Aidi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Anjing Atlas)
Aidi
Imej aidi
Aidi putih
Nama lainAnjing gunung Atlas
Anjing gembala Atlas
Anjing Kabyle
Anjing Barbar
Negara asalMaghribi(pemegang piawaian)
Rantau Maghreb (rantau asal usul)
Trait
Berat 55 lb (25 kg)
Tinggi 52–62 cm (20–24 in)
Bulu Tebal, sederhana panjang
Warna Hitam, perang, brindle, krim atau sabel krim, merah atau sabel merah, kesemua dengan topeng hitam atau tanpa topeng hitam atau sebarang jumlah putih
Anjing (Canis lupus familiaris)

Aidi[a] atau anjing gunung Atlas[b] ialah satu baka anjing Barbar yang asli di Pergunungan Atlas di Afrika Utara dan digunakan sebagai anjing penjaga haiwan ternakan yang melindungin kawanan biri-biri dan kambing.[1] Ia paling umum terdapat di Maghribi, yang memegang piawaian di bawah Persekutuan Kinologi Antarabangsa.[2][3][4] Aidi juga terdapat di Algeria, di Tunisia, dan diLibya.[5][6] Ia mempunyai kemampuan perburuan dan kebolehan penghiduan bagus. Di Maghribi, ia kerap dipasang dalam perburuan dengan sloughi, yang mengejar mangsa yang lokasinya telah dikesan oleh aidi itu melalui bau.[7]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Aidi betina dalam pertunjukan anjing

Aidi ialah baka yang asli di Pergunungan Atlas di Afrika Utara.[8] Walaupun pada mulanya dirujuk sebagai Atlas Sheepdog ("anjing gembala Atlas") dalam piawaian tahun 1963, aidi tidak pernah digunakan sebagai anjing gembala biri-biri dan misnomer ini dibetulkan pada tahun 1969. Terkenal kerana keberaniannya, aidi secara tradisional tinggal dan bekerja di Pergunungan Atlas untuk menyediakan perlindungan kepada pemiliknya dan harta benda daripada kucing liar, pemangsa, dan orang asing.[9]

Baka ini juga telah dirujuk sebagai anjing Barbar, dinamai sempena suku Barbar yang menggunakan anjing ini. Aidi mengongsi sesetengah keserupaan leluhur dengan anjing paria. Pada masa lalu, ia memainkan peranan penting sebagai pelindung untuk suku nomad gurun dengan anjing paling berwaspada dan agresif yang ditempatkan di sekitar perimeter kem pada waktu malam. Dari segi sejarah, aidi tidak menerima tahap kekaguman sama daripada suku-suku tersebut seperti baka seperti sloughi yang dianggap mulia. Walau bagaimanapun, sebuah kelab baru-baru ini telah dibentuk di Maghribi untuk memulihara ketulenan baka ini kerana sumbangan besarnya sebagai pelindung, pemburu, anjing polis, dan pendamping.[10]

Walaupun aidi telah digunakan terutamanya sebagai anjing pekerja, ia juga telah mendapat kepopularan sebagai anjing peliharaan rumah di kawasan bandar. Apabila diberi tugasan dan senaman mencukupi, aidi dapat menyesuaikan diri dengan baik terhadap persekitaran bandar dan menjadi teman puas hati.[11]

Dari segi warna dan kemampuan penjagaan kawanan ternakan, aidi mengongsi banyak ciri dengan baka anjing penjaga haiwan ternakan lain.[perlu rujukan]

Appearance[sunting | sunting sumber]

Head of the Aidi.

Aidi, yang berdiri setinggi 52–62 cm (20–24 in) dan berukuran seberat sekitar 55 paun (25 kg), mempunyai tubuh langsing dan berotot yang dilindungi oleh lapis bulu kasar, tebal, dan kalis cuaca dengan ekor berbulu lebat. Lapis bulunya berat dan lembut. Kepalanya mirip beruang dan berperkadaran dengan seluruh tubuh. Baka ini mempunyai muncung menirus dengan hidung hitam atau perang yang biasanya memadani lapis bulu. Rahangnya kuat dengan bibir ketat hitam atau perang. Telinga bersaiz sederhananya condong ke hadapan dan labuh sedikit. Matanya sederhana dengan warna gelap dan pinggir gelap. Warna lapis bulunya merupakan putih, hitam, hitam dan putih, merah pudar, dan kuning keperang-perangan.[12][9] Di sesetengah kawasan di Maghribi, telinga dan ekor dipotong.[3][13]

Kepala aidi

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: اءيدي; bahasa-bahasa Barbar: ⴰⵢⴷⵉ, rumi: aydi, lit.'anjing'; Perancis: aïdi
  2. ^ Jawi: انجيڠ ݢونوڠ اتلس; Perancis: chien de montagne de l'Atlas; bahasa Inggeris: Atlas mountain dog

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Aidi Breed Information: History, Health, Pictures, and more". easypetmd.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Januari 2024.
  2. ^ "Aïdi, le chien de l'Atlas: une race 100% nationale méconnue des Marocains". Le360.ma (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 9 Januari 2024.
  3. ^ a b "AÏDI (CHIEN DE MONTAGNE DE L'ATLAS)". Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Januari 2024.
  4. ^ "Breed Standards : Atlas Mountain Dog". United Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Januari 2024.
  5. ^ "Aïdi : caractère & éducation, santé & entretien, prix..." Chien.com (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 9 Januari 2024.
  6. ^ Espérandieu, G.; Coppé, G.; E. B; Chaker, S. (1 Februari 1994). "Chien". Encyclopédie berbère (dalam bahasa Perancis) (13): 1919–1924. doi:10.4000/encyclopedieberbere.2236. ISSN 1015-7344.
  7. ^ Fogle, Bruce. The New Encyclopedia of the Dog (Inggeris). London, United Kingdom: Doring Kindersley, 2003. ISBN 978-0-7894-6130-8
  8. ^ "Breed Standards : Atlas Mountain Dog | United Kennel Club (UKC)". www.ukcdogs.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 17 Januari 2024.
  9. ^ a b Grandjean, Dominique DVM. The Royal Canin Dog Encyclopedia (Inggeris). Paris, Perancis; Aniwa Publishing, 2005.
  10. ^ Hall, Sian. Dogs of Africa (Inggeris). Loveland, Colorado, Amerika Syarikat: Alpine Blue Ribbon Books, 2003. ISBN 978-1-57779-039-6
  11. ^ De Prisco, Andrew dan Johnson, James B. The Mini-Atlas of Dog Breeds (Inggeris). Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat: TFH Publications, 1990. ISBN 978-0-86622-091-0
  12. ^ American Rare Breed Association Aidi Standard https://web.archive.org/web/20080310042147/http://www.arba.org/AidiBS.htm
  13. ^ Alderton, David; Morgan, Tracy (1 Jun 2002). Dogs: Smithsonian Handbooks (dalam bahasa Inggeris) (ed. semakan). Dk Pub. m/s. 30. ISBN 978-0-7894-8981-4.CS1 maint: date and year (link)

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]