Angkut udara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sebuah pesawat kargo tentera terbesar: iaitu Lockheed C-5 Galaxy
Airbus A400M Atlas, pesawat pengangkut/penangki minyak masa hadapan milik negara-negara Eropah
Antonov An-124 Ruslan memuatkan kontena untuk tentera Belanda

Angkut udara adalah penghantaran tersusun bekalan tentera atau anggota tentera terutamanya melalui pesawat pengangkut tentera.

Angkutan udara mengandungi dua jenis yang berbeza, iaitu angkut strategik dan angkut taktikal. Biasanya, angkut strategik melibatkan material bergerak jarak jauh (seperti diseluruh atau diluar benua atau kancah), manakala angkut taktikal di fokuskan pada atur gerak sumber dan material ke lokasi tertentu dengan ketepatan yang tinggi.

Bergantung pada situasi, bekalan angkut udara boleh dihantar dengan pelbagai cara. Setelah destinasi dan ruang udara persekitaran dianggap selamat, pesawat itu akan mendarat di sebuah lapangan terbang atau pangkalan udara yang sesuai untuk memunggah kargonya ke daratan. Apabila pesawat mendarat, atau mengagihkan bekalan ke kawasan tertentu dari zon pendaratan oleh pengangkutan permukaan yang bukan pilihan, pesawat kargo itu boleh menggugurkannya di tengah-tengah penerbangan menggunakan payung terjun yang dipasang pada kontena bekalan itu. Apabila terdapat sebuah kawasan tersedia yang luas di mana penerima yang dimaksudkan mempunyai kawalan tanpa rasa takut pihak musuh mengganggu pengumpulan dan/atau mencuri barang, kapal terbang itu boleh mengekalkan penerbangan altitud normal dan hanya menggugurkan bekalan ke bawah dan membiarkan ia paracut ke darat. Walau bagaimanapun, apabila kawasan tersebut sudah terlalu kecil untuk kaedah ini, seperti juga pangkalan terpencil, dan/atau terlalu bahaya untuk mendarat, satu jatuhan Sistem Pengekstrakan Payung Terjun Altitud Rendah digunakan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan dan nota[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]