Anjing Akita

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Anjing Akita Amerika)
Anjing Akita
Nama lain
  • Akita
  • Anjing Akita Jepun
  • Akita Jepun
  • Anjing besar Jepun
Negara asalJepun
Trait
Berat Jantan 27–59 kilogram (60–130 lb)
Betina 25–45 kilogram (55–100 lb)
Tinggi Jantan 64–71 sentimeter (25–28 in)
Betina 58–66 sentimeter (23–26 in)
Bulu Lapis bulu ganda
Warna Perang kemerah-merahan, merah, putih brindle, sabel menyeluruh dengan bulu putih pada kawasan belakang anjing (varian genetik dapat termasuk hitam dan kelabu) (urajiro)
Saiz perinduk 3–12 ekor anak anjing (purata 7–8 ekor)
Jangka hayat 11.4 tahun
CatatanAnjing kebangsaan Jepun
Anjing wilayah Akita
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing Akita atau hanya akita[a] ialah satu baka anjing Jepun bersaiz besar. Anjing Akita, yang berasal daari pergunungan Jepun utara, mempunyai lapis bulu ganda pendek yang serupa dengan yang pada banyak baka spits utara lain. Dahulu, ia digunakan oleh matagi untuk penjagaan dan pemburuan beruang.

Anjing Akita ialah baka berkuasa, dominan, dan setia, biasanya mengelak orang asing, tetapi bersikap penyayang dan amat setia dengan keluarganya. Sebagai baka, anjing Akita pada umumnya tahan lasak. Dua keragaman terpisah bagi anjing Akita merupakan strain tulen Jepun, yang dipanggil hanya Akita inu atau Akita ken[a] atau juga khususnya anjing Akita Jepun,[b] dan strain kacuk lebih besar, yang pada umumnya dirujuk sebagai anjing Akita Amerika atau American akita.[c][1] Walau bagaimanapun, ada perdebatan sama ada strain-strain anjing Akita berbeza atau membentuk satu baka.[2][3][4]

Nama baka[sunting | sunting sumber]

Terdapat perdebatan dalam kalangan penggemar sama ada kedua-duanya merupakan dua baka terpisah bagi anjing Akita. Setakat tahun 2020, American Kennel Club[5] kini menganggap American akita dan Japanese akita sebagai dua baka terpisah dan tidak lagi mengizinkan pembiakbakaan bebas antara kedua-duanya. United Kennel Club,[6] Persekutuan Kinologi Antarabangsa (FCI),[7][8] The Kennel Club,[9][10] Australian National Kennel Council,[11] New Zealand Kennel Club,[12][13] dan Japan Kennel Club[14] menganggap anjing Akita Jepun dan anjing Akita Amerika sebagai baka terpisah.[15] Sesetengah negaraTemplat:Which merujuk anjing Akita Amerika hanya sebagai "anjing Akita" dan bukan "anjing Akita Amerika". Isu ini khususnya menimbulkan kontroversi di Jepun.[16] Untuk 84 buah negara yang menanggotai FCI, pemisahan baka berlaku secara rasmi pada Jun 1999, apabila FCI membuat keputusan bahawa jenis Amerika patut dipanggil anjing besar Jepun atau Great Japanese Dog,[d][15] kemudian dinamai semula anjing Akita Amerika atau American Akita[c] pada Januari 2006.[15]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah Jepun[sunting | sunting sumber]

Anjing Akita yang digambarkan pada sekitar tahun 1907
Hachikō
Hachikō yang setia menjadi legenda selepas setiap hari menanti kepulangan tuannya di Stesen Shibuya di Pusat Tokyo.

Sejak zaman purba, anjing pemburu yang dipanggil anjing matagi (マタギ犬) dibela di Kawasan Tōhoku di Jepun utara. Perkataan matagi memaksudkan "pemburu". Sasaran utama perburuan merupakan beruang hitam Asia, kambing hutan Jepun, monyet salji, dan arnab. Di Wilayah Akita, terdapat juga anjing matagi yang dipanggil anjing matagi Akita (Akita matagi inu (秋田マタギ犬)), iaitu anjing bersaiz sederhana dan dibezakan daripada anjing Akita.[17] Leluhur langsung anjing Akita ialah anjing yang dibela sebagai anjing pengawal dan anjing laga oleh samurai dan petani kaya di kawasan Ōdate dan juga dikenali sebagai anjing Ōdate (大館犬).

Semasa Zaman Edo (1603–1867), kawasan Akita diperintah oleh suku Satake dari Han Kubota. Suku Satake ialah tozama daimyō (外様大名, lit. tuan feudal luar) yang dipindahkan dari Wilayah Hitachi kerana sikap oportunis beliau dalam Pertempuran Sekigahara dan Kesyogunan Tokugawa seketatnya mengawal bangunan istana dan kekuatan tentera dalam suku.

Dalam suku Satake, keluarga utama Satake tinggal di Istana Kubota dan keluarga-keluarga cawangan, keluarga Timur, keluarga Barat, keluarga Utara, dan keluarga Selatan, masing-masing terletak di Istana Kubota, di Ōdate, di Kakunodate, dan di Yuzawa. Semasa zaman Edo, Keluarga Satake Barat (佐竹西家), penjaga istana bagi Istana Ōdate, dikatakan telah memupuk semangat juang pengikutnya melalui laga anjing.[18]

Tidak ada pengetahuan tentang cara tepat peningkatan saiz anjing Akita, tetapi menurut "perbincangan tentang anjing oleh orang tua-tua" yang diadakan pada tahun 1931 di Pekan Ōdate ketika itu, seekor anjing masyhur bernama "Moku" dibela di Topekong Jō'ō-ji (浄応寺) di Ōdate, yang lazimnya dikenali sebagai Topekong Naka no Tera (中の寺), pada zaman Edo lewat (1603–1867).[19] Moku ialah seekor anjing yang lahir pada penghujung zaman Ansei (1854–1860) dan hidup melalui kebakaran Perang Boshin (1868–1869) sehingga tahun 1871 atau tahun 1872. Moku adalah kira-kira setinggi 85 sentimeter (33 in) pada paras bahu dan adalah cukup besar untuk membawa orang dewasa di atas belakangnya. Moku ialah anjing Jepun sepenuhnya dengan telinga tegak dan ekor melingkar, warna bijan (goma), dan bulu panjang.[19] Sekiranya teori ini dipercayai, anjing Akita telah menjadi lebih besar menjelang penghujung zaman Edo selewat-lewatnya.

Pada tahun 1931, anjing Akita secara rasmi diisytiharkan sebagai monumen semula jadi Jepun. Datuk Bandar Raya Ōdate di Wilayah Akita menubuhkan Akita Inu Hozonkai untuk memulihara anjing Akita asli sebagai khazanah semula jadi Jepun melalui pembiakbakaan cermat.[20]

Pada tahun 1933, Heishiro Takaku (Takahisa), salah seorang anggota awal Nippo di Tokyo dan kemudian Nipponinu Kyokai (Nikkyo) di Osaka dan Katsuichi (Shoichi) masing-masing menerbitkan rencana tentang cadangan piawaian anjing Jepun, yang menyertakan anjing Akita. Anjing Akita mendedahkan keberagaman paling tinggi pada masa itu, apabila dibandingkan dengan anjing-anjing sederhana dan kecil Jepun, oleh sebab penyilangan luar dengan anjing laga Tosa, dan anjing asing import.[21][sumber tak boleh dipercayai?] Pada tahun 1934, piawaian baka pertama Jepun untuk anjing Akita disenaraikan, ikutan pengisytiharan baka sebagai monumen kebangsaan Jepun.[22]

Baka anjing Akita digunakan semasa perang Rusia-Jepun untuk menjejak tawanan perang dan pelaut sesat.[23] Semasa Perang Dunia Kedua, anjing Akita dianggap sebagai baka bukan ketenteraan dan disilangkan dengan anjing gembala Jerman dalam cubaan untuk menyelamatkannya daripada perintah kerajaan masa perang agar semua anjing bukan ketenteraan ditakai.[24] Sesetengah digunakan sebagai pengakap dan penjaga semasa peperangan.[23]

Satu baka asli Jepun yang dikenali sebagai matagi (anjing pemburu) digunakan bersama dengan baka anjing Hokkaido untuk mengacuk kembali ke dalam sisa populasi anjing Akita untuk memulihkan baka. Terdapat banyak susur galur anjing Akita, tetapi yang paling berpengaruh merupakan Dewa dan Ichinoseki.[25] Kedua-dua susur galur menyumbang kepada ternakan asasi untuk kedua-dua jenis anjing Akita, dan banyak anjing eksport merupakan gabungan susur galur ini. Menurut salah seorang hakim Jepun, perbezaan terbesar antara anjing Akita yang dibiakbakakan di Jepun dengan anjing Akita yang dibiakbakakan di Amerika Syarikat ialah bahawa anjing Amerika masih menunjukkan banyak bukti strain Dewa.[26][sumber tak boleh dipercayai?] Pada awal tahun 1990-an, anjing Akita susur galur Dewa amat diutamakan dan berprestasi baik dalam pertunjukan. Kongo-go (daripada Kenel Heirakudo milik Eikichi Hiraizumi) dianggap sebagai anjing paling berpengaruh daripada susur galur itu.[21][sumber tak boleh dipercayai?]

Walau bagaimanapun, susur galur Dewa mula merosot kerana para pembiak baka Jepun berasa bahawa anjing Akita tidak menampilkan wajah anjing Jepun, lalu mula membiakbakakan anjing ke arah jenis unggul yang memperingati anjing Jepun lain. Susur galur Dewa distereotaipkan sebagai jenis "anjing gembala Jerman", sementara susur galur Ichinoseki dirujuk sebagai jenis "mastif".[25][21] Lantas, susur galur Ichinoseki meningkat dari segi kepopularan. Goromaru-Go dianggap sebagai anjing Akita paling berpengaruh daripada susur galur itu yang, meski tidak berprestasi baik dalam pertunjukan, menghasilkan anjing Akita ulung apabila dibiakbakakan dengan susur galur Taihei dan susur galur Nikkei dari Akita Selatan. Goromaru-Go kemudiannya menjadi asas untuk melanjutkan jenis Jepun.

Semasa tahun-tahun pendudukan ikutan peperangan, baka ini mula bangkit lagi melalui usaha Sawataishi dan yang lain.[27] Morie Sawataishi dan usaha beliau untuk membiakbakakan anjing Akita ialah sebab utama bahawa baka ini masih wujud kini.[28] Untuk kali pertama, anjing Akita dibiakbakakan untuk penampilan terpiawai.[29][sumber tak boleh dipercayai?] Para penggemar anjing Akita di Jepun mula mengumpulkan dan mempamerkan selebih anjing Akita dan menghasilkan perinduk untuk memulihkan baka ini hingga angka mapan dan untuk menyerlahkan ciri-ciri unggul baka ini yang telah dikaburkan oleh silangan-silangan dengan baka lain.[30] Hanya mulai tahun 1960-an–1970-an, jenis Jepun yang lebih mirip rubah mula mencapah daripada jenis tipikal Amerika.[31][perlu rujukan]

Kisah Hachikō membantu mendorong anjing Akita ke dunia anjing antarabangsa. Hachikō dilahirkan pada tahun 1923 dan dimiliki oleh Profesor Hidesaburō Ueno dari Tokyo.[32] Profesor Ueno tinggal dekat dengan Stesen Kereta Api Shibuya di pinggir bandar itu, dan berulang-alik ke tempat kerja pada setiap dengan kereta api.[20] Hachikō menemani tuannya dalam ke stesen dan dari stesen setiap hari.[20] Pada 25 Mei 1925, semasa anjing itu berusia 18 bulan, ia menunggu ketibaan tuannya di dalam kereta api jam empat, namun Profesor Ueno telah menderitai perdarahan otak maut di tempat kerja.[20] Hachikō terus menanti kepulangan tuannya.[20] Ia berulang-alik ke stesen dan dari stesen setiap hari selama sembilan tahun berikutnya.[20] Ia mengizinkan kaum kerabat profesor untuk menjaganya, namun ia tidak pernah mengalah dalam mengawasi stesen itu untuk mencari tuannya.[20] Penantiannya menjadi terkenal di seluruh dunia apabila, pada tahun 1934,[33] tidak lama sebelum kematiannya, sebuah patung gangsa didirikan di stesen kereta api Shibuya sebagai penghormatan sempenanya.[20] Patung ini dileburkan untuk amunisi semasa peperangan, namun sebuah patung baharu ditempah selepas peperangan.[33] Setiap tahun pada 8 Mac sejak tahun 1936, kesetiaan Hachikō telah diberi penghormatan dengan upacara takzim sebagai tanda kenangan di stesen kereta api Shibuya di Tokyo.[34][35] Akhirnya, kesetiaan terkenal Hachikō menjadi lambang kesetiaan kebangsaan, khususnya terhadap orang dan insitusi Maharaja.[36]

Pada tahun 1967, dalam memperingati ulang tahun ke-50 penubuhan Persatuan Pemuliharaan Anjing Akita, Muzium Anjing Akita dibina untuk menempatkan maklumat, dokumen, dan foto.[20] Terdapat tradisi di Jepun, yang apabila anak dilahirkan, anak itu menerima patung anjing Akita. Patung ini melambangkan kesihatan, kebahagiaan, dan kepanjangan umur.[37]

Anjing Akita "Tachibana",[27] salah seekor anjing Akita yang terselamat daripada peperangan, digambarkan di sini pada setem pos Jepun keluaran tahun 1953.

Pada tahun 1937, Helen Keller berjalan ke Jepun. Beliau menyatakan minat tinggi pada baka ini dan dipersembahkan dengan dua ekor anjing Akita pertama untuk memasuki Amerika Syarikat.[38][sumber tak boleh dipercayai?] Anjing pertama, yang dipersembahkan kepada beliau oleh En. Ogasawara dan dinamai Kamikaze-go, mati pada usia ​7 12 bulan akibat distemper, sebulan selepas kepulangan beliau ke Amerika Syarikat. Anjing Akita kedua diatur untuk dikirimkan kepada Keller: Saudara seperinduk Kamikaze, Kenzan-go.[39] Keller memberikan nama gelaran Go-Go kepada anjing itu dan mereka berdua menjadi teman baik sejak hari pertama. Go-Go malah meluangkan malam pertamanya di rumah Keller dengan tidur di kaki katilnya.[40] Kenzan-go died in the mid-1940s.[41] Menjelang tahun 1939, piawaian baka telah diasaskan dan pertunjukan anjing telah diadakan, namun kegiatan sedemikian terhenti selepas Perang Dunia Kedua tercetus.[perlu rujukan] Keller menulis dalam Akita Journal:

Jika pernah ada bidadari berbulu, Kamikaze-lah dia. Saya tahu bahawa saya tidak akan lagi merasai kasih sayang yang sama untuk mana-mana haiwan peliharaan lain. Anjing Akita memiliki semua sifat yang menarik hati saya. Ia lembut, mudah berteman, dan setia. (terjemahan)[42][43]

Sejarah Amerika[sunting | sunting sumber]

Seekor anjing Akita Amerika berusia 9 minggu
Seekor anjing Akita Amerika betina

Anjing Akita Jepun dan anjing Akita Amerika mula mencapai dari segi jenis pasca-Perang Dunia Kedua kerana pihak Amerika dan Eropah memulihara anjing Akita yang kurang diminati di Jepun, terutamanya jenis Dewa dan anjing dengan topeng hitam ketara atau tanda tompok. Anjing Akita Amerika biasanya dianggap sebagai kacuk oleh para pembiak baka Jepun (dan bukan anjing Akita sejati menurut piawaian Jepun).[perlu rujukan] Walau bagaimanapun, fenotipnya mendahului anjing Akita Jepun selama beberapa dekad dan ia lebih dekat dengan anjing Akita praperang seperti Hachikō.[31][perlu rujukan]

Helen Keller disebut sebagai penyumbang kerana membawa anjing Akita ke Amerika Syarikat selepas dihadiahi dua ekor anjing Akita oleh kerajaan Jepun pada tahun 1938. Menjelang tahun 1939, piawaian baka diasaskan dan pertunjukan anjing mula diadakan, namun perkembangan ini diganggu oleh Perang Dunia Kedua.[44] Pada waktu ini, askar Amerika Syarikat yang berjasa sebagai sebahagian daripada angkatan pendudukan di Jepun pertama kali bersemuka dengan anjing Akita. Baka yang begitu mengagumkan mereka sehingga ramai askar memilih untuk membawa pulang seekor Akita bersama dengan mereka seusai perjalanan mereka.

Walaupun kedua-dua jenis diterbitkan daripada keleluhuran bersama.[45] Anjing Akita Amerika pada umumnya bertulang lebih berat dan lebih besar, dengan kepala lebih mirip beruang, manakala anjing Akita Jepun cenderung lebih ringan dan berciri lebih halus dengan kepala mirip rubah.[15][sumber tak boleh dipercayai?] Sebagai tambahan, sementara anjing Akita Amerika diterima dengan semua warna, anjing Akita Jepun hanya diizinkan dengan warna merah, putih, atau brindle. Sebagai tambahan juga, anjing Akita Amerika mungkin bertompok dan/atau mempunyai topen hitam, tidak seperti anjing Akita Jepun, yang disingkirkan jika mempunyai ciri-ciri yang tidak diizinkan dalam piawaian baka.[perlu rujukan]

Dengan pengiktirafan oleh American Kennel Club pada tahun 1955, anjing Akita ditempatkan dalam kelas Lain-lain. AKC tidak meluluskan piawaian anjing Akita sehingga tahun 1972 dan ia dipindahkan ke dalam kelas Anjing Pekerja. Ternakan asasi di Amerika Syarikat terus diimport dari Jepun sehingga tahun 1974, apabila AKC menghentikan pendaftaran kepada sebarang import lanjut dari Jepun sehingga tahun 1992, apabila piawaian Japan Kennel Club diiktiraf. Keputusan ini membawa kepada permulaan pencapahan jenis antara anjing Akita Amerika dengan anjing Akita Jepun yang ada kini.[46]

Di tempat lain di dunia, seekor anjing Aktia Amerika pertama kali diperkenalkan ke United Kingdom pada tahun 1937. Ia merupakan import Kanada yang dimiliki oleh Pn. Jenson; keturunan Pn. Jenson kini masih membiakbakakan anjing Akita Amerika. Individu paling terkenal dengan meluas ialah Joseph Felton, pembiak baka anjing Akita yang pernah memenangi anugerah, tetapi baka ini sendiri tidak terkenal dengan meluas sehingga awal tahun 1980-an.[41] Baka ini diperkenalkan ke Australia pada tahun 1982 dengan import Amerika dan ke New Zealand pada tahun 1986 dengan import British.[41]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Anjing Akita berbulu panjang
Anjing Akita putih
Anjing Akita yang berkembara di Shpella e Pëllumbasit, Tirana, Albania
Juara luncur ais berbunga Olimpik Alina Zagitova yang menerima anjing Akita Jepun dalam upacara yang dihadiri oleh Perdana Menteri Shinzō Abe

Penampilan[sunting | sunting sumber]

Sebagai baka spits, penampilan anjing Akita mencerminkan adaptasi cuaca sejuk yang penting untuk fungsi aslinya.[47] Anjing Akita ialah baka teguh untuk ketinggiannya dengan tulang berat.[48] Trait-trait fizikal baka ini termasuk kepala besar mirip beruang dengan telinga segi tiga tegak yang terletak pada suatu sudut kecil ikutan lengkung leher.[48] Sebagai tambahan, mata anjing Akita adalah kecil, gelap, terletak dalam-dalam, dan berbentuk segi tiga.[49] Anjing Akita mempunyai lapis bulu ganda tebal, dan kaki ketat mirip kucing dengan buku jari baik.[48] Ekornya terangkat ke arah atas belakangnya dalam lingkaran lembut atau ganda ke bawah paras loin.[50]

Jantan matang jenis Amerika biasanya berukuran setinggi 26–28 in (66–71 cm) pada paras kelasa dan sebeart 100–130 lb (45–59 kg).[48] Betina matang pula biasanya berukuran setinggi 24–26 in (61–66 cm) dan seberat 70–100 lb (32–45 kg).[51] Jenis Jepun, seperti yang tersebut dalam piawaian baka, adalah lebih kecil dan lebih ringan sedikit.[52]

Piawaian baka menyatakan bahawa semua warna lapis bulu dan corak baka anjing diizinkan pada anjing Akita Amerika.[53] Ini termasuk corak warna umum shiba inu yang dikenali sebagai urajiro.[54] Anjing Akita Jepun, menurut piawaian baka, terbatas kepada warna merah, perang kekuning-kuningan, bijan, brindle, dan putih tulen, kesemua dengan tanda urajiro - lapis bulu keputih-putihan di sisi muncung, di pipi, di bahagian bawah rahang, di leher, di dada, di tubuh, dan di ekor, dan bahagian dalam tungkai.[9]

Jenis lapis bulu[sunting | sunting sumber]

Dua jenis lapis bulu pada anjing Akita merupakan lapis bulu piawai dan lapis bulu panjang.[55][56] Walau bagaimanapun, lapis bulu panjang dianggap sebagai kecacatan dalam gelanggang pertunjukan.[55][56] Lapis bulu panjang, juga dikenali sebagai moku, ialah hasil daripada gen resesif autosom dan mungkin hadir secara fenotip hanya jika kedua-dua ibu dan bapa merupakan pembawa. Ia mempunyai lapis bulu lebih panjang (kira-kira sepanjang 3–4 in (7.6–10.2 cm) dan lebih lembut[57] dan diketahui mempunyai perangai lebih manis.[55][56] Gen ini disangkakan berpunca daripada anjing samurai, anjing Karafuto.[58]

Perangai[sunting | sunting sumber]

Anjing Akita pada umumnya terlihat bersikap kuat mempertahankan wilayahnya dan dapat bersikap suka menjauhi orang asing.[perlu rujukan]

Baka ini telah ditarifkan dalam perundangan spesifik baka di sesetengah negara sebagai anjing berbahaya.[59][60][61][62][63] Anjing Akita ialah anjing besar, kuat, berdikari, dan dominan. Anjing Akita yang terlatih dengan baik patut menerima orang asing yang tidak mengancam, atau sebaliknya, ia melawan semua orang asing dengan cara agresif.[64]

Tinjauan ke atas tingkah laku anjing pada lima baka 'purba' di Poland mendapati bahawa anjing Akita merupakan yang paling agresif terhadap anjing lain dengan 59% daripada jumlah anjing Akita yang dilaporkan mempamerkan agresi terhadap anjing dan haiwan lain. Ia merupakan yang kedua paling berkemungkinan untuk menjadi agresif terhadap manusia dengan 13% daripada jumlah anjing Akita yang dilaporkan mempamerkan agresi terhadap manusia. Tingkah laku stereotaip dilaporkan pada 27% daripada jumlah anjing Akita, yang menempatkannya sebagai yang kedua daripada lima baka yang ditinjau. Penyuaraan berlebihan hanya dilaporkan pada 17% untuk anjing Akita, yang lebih rendah daripada baka lain. Kurang daripada 10% daripada jumlah anjing Akita dilaporkan mengalami kebimbangan perpisahan, angka paling rendah. 70% daripada semua agresi terarah manusia melibatkan pelawat di wilayah anjing Akita berkenaan, yang menegaskan sifat defensif baka ini.[65]

Sebuah kajian Jepun mendapati bahawa polimorfisme ulangan CAG di dalam gen AR pada anjing Akita dihubungkaitkan dengan peningkatan laporan agresi pada anjing Akita jantan, tetapi bukan betina.[66]

Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Penyakit autoimun[sunting | sunting sumber]

Banyak penyakit autoimun diketahui menyerang anjing Akita, termasuk:

Penyakit endokrin berantarakan imun[sunting | sunting sumber]

Sebagai tambahan kepada ini, sesetengah penyakit endokrin berantarakan imun dengan faktor boleh waris dapat terjadi, seperti:

  • Hipoadrenokortisisme, juga dikenali sebagai penyakit Addison, menjejaskan kelenjar adrenal dan pada intinya merupakan lawan kepada sindrom Cushing.[78]
  • Diabetes melitus, juga dikenali sebagai diabetes jenis 1, menjejaskan pankreas.[78]
  • Hipotiroidisme,[79] juga dikenali sebagai hipotiroidisme autoimun, ialah penyakit autoimun yang menjejaskan kelenjar tiroid.[80]

Keadaan tidak spesifik imun[sunting | sunting sumber]

Keadaan tidak spesifik imun lain yang diketahui telah menyerang anjing Akita termasuklah:

  • Pendilatan gastrik, juga dikenali sebagai kembung yang mungkin beransur menjadi volvulus pendilatan gastrik, yang menyebabkan perut terbelit sendiri.[81]
  • Mikroftalmia, bermaksud "kecil mata", ialah kecelaruan perkembangan mata, yang dipercayai merupakan keadaan genetik resesif autosom.[82]
  • Glaukoma primer,[83] menyebabkan kenaikan tekanan di dalam biji mata.[84]
  • Atrofi retina progresif[83][85] ialah kemerosotan progresif bagi retina (bahagian mata yang menderia cahaya dan membolehkan penglihatan).[84]
  • Displasia pinggul[70] ialah keadaan rangka yang melibatkan kepala femur yang tidak muat dengan betul di dalam soket pinggul, lalu menyebabkan osteoartritis dan nyeri.[86]
  • Displasia siku[70] ialah keadaan rangka yang melibatkan komponen-komponen sendi siku (humerus, radius, dan ulna) yang tidak sejajar dengan betul, lalu menyebabkan osteoartritis dan nyeri.[87]
  • Penyakit von Willebrand,[88][89] ialah kecelaruan perdarahan genetik yang disebabkan oleh kekurangan faktor von Willebrand.[90]
  • Sindrom Cushing, juga dikenali sebagai hiperadrenokortisisme, menjejaskan kelenjar adrenal dan disebabkan oleh pendedahan berpanjangan kepada paras glukokortikosteroid tinggi, sama ada yang dikeluarkan oleh tubuh atau diberikan sebagai ubat-ubatan.[78]

Keadaan spesifik baka[sunting | sunting sumber]

Keadaan spesifik baka ini disebut dalam kesusasteraan veterinar:

  • Kepekaan imun terhadap vaksin, ubat, racun serangga, anestetik, dan penenteram
  • Pseudohiperkalemia ialah kenaikan paras kalium yang berlaku oleh sebab kebocoran berlebihannya daripada sel darah merah apabila darah dikeluarkan. Ini dapat memberikan petanda palsu bagi hiperkalemia dalam ujian makmal, lantas sebutan awalan "pseudo-", yang memaksudkan "palsu".[77] Ini berlaku kerana banyak baka Asia Timur, termasuk anjing Akita dan shiba inu, mempunyai paras kalium lebih tinggi di dalam sel darah merah masing-masing berbanding dengan anjing lain.[91]

Jangka hayat[sunting | sunting sumber]

Sebuah kajian United Kingdom mendapati jangka hayat sebanyak 11.4 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[92]

Kehidupan kerja[sunting | sunting sumber]

Pendahulu bagi anjing Akita moden digunakan untuk pemburuan beruang, babi hutan, dan rusa di Jepun selewat tahun 1957.[93] Ia digunakan untuk menggarah babi hutan dan menahannya sehingga pemburu dapat datang dan membunuh babi hutan itu. Kini, baka ini terutamanya digunakan sebagai anjing teman, namun buat masa ini juga diketahui digunakan sebagai anjing terapi,[94] dan bertanding dalam semua pertandingan anjing, termasuk pertunjukan pengakuran, ujian kepatuhan, program anjing warga baik, ujian penjejakan, dan pertandingan ketangkasan,[95] serta penarikan berat, perburuan, dan schutzhund (anjing perlindungan peribadi).[96]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Jawi: انجيڠ اکيتا; اکيتا; Jepun: 秋田犬; 秋田, rumi: Akita inu, Akita ken, akita, Sebutan bahasa Jepun: [akʲita]
  2. ^ Jawi: انجيڠ اکيتا جڤون; اکيتا جڤون; Jepun: 日本秋田犬, rumi: Nihon Akita inu; bahasa Inggeris: Japanese akita
  3. ^ a b Jawi: انجيڠ اکيتا اميريکا; اکيتا اميريکا; Jepun: アメリカン・アキタ, rumi: Amerikan akita; bahasa Inggeris: American akita
  4. ^ Jawi: انجيڠ بسر جڤون; Jepun: グレート・ジャパニーズ・ドッグ, rumi: gurēto Japanīzu doggu; bahasa Inggeris: great Japanese dog

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Catatan kaki[sunting | sunting sumber]

Kutipan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "American Akita" (dalam bahasa Inggeris). 17 Disember 2019.
  2. ^ "The Loyal, Bear-Hunting Akita". Japan Powered (dalam bahasa Inggeris). 27 September 2020. Dicapai pada 3 Januari 2024.
  3. ^ Brearley, Joan McDonald (1985). The Book of the Akita (dalam bahasa Inggeris). TFH. m/s. 4–7. ISBN 0866220488.
  4. ^ "Akita | Breeds A to Z | The Kennel Club". The Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 Januari 2024.
  5. ^ "Akita Breed Standard" (website) (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Mei 2011. Dicapai pada 3 Januari 2024.
  6. ^ "Breed Standards" (website) (dalam bahasa Inggeris). United Kennel Club. Dicapai pada 3 Januari 2024.
  7. ^ "FCI-Standard N° 255 AKITA" [Piawaian FCI No. 255 Anjing Akita] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). 2 April 2001. Dicapai pada 3 Januari 2024.
  8. ^ "FCI-Standard N° 344 AMERICAN AKITA" [Piawaian FCI No. 344 Anjing Akita Amerika] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). 29 Januari 2015. Dicapai pada 3 Januari 2024.
  9. ^ a b "UK Breed Standard for Japanese Style" (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal (website) pada 14 Ogos 2020. Dicapai pada 3 Januari 2024.
  10. ^ "UK Breed Standard for American Style" (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal (website) pada 14 Ogos 2020. Dicapai pada 3 Januari 2024.
  11. ^ "Australian Breed Standard". Australian National Kennel Council. Diarkibkan daripada yang asal (website) pada 28 Februari 2015. Dicapai pada 3 Januari 2024.
  12. ^ "NZ Standard for Japanese Style" (dalam bahasa Inggeris). New Zealand Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal (website) pada 24 Mei 2011. Dicapai pada 3 Januari 2024.
  13. ^ "NZ Standard for American Style" (dalam bahasa Inggeris). New Zealand Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal (website) pada 24 Mei 2011. Dicapai pada 3 Januari 2024.
  14. ^ "一般社団法人 ジャパンケネルクラブ" (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 3 Januari 2024.
  15. ^ a b c d Kaluzniacki, Sophia. "The Akita Dilemma – One Breed or Two?: a historical perspective" (website). Tamarlane. Dicapai pada 3 Januari 2024.
  16. ^ Itagaki, Dr. Shiro. "The Preservation and Development of Japanese Dogs" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Akita Learning Center. Dicapai pada 3 Januari 2024.
  17. ^ Inu no Kenkyusha, penyunting (1936). 昭和日本犬の検討 [Perbahasan anjing Jepun Showa] (dalam bahasa Jepun). Inu no Kenkyusha. m/s. 16. doi:10.11501/1229309.
  18. ^ Ōdate City History Compilation Committee, penyunting (Mac 1979). 大館市史 [Sejarah Kota Ōdate] (dalam bahasa Jepun). 1. Kota Ōdate. m/s. 76. doi:10.11501/9537893.
  19. ^ a b Ono, Susumu (Oktober 1931). "天然記念物に指定された秋田犬に就て" [Mengenai Anjing Akita yang Dinamakan sebagai Tugu Peringatan Semula Jadi]. Saito Hō'enkai Jiho (dalam bahasa Jepun). No. 58. Saito Hō'enkai. m/s. 11–13. doi:10.11501/1564061.
  20. ^ a b c d e f g h i Chida, Hiroshi (27 November 2003). "Odate museum honors national dog, the Akita". Stripes Pacific Travel (dalam bahasa Inggeris). Stars and Stripes. Dicapai pada 3 Januari 2024.
  21. ^ a b c "History of the Akita | Minamoto No Yorimitsu". www.m-n-y-akitas.nl (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 Januari 2024.
  22. ^ Andrews, Barbara J. (1996). Akitas (dalam bahasa Inggeris). New Jersey, Amerika Syarikat: T.F.H. Publications Inc. m/s. 17. ISBN 0-7938-2760-4.
  23. ^ a b Allsopp, Nigel (2012). K9 Cops: Police Dogs of the World (dalam bahasa Inggeris). Big Sky Publishing.
  24. ^ "Akita Inu Breed History" (dalam bahasa Inggeris). Japanese Akita Inu Club Great Britain. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Januari 2012. Dicapai pada 3 Januari 2024.
  25. ^ a b "History Of The Akita Inu: 1 Of The Great Japanese Breeds - A Dog's Game". adogsgame.com (dalam bahasa Inggeris). 6 Mei 2023. Dicapai pada 3 Januari 2024.
  26. ^ "Website_Caccia - Akita". www.caccia.se (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 Januari 2024.
  27. ^ a b "Morie Sawataishi: Saviour of Japan's Akita Samurai dog" (website). The Daily Telegraph. Jepun. 11 Disember 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Januari 2022. Dicapai pada 3 Januari 2024.
  28. ^ Sherrill, Martha (28 Februari 2008). Dog Man: An Uncommon Life on a Faraway Mountain (dalam bahasa Inggeris). City: Penguin Press USA. m/s. 256. ISBN 978-1-59420-124-0. ISBN 978-1-59420-124-0
  29. ^ "AKIKO". www.clubakita.ro. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Februari 2018. Dicapai pada 3 Januari 2024.
  30. ^ Kimura, Tatsuo. "A History Of The Akita Dog" (website) (dalam bahasa Inggeris). Akita Learning Center. Dicapai pada 3 Januari 2024.
  31. ^ a b "Akita Pedigree". www.akitapedigree.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 Januari 2024.
  32. ^ Killilea, David; Jenny Killilea (1988). The Akita Today (dalam bahasa Inggeris). Glouchestershire, United Kingdom: Ringpress Books Ltd. m/s. 15–16. ISBN 1-86054-099-6.
  33. ^ a b Andrews, Barbara J. (1996). Akitas (dalam bahasa Inggeris). New Jersey, Amerika Syarikat: T.F.H Publications Inc. m/s. 21–22. ISBN 0-7938-2760-4.
  34. ^ American Kennel Club (penulis tersenarai): The Complete Dog Book: The Photograph, History, and Official Standard of Every Breed Admitted to AKC Registration, and the Selection, Training, Breeding, Care, and Feeding of Pure-bred Dogs (Inggeris), Howell Book House, 1985, halaman 269. ISBN 0-87605-463-7.
  35. ^ Ruthven Tremain, The Animals' Who's Who: 1,146 Celebrated Animals in History, Popular Culture, Literature, & Lore (Inggeris), Scribner, 1984, halaman 105. ISBN 0-684-17621-1. Dicapai melalui Google Books pada 3 Januari 2024.
  36. ^ Skabelund, Aaron Herald (23 September 2011). "Canine Imperialism" (dalam bahasa Inggeris). Berfrois. Dicapai pada 3 Januari 2024. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  37. ^ "Akita History & Training/Temperament". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 3 Januari 2024.
  38. ^ "Helen Keller: First Akitas in the USA" (dalam bahasa Inggeris). Natural-akita.com. 14 Jun 1937. Dicapai pada 3 Januari 2024.
  39. ^ Ogasawara, Ichiro. "Helen Keller and Akitas" (dalam bahasa Inggeris). Akita Learning Center. Dicapai pada 3 Januari 2024.
  40. ^ Gibeault, Stephanie. "Hellen Keller, Accomplished & Inspirational Icon, Was a Lifelong Dog Lover". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 Januari 2024.
  41. ^ a b c Killilea, David; Killilea, Jenny (1998). The Akita Today (dalam bahasa Inggeris). Glouchester, United Kingdom: Ringpress. ISBN 1-86054-099-6.
  42. ^ Rick Beauchamp. "The Akita Inu: The Voice of Japan". Dog & Kennel. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Julai 2011. Dicapai pada 3 Januari 2024.
  43. ^ "Helen Keller: First Akitas in the USA" (dalam bahasa Inggeris). Natural-akita.com. 14 Jun 1937. Dicapai pada 3 Januari 2024.
  44. ^ "Helen Keller". Akita Club of America (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 Januari 2024.
  45. ^ "The Two Akitas". DogChannel.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Julai 2015. Dicapai pada 3 Januari 2024.
  46. ^ "Akita Inu". starpetstore.com/ (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 24 September 2021. Dicapai pada 3 Januari 2024.
  47. ^ "Akita: Physical Characteristics". Pet MD (dalam bahasa Inggeris).
  48. ^ a b c d The Complete Dog Breed Book: Choose the Perfect Dog for You (dalam bahasa Inggeris). Penguin. 17 Mac 2020. ISBN 978-0-7440-2234-6.
  49. ^ Wallis, Sherry (20 Januari 2011). "Akita proportions". Dogs in Canada (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 27 September 2011. Dicapai pada 3 Januari 2024.
  50. ^ "American Kennel Club – Akita" (website) (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Februari 2015. Dicapai pada 3 Januari 2024.
  51. ^ "Akita – Canada's Guide to Dogs" (website) (dalam bahasa Inggeris). Canada's Guide to Dogs. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Mei 2011. Dicapai pada 3 Januari 2024.
  52. ^ "Wayback Machine" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 28 Ogos 2022. Dicapai pada 16 Mac 2024. Cite uses generic title (bantuan)
  53. ^ "Akita Colors" (website) (dalam bahasa Inggeris). Tarmalane. Dicapai pada 3 Januari 2024.
  54. ^ "Shiba Inu Appearance – My First Shiba Inu" (dalam bahasa Inggeris). 14 Januari 2016. Dicapai pada 3 Januari 2024.
  55. ^ a b c "The Long Coat Akita: A Wonderful Variation - A Dog's Game". adogsgame.com (dalam bahasa Inggeris). 9 April 2023. Dicapai pada 3 Januari 2024.
  56. ^ a b c Taylor, Jason (1996). Guide to Owning an Akita (dalam bahasa Inggeris). Amerika Syarikat: TFH Publications. m/s. 21. ISBN 0-7938-1878-8.
  57. ^ "Long Coat Akitas" (dalam bahasa Inggeris). DoubleTake. Diarkibkan daripada yang asal (website) pada 30 September 2011. Dicapai pada 3 Januari 2024.[sumber tak boleh dipercayai?]
  58. ^ Andrews, Barbara J. (1996). Akitas (dalam bahasa Inggeris). New Jersey, Amerika Syarikat: TFH Publications Inc. m/s. 16. ISBN 0-7938-2760-4.
  59. ^ "Anti-Canine Legislation Information" (dalam bahasa Inggeris). Akita Club of America. Diarkibkan daripada yang asal (website) pada 10 Jun 2011. Dicapai pada 3 Januari 2024.
  60. ^ "Changes to NYCHA's Pet Policy" (PDF). New York City Housing Authority Journal (dalam bahasa Inggeris). Pemerintah Bandar Raya New York. 39 (4). April 2009. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 11 Januari 2012. Dicapai pada 3 Januari 2024.
  61. ^ "Restricted Dog Breeds" (dalam bahasa Inggeris). Menteri Alam Sekitar Bermuda. Diarkibkan daripada yang asal (website) pada 8 Jun 2011. Dicapai pada 3 Januari 2024.
  62. ^ "Dangerous Dogs" (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Alam Sekitar, Warisan, dan Pemerintah Tempatan. 2007. Diarkibkan daripada yang asal (website) pada 29 Jun 2009. Dicapai pada 3 Januari 2024.
  63. ^ "Kod Amalan Kebajikan Haiwan: Aktiviti Pembiakan Haiwan Kesayangan" (PDF). Jabatan Perkhidmatan Veterinar (pdf). 2019. m/s. 29. Dicapai pada 3 Januari 2024.
  64. ^ "Akita Inu Dog Breed – Temperament & Personality" (dalam bahasa Inggeris). 3 Ogos 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Februari 2018. Dicapai pada 3 Januari 2024.
  65. ^ Wójcik, Anna; Powierża, Kinga (17 Mei 2021). "The Influence of Breed, Sex, Origin and Housing Conditions on Undesirable Behaviors in Ancient Dog Breeds". Animals (dalam bahasa Inggeris). MDPI AG. 11 (5): 1435. doi:10.3390/ani11051435. ISSN 2076-2615. PMC 8156398. PMID 34067911.
  66. ^ Konno, Akitsugu; Inoue-Murayama, Miho; Hasegawa, Toshikazu (30 Mac 2011). "Androgen receptor gene polymorphisms are associated with aggression in Japanese Akita Inu". Biology Letters (dalam bahasa Inggeris). The Royal Society. 7 (5): 658–660. doi:10.1098/rsbl.2011.0087. ISSN 1744-9561. PMC 3169042. PMID 21450727.
  67. ^ Angles, J. M.; Famula, T. R.; Pedersen, N. C. (2005). "Uveodermatologic (VKH-like) syndrome in American Akita dogs is associated with an increased frequency of DQA1*00201". Tissue Antigens (dalam bahasa Inggeris). 66 (6): 656–665. doi:10.1111/j.1399-0039.2005.00508.x. PMID 16305682.
  68. ^ Cottelll, Beverley D.; Barnett, K. C. (1987). "Harada's disease in the Japanese Akita". Journal of Small Animal Practice (dalam bahasa Inggeris). 28 (6): 517–521. doi:10.1111/j.1748-5827.1987.tb01445.x.
  69. ^ Monaco, Marie. "Uveodermatologic Syndrome (UDS, VKH)" (dalam bahasa Inggeris). Samoyed Club of America. Dicapai pada 3 Januari 2024.
  70. ^ a b c "Diseases of The Japanese Akita-Inu" (dalam bahasa Inggeris). Japanese Akita Club of America. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Disember 2014. Dicapai pada 3 Januari 2024.
  71. ^ Day, M.J (1999). "Antigen specificity in canine autoimmune haemolytic anaemia". Veterinary Immunology and Immunopathology (dalam bahasa Inggeris). 69 (2–4): 215–224. doi:10.1016/S0165-2427(99)00055-0. PMID 10507306.
  72. ^ a b Reichler, Iris M.; Hauser, Beat; Schiller, Irene; Dunstan, Robert W.; Credille, Kelly M.; Binder, Heinrich; Glaus, Toni; Arnold, Susi (2001). "Sebaceous adenitis in the Akita: Clinical observations, histopathology and heredity". Veterinary Dermatology (dalam bahasa Inggeris). 12 (5): 243–253. doi:10.1046/j.0959-4493.2001.00251.x. PMID 11906649.
  73. ^ Spaterna, A.; Antognoni, M.T.; Cappuccini, S.; Tesei, B. (2003). "Sebaceous Adenitis in the Dog: Three Cases". Veterinary Research Communications (dalam bahasa Inggeris). 27: 441–443. doi:10.1023/B:VERC.0000014199.39879.bb. PMID 14535449. S2CID 30352408.
  74. ^ Pedersen, Niels C. "Determining whether risk for sebaceous adenitis of Standard Poodles is associated with a specific DLA class II genotype" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 8 Julai 2011. Dicapai pada 3 Januari 2024.
  75. ^ Kuhl, K. A.; Shofer, F. S.; Goldschmidt, M. H. (1994). "Comparative Histopathology of Pemphigus Foliaceus and Superficial Folliculitis in the Dog". Veterinary Pathology (dalam bahasa Inggeris). 31 (1): 19–27. doi:10.1177/030098589403100103. PMID 8140722. S2CID 2609668.
  76. ^ "Pemphigus" (dalam bahasa Inggeris). The Akita Association (UK). Diarkibkan daripada yang asal (website) pada 3 Mac 2016. Dicapai pada 3 Januari 2024.
  77. ^ a b "Diseases in the American Akita" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Akita Rescue Mid-Atlantic Coast (USA). Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 26 Mei 2010. Dicapai pada 3 Januari 2024.
  78. ^ a b c Bouyet, Barbara; Meyers, Alicia; Eltinge, Steve; Dodds, Jean (2002). Akita, Treasure of Japan (dalam bahasa Inggeris). 2. Thousand Oaks, California, Amerika Syarikat: Magnum Publishing. m/s. 268–269. ISBN 0-9716146-0-1. Dicapai pada 3 Januari 2024.
  79. ^ Kennedy, L. J.; Quarmby, S.; Happ, G. M.; Barnes, A.; Ramsey, I. K.; Dixon, R. M.; Catchpole, B.; Rusbridge, C.; Graham, P. A.; Hillbertz, N. S.; Roethel, C.; Dodds, W. J.; Carmichael, N. G.; Ollier, W. E. R. (2006). "Association of canine hypothyroidism with a common major histocompatibility complex DLA class II allele". Tissue Antigens (dalam bahasa Inggeris). 68 (1): 82–86. doi:10.1111/j.1399-0039.2006.00614.x. PMID 16774545. S2CID 358248.
  80. ^ "The Akita – Diseases" (website) (dalam bahasa Inggeris). Akita Alumni Dog Club. Dicapai pada 3 Januari 2024.
  81. ^ Bell, Jerold S. "Risk Factors for Canine Bloat" (dalam bahasa Inggeris). malamute health. Diarkibkan daripada yang asal (website) pada 25 April 2012. Dicapai pada 3 Januari 2024.
  82. ^ "Microphthalmia" (website) (dalam bahasa Inggeris). Canine Inherited Disorders Database. 1998. Dicapai pada 3 Januari 2024.
  83. ^ a b Startup, F. (1986). "Hereditary eye problems in the Japanese akita". Veterinary Record (dalam bahasa Inggeris). 118 (9): 251. doi:10.1136/vr.118.9.251-b. PMID 3705415. S2CID 30453180.
  84. ^ a b Turner, Andrew; Hurn, Simon. "Eye Diseases and Information" (dalam bahasa Inggeris). All Animal Eye Services. Diarkibkan daripada yang asal (website) pada 5 Ogos 2009. Dicapai pada 3 Januari 2024.
  85. ^ Clements, P. J. M.; Sargan, D. R.; Gould, D. J.; Petersen-Jones, S. M. (1996). "Recent advances in understanding the spectrum of canine generalised progressive retinal atrophy". Journal of Small Animal Practice (dalam bahasa Inggeris). 37 (4): 155–162. doi:10.1111/j.1748-5827.1996.tb01950.x. PMID 8731401.
  86. ^ "Treatment Options for Mature Canine Hip Dysplasia (Osteoarthritis stage)" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Universiti Negeri Colorado. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 25 April 2012. Dicapai pada 3 Januari 2024.
  87. ^ "Dog Joint Problems" (dalam bahasa Inggeris). JointPainInDogs.com. Diarkibkan daripada yang asal (website) pada 2 Oktober 2011. Dicapai pada 3 Januari 2024.
  88. ^ Dodds, Jean (2005). "Bleeding Disorders" (website) (dalam bahasa Inggeris). World Small Animal Veterinary Association World Congress Proceedings. Dicapai pada 3 Januari 2024.
  89. ^ Brooks, M. (1999). "A review of canine inherited bleeding disorders: Biochemical and molecular strategies for disease characterization and carrier detection" (PDF). Journal of Heredity (dalam bahasa Inggeris). 90 (1): 112–118. doi:10.1093/jhered/90.1.112. PMID 9987916.
  90. ^ Anderson, Julie B.; Latimer, Kenneth S.; Bain, Perry J.; Tarpley, Heather L. "Von Willebrand's Disease" (dalam bahasa Inggeris). Veterinary Clinical Pathology Clerkship Program. Diarkibkan daripada yang asal (website) pada 18 September 2011. Dicapai pada 3 Januari 2024.
  91. ^ Battison, Andrea (2007). "Apparent pseudohyperkalemia in a Chinese Shar Pei dog". Veterinary Clinical Pathology (dalam bahasa Inggeris). 36 (1): 89–93. doi:10.1111/j.1939-165X.2007.tb00188.x. PMID 17311201.
  92. ^ McMillan, Kirsten M.; Bielby, Jon; Williams, Carys L.; Upjohn, Melissa M.; Casey, Rachel A.; Christley, Robert M. (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death". Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Springer Science and Business Media LLC. 14 (1). doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check |pmc= value (bantuan).
  93. ^ "Bear hunting in Japan 1957" (dalam bahasa Inggeris). Raritan River Akita Club inc. Diarkibkan daripada yang asal (website) pada 19 Februari 2011. Dicapai pada 3 Januari 2024.
  94. ^ "Working Akitas" (dalam bahasa Inggeris). Akita Network. Diarkibkan daripada yang asal (website) pada 11 Januari 2012. Dicapai pada 3 Januari 2024.
  95. ^ Andrews, Barbara J. (1996). "6 – Sport of purebred dogs". Akitas (dalam bahasa Inggeris). New Jersey, Amerika Syarikat: TFH Publications Inc. m/s. 74–99. ISBN 0-7938-2760-4.
  96. ^ Taylor, Jason (1996). Guide to Owning an Akita (dalam bahasa Inggeris). New Jersey, Amerika Syarikat: T.F.H. Publications Inc. m/s. 54. ISBN 0-7938-1878-8.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]