Anis Nabilah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anis Nabilah
Kelahiran
Anis Nabilah binti Umaruddin

(1986-11-18) 18 November 1986 (umur 37)
PekerjaanCef selebriti, pengacara, personaliti media
Tahun aktif2006–kini
SaudaraAisya Hasnaa (adik)

Anis Nabilah binti Umaruddin (lahir 18 November 1986) merupakan seorang cef selebriti, pengacara dan personaliti media Malaysia,[1][2] terkenal dengan rancangan televisyen masakannya.[3] Beliau merupakan kakak kepada pelakon dan penyanyi, Aisya Hasnaa.[4]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Anis Nabilah dilahirkan pada 18 November 1986 di Kuala Lumpur dan berdarah kacukan Melayu dan Pakistan.[5] Beliau mempunyai adik-beradik seramai lapan orang (tujuh perempuan dan seorang lelaki) dan merupakan anak keempat. Adiknya, Aisya Hasnaa merupakan pelakon dan penyanyi. Beliau telah menghadiri Institut Makanan Malaysia (FIM) dan lulus dengan diploma dalam seni masakan pada tahun 2007. Abang sulungnya ialah Adam Emir yang meninggal dunia pada 2016.[6]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Setelah belajar untuk memasak sejak berusia 10 tahun, Anis Nabilah yakin beliau mempunyai kemahiran dan bukan hanya mencari pekerjaannya sekarang. Cita-cita beliau ialah untuk mendapatkan khidmat yang lebih berpengalaman untuk mempelajari seni memasak.[7] Anis sendiri belajar memasak ketika masih muda, katanya, menjelaskan bahawa beliau selalu memerhatikan ibunya di dapur. "Suatu hari, saya cuba membuat telur dadar sendiri. Ia ternyata menjadi kejayaan dan saya mula belajar memasak dari sudut itu."[8]

Pada usia 21 tahun, Anis telah menghadiri uji bakat dan mendapat bahagian untuk mengendalikan rancangan masakan sendiri, Icip Icip yang bersiaran di TV3. Dalam rancangan Kuali Bujang, Anis memasak untuk individu yang berstatus bujang, termasuk selebriti, dan menunjukkan kepada mereka cara mudah memasak hidangan yang hebat.[9][10]

Anis bersama tiga adik-beradik perempuannya, termasuk adiknya, Aisya Hasnaa muncul dalam rancangan drama realiti The Dream Sisters yang mengisahkan perjalanan 4 gadis jelita dalam menggapai cita-cita dan impian yang mereka hajati melalui perspekstif diri dan inspirasi yang diperolehi dari ibu bapa mereka.[11] Siri ini memulakan tayangan perdana di TV9 pada 28 Januari 2013.[12] Menerusi siri ini, Anis berdepan dengan kesukaran yang dihadapinya untuk membuka sebuah restoran.[13][14]

Anis menjadi satu-satunya cef selebriti Malaysia yang muncul dalam program travelog makan-makan My Taste of Hong Kong (TLC Asia) dan Eating Wild (Asian Food Channel).[15] Bermula 22 Mei 2016, Anis mengacarakan rancangan masakan berkonsepkan santai, Eat Clean with Anis yang bersiaran serentak di Astro Bella dan Astro Mustika HD, yang mana beliau berkongsi hampir 39 resepi baru kepada selebriti jemputan termasuk Diana Danielle, Miera Leyana, Afiq Muiz, Faizal Hussein dan lain-lain.[16][17][18]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Anis masih membujang dan belum berkahwin, kesibukannya mengendali rancangan masakan di televisyen membuatkan beliau lupa kepada soal kahwin.[19]

Biarpun sudah 10 tahun berkecimpung dalam bidang kulinari,[20] Anis mengakui belum cukup meyakinkan keluarganya untuk menyediakan rendang di Hari Raya.[19] Beliau berkata dalam temuramah bersama The Malay Mail: "Rendang disediakan mak saya. Saya tak pernah masak rendang di rumah untuk raya. Saya masak rendang masa lain bukan masa Raya. Raya tugas mak saya."[19]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Beliau memenangi pingat dalam pertandingan Culinaire 2007. Beliau juga dijemput untuk mengambil bahagian dalam kempen 50 Restoran Terbaik Asia 2015 oleh Singapore Tourism Board. Anis juga dipilih antara 80 cef selebriti paling berpengaruh dalam kempen ‘Restaurant Australia’ anjuran Tourism Australia.[15][20] Anis juga pernah dicalonkan bagi kategori Chef Selebriti Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013. Pada November 2021, beliau menerima Anugerah Platinum yang disampaikan oleh Universal Music Malaysia.[21]

Televisyen[sunting | sunting sumber]

  • Icip-Icip (TV3)
  • Selera (TV3)
  • Enak Tradisi (TV1)
  • Sesedap Rasa (TV2)
  • Cerita Rasa Anis Nabilah (TV2)
  • 1, 2, Bakar (TV3)
  • My Taste of Hong Kong (TLC Asia)
  • Eating Wild (Asian Food Channel)
  • Eat Clean with Anis (Astro Ria)
  • Mencari Resipi Turun Temurun (TV9)
  • The Dream Sisters (TV9)
  • Kuali Bujang (HyppTV)
  • Ramuan Rahsia (TV1)
  • I Can See Your Voice Malaysia Musim 2 Episod 13 (TV3)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Norhasliza Mohd Shafi (29 Oktober 2017). "Anis Nabilah didik masyarakat gemar memasak". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-12. Dicapai pada 1 November 2017.
  2. ^ Bintu Rasyada A. Rahman (27 Mac 2011). "Anis chef jelita". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-12. Dicapai pada 1 November 2017.
  3. ^ "Definisi cef selebriti Anis Nabilah". Kosmo!. 8 Ogos 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-17. Dicapai pada 17 Mei 2018.
  4. ^ "Si kakak Anis memasak, si adik Aisya menyanyi". Berita KL. 31 Januari 2014. Dicapai pada 1 Februari 2015.
  5. ^ "Anis Nabilah". 1000 Cookbooks. Dicapai pada 17 Mei 2018.
  6. ^ "A taste of Asia: New chefs on the block". Asian Correspondent. 16 Januari 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-12. Dicapai pada 17 Mei 2018.
  7. ^ Syafil Syazwan Jefri (25 Januari 2018). "Anis ke pentas dunia". MSN. Harian Metro. Dicapai pada 9 Jun 2018.
  8. ^ Kevin Tan (9 November 2012). "Get Personal: Anis Nabilah". R.AGE. Dicapai pada 3 Mei 2018.
  9. ^ "Petite chef Anis proves that size doesn't matter". Daily Express. 6 Julai 2015. Dicapai pada 10 Julai 2015.
  10. ^ Rabiatul Adawiyah Koh Abdullah (26 Februari 2012). "Anis tak jemu ke dapur". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-12. Dicapai pada 10 Julai 2015.
  11. ^ Aida Sue (5 Februari 2013). "Siri TV The Dream Sisters : Keeping Up With Kardashian VERSI MALAYSIA". Wanista. Dicapai pada 31 Mac 2014.
  12. ^ Siti Kamilah Mustapha (30 Januari 2013). "The Dream Sisters sedia dikritik". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-13. Dicapai pada 31 Mac 2014.
  13. ^ "Inspirasi empat jelitawan". Perak Today. 10 Februari 2013. Dicapai pada 31 Mac 2014.
  14. ^ Khairul Amri Hassan (25 Jun 2013). "Anis Nabilah teruk dibidas". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-15. Dicapai pada 31 Mac 2014.
  15. ^ a b Amirul Haswendy Ashari (3 Julai 2016). "Anis pegang cakap ibu". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-15. Dicapai pada 15 Mei 2018.
  16. ^ Dennis Chua (21 September 2016). "Celebrities and special recipes". New Straits Times. Dicapai pada 14 Mei 2018.
  17. ^ "Anis Nabilah Kongsi Resepi Lazat Dan Sihat Kepada Selebiriti Terkenal". Astro Gempak. 20 Mei 2016. Dicapai pada 14 Mei 2018.
  18. ^ Syanty Octavia Amry (7 Jun 2016). "Hidangan pantas, berkhasiat". Harian Metro. Dicapai pada 15 Mei 2018.
  19. ^ a b c Hasbullah Awang Chik (6 Julai 2016). "Sedekad jadi cef, Anis Nabilah masih tak berani masak rendang Raya". The Malay Mail. Dicapai pada 15 Mei 2018.
  20. ^ a b Syafil Syazwan Jefri (26 Julai 2016). "Kebanggaan selepas 10 tahun". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-15. Dicapai pada 15 Mei 2018.
  21. ^ Ridzuan Abdul Rahman (22 November 2021). "Berkat usaha gigih Anis". Harian Metro. Dicapai pada 23 November 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]