Asia: Is This China's Real Threat to America?". The National Interest. Dicapai pada 29 June 2019.

Sumber[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]