Pergi ke kandungan

Aniq Suhair

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Aniq Suhair
عنيق سهير
Kelahiran
Muhammad Aniq Suhair bin Mohd Salleh

(2000-12-21) 21 Disember 2000 (umur 25)
PendidikanIjazah Sarjana Muda Perniagaan (Pemasaran)
Pusat pendidikanCity University, Kuala Lumpur
PekerjaanPelakon, pengacara, model
Tahun aktif2019–kini
Karya
Filemografi

Muhammad Aniq Suhair Mohd Salleh (lahir 21 Disember 2000) ialah seorang pelakon, model dan pengacara lelaki Malaysia. Kerjayanya bermula selepas menyertai Hero Remaja 2019/2020.[1][2][3]

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 21 Disember 2000 di Kajang, Selangor dan anak sulung daripada empat adik-beradik. Beliau ialah pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam Perniagaan (Pemasaran) di City University, Kuala Lumpur.[2]

Beliau menghadirkan dirinya ke ujibakat Hero Remaja 2019/2020 tanpa pengetahuan kedua-dua ibu bapanya. Bermula disitulah beliau mengenali rakan-rakan seperjuangan termasuk Nadhir Nasar dan Meerqeen. Kerjaya lakonannya bermula apabila beliau ditawarkan membintangi drama Kebaya Kasut Kanvas di TV3, ini kemudian diikuti oleh Lelaki Lingkungan Cinta dan Tak Sempurna Mencintaimu.[2] Beliau kemudian membintangi filem pertamanya, Banglo Seksyen 12, seterusnya muncul dalam telefilem Dolla Watch Me Glow.

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Beliau menyifatkan dirinya seorang introvert kerana lebih selesa bersendirian dan kurang bersosial.

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Videografi

[sunting | sunting sumber]
Muzik Video
Tahun Tajuk lagu Penyanyi
2019 "Gadees" Zaim Ajmal
2020 "Tak Mau Mau" Aidilia Hilda
2022 "7 Perkara"
"Ku Cuba" Hariz Fayahet

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2023 Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 Pelakon Lelaki Popular Dirinya sendiri Tercalon
Anugerah BBNU Tonton Menang
Pasangan Drama Terbaik Dirinya sendiri (bersama Siti Khadijah Halim) Tercalon
  1. Nana (23 Februari 2021). "Tak harap tawaran semata-mata, Aniq Suhair sedia 'back-up plan'". Remaja. Dicapai pada 28 Mei 2021.
  2. 1 2 3 Sairul Zamri Misrani (11 Januari 2021). "Laluan mudah Aniq Suhair". Kosmo!. Dicapai pada 28 Januari 2021.
  3. Norhayati Nordin (9 Januari 2021). "Jadual Aniq terlalu padat". Harian Metro. Dicapai pada 28 Mei 2021.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]