Aishah An-Nur binti Osman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Ani Maiyuni)
Jump to navigation Jump to search
"Ani Maiyuni" dan "Ani Mayuni" dilencongkan di sini.
Ani Maiyuni
Nama lahirAishah An-Nur binti Osman
Juga dikenali sebagai
Ani, Ani Maiyuni @ Mayuni
Berasal dariMalaysia Malaysia
GenrePop & Dangdut
PekerjaanPenyanyi, Pelakon & Pengacara
InstrumenVokal
Tahun aktif1995 - kini
Syarikat rakaman
Cherry Talent Management FMC Music
Kegiatan berkaitan
Kumpulan Sugar
Laman sesawang
Instagram: @ani_maiyuni

Aishah An-Nur binti Osman atau lebih dikenali sebagai Ani Maiyuni (seringkali dieja sebagai Ani Mayuni) merupakan seorang penyanyi, pelakon & pengacara yang terkenal di Malaysia. Beliau dilahirkan pada tahun 1978. Sebelum bergerak secara solo sebagai penyanyi dangdut, Ani merupakan salah seorang anggota Kumpulan Sugar. Pada tahun 2016, Ani telah dilantik menjadi Setiausaha Agung Persatuan Bintang Dangdut Malaysia.

Perkahwinan & Keluarga[sunting | sunting sumber]

Ani Maiyuni telah melangsungkan perkahwinannya bersama pasangannya Zairi bin Azmi bekas anggota Kumpulan Arrow pada 5 Jun 2004. Hasil daripada perkahwinan Ani & Zairi, mereka telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Wirda Viviana, Wirna Airisya dan Muhammad Emir Oezil.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album Studio:[sunting | sunting sumber]

  1. Sedap (1998).
  2. Dangdut Goyang Malindo (1997).

Album Kolaborasi:[sunting | sunting sumber]

  1. Dunia Dangdut... Superduet Hits '98 (1998).
  2. Sha La La (2003).
  3. Kumpulan Sugar-Cantik Manis ( 1996 )

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem:[sunting | sunting sumber]

  1. Lagi Lagi Senario (2001).
  2. Paloh (2003).

Drama & Telefilem:[sunting | sunting sumber]

  1. Berek (2009).
  2. Semanis Janji (2010).

Rujukan[sunting | sunting sumber]