Angpau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Angpau

Laisee.jpg

Angpau kontemporari.
Bahasa Cina: 利是 atau 利事
Maksud harfiah: perbuatan yang menguntungkan
Nama Cina alternatif
Tulisan Tradisional: 紅包
Tulisan Ringkas: 红包
Maksud harfiah: paket merah

Angpau, sampul merah atau paket merah ialah hadiah berbentuk wang yang ditukarkan ketika musim perayaan atau peristiwa khas dalam masyarakat Cina.

Penggunaan[sunting | sunting sumber]

Angpau sering diberikan pada majlis sosial dan keluarga seperti jamuan perkahwinan Cina atau ketika perayaan seperti Tahun Baru Cina. Salah satu konteksnya adalah bahawa angpau dikenali sebagai yāsuì qián (Cina Tradisional: 壓歲錢, Cina Ringkas: 压岁钱) yang bererti "duit ditekan" atau "duit menahan umur".

Warna merah sampul ini melambangkan tuah. Jumlah wang yang terkandung dalamnya lazimnya dikehendaki bermula dengan angka genap kerana angka ganjil dikaitkan dengan wang yang diberi ketika majlis pengebumian (Bahasa Cina: 帛金; pinyin: bó jīn; secara harfiah "wang sutera"). Jumlah wang yang diberi pada majlis perkahwinan biasanya adalah untuk melitupi perbelanjaan hadirin serta membantu pasangan pengantin baru.

Pada perayaan Tahun Baru Cina, angpau biasanya diberi oleh yang sudah berkahwin kepada yang belum berkahwin. Sesiapa yang belum berkahwin layak menerimanya tanpa mengira usia.

Asal-usul[sunting | sunting sumber]

Tiadanya sumber bertulis jelas yang menyatakan tarikh angpau julung kali digunakan. Ketika zaman Dinasti Qing, para warga tua menguntai syiling dengan benang merah. Benda ini dipanggil yāsuì qián dan dipercayai melindungi orang tua daripada keuzuran dan kematian.

Tradisi ini berubah menjadi sampul merah moden setelah mesin percetakan semakin laris di China setelah penubuhan Republik China pada tahun 1911.

Kebiasaan mengikut negara[sunting | sunting sumber]

Vietnam[sunting | sunting sumber]

Masyarakat Vietnam menyebut angpau sebagai lì xì (mirip dengan dialek Kantonis) atau dalam beberapa kasus sebagai phong bao mừng tuổi (amplop tahun baru).

Negara-negara Asia Tenggara[sunting | sunting sumber]

Masyarakat Thailand menyebut ang pow (menyerupai dialek Teochew) atau tae ea oleh warga China-Thailand. Myanmar (Burma) menyebutnya an-pao (Bahasa Burma: [] error: {{lang}}: tiada teks (bantuan)) dan di Kemboja sebagai ang pao.

Filipina[sunting | sunting sumber]

Warga China di Filipina saling menukar ang pao pada saat perayaan tahun baru Cina. Bagi masyarakat Filipina yang bukan China, ang paw (atau ampaw) secara umum dianggap melambangkan tahun baru Imlek. Beberapa penduduk pribumi telah mengadopsi kebudayaan tersebut untuk ulang tahun, terutama memberi aguinaldo pada saat perayaan Natal.

Korea Selatan[sunting | sunting sumber]

Masyarakat Korea Selatan menggunakan sampul surat putih yang disebut "sae bae don".

Jepun[sunting | sunting sumber]

Di Jepun, pemberian wang yang disebut otoshidama diberikan kepada anak-anak oleh seluruh kaum keluarga pada saat perayaan tahun baru mereka. Namun, amplop yang digunakan berwarna putih dan ditulisi nama orang yang menerima. Praktik yang mirip, Shūgi-bukuro, digunakan dalam pesta pernikahan, tetapi amplopnya dilipat bukan dilem serta dihiasi oleh pita.

Malaysia[sunting | sunting sumber]

Angpau di Malaysia disebut berdasarkan bahasa Kantonis iaitu àng pao. Tradisi ini kurang populer di wilayah Semenanjung Malaysia, tetapi sangat populer di Sabah. Warga Tionghua di Sabah memberi angpau kepada cucu, rekan karib, murid, dan tetangga mereka, atau digunakan untuk mengemas dana yang dimasukkan ke dalam kotak-kotak dana di tokong.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]