Anjing gembala Bergamo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Anjing Bergamo)
Anjing gembala Bergamo
Nama lainAnjing Bergamo
Negara asalItali
Trait
Berat Jantan 32–38 kg (71–84 lb)[1]
Betina 26–32 kg (57–71 lb)[1]
Tinggi Jantan 58–62 cm (23–24 in)[1]
Betina 54–58 cm (21–23 in)[1]
Bulu felt pada bahagian utama tubuh
Warna antara kelabu pudar dengan hitam
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing gembala Bergamo[a] atau hanya anjing Bergamo atau bergamasco[b] ialah satu baka anjing gembala biri-biri Itali. Ia berasal dari Alpi e Prealpi Bergamasche, tempat yang menyaksikan penggunaannya sebagai anjing gembala untuk kedua-dua biri-biri dan lembu.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Asal usul anjing gembala Bergamo tidak diketahui.[2] Sebuah kajian genetik pada tahun 2018 menemukan bukti haplotip yang dikongsi dengan baka-baka Eropah lain termasuk anjing gembala Picardie, anjing gunung Bern, dan anjing gembala Brie.[3]

Anjing jenis ini dipamerkan pada pertunjukan anjing pertama Itali di Milan pada tahun 1881.[2] Pendaftaran pertama baka ini dalam Libro Origini Italiano, iaitu buku pembaka kebangsaan Itali untuk anjing, adalah pada tahun 1891.[4] Sebuah persatuan baka, yang kini dipanggil Associazione Amatori del Cane da Pastore Bergamasco ("Persatuan Pencinta Anjing Gembala Bergamo"), diasaskan pada tahun 1949.[2] Baka ini diiktiraf oleh Ente Nazionale Cinofilia Italiana pada tahun 1956[2] dan diterima secara muktamad oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun yang sama.[5]

Dalam tempoh sembilan tahun dari tahun 2011 hingga tahun 2019, pendaftaran tahunan di Itali berpuratakan 97 setahun, dengan maksimum 149 dan minimum 48.[4]

Ciri[sunting | sunting sumber]

Lapis bulunya kusut pada tubuh, kurang sedemikian pada kepala

Anjing Bergamo ialah anjing tegap dan selekeh dengan saiz sederhana, tubuh kukuh, dan perkadaran baik. Ia adalah kira-kira bergaris luar segi empat sama apabila dilihat dari sisi – panjang tubuh hampir-hampir sama dengan ketinggian pada paras kelasa.[1][6] Jantan berdiri kira-kira setinggi 58–62 cm (23–24 in) pada paras kelasa dan berukuran seberat kira-kira 32–38 kg (71–84 lb); betina adalah kira-kira 4 cm (1.6 in) lebih rendah dan secara purata 6 kg (13 lb) lebih ringan.[1][7]

Ia bercirikan lapis bulu tebal panjang yang meliputi setiap bahagian anjing berkenaan. Terutamanya pada bahagian belakang tubuhnya, lapis bulunya membentuk kunci kusutan panjang yang menyediakan perlindungan bagus daripada cuaca buruk; pada bahagian hadapan tubuhnya, helaian bulunya kasar dan membentuk gelang-gelang beralun seperti yang pada kambing, manakala helaian bulu di kepala adalah agak lebih halus.[7] Lapis bulunya mungkin mempunyai sebarang cahaya warna kelabu, antara hitam sangat pucat dengan kusam; sesetengah sentuhan warna putih telur atau warna fulvus diizinkan.[7]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: انجيڠ ݢمبالا بيرݢامو; Itali: cane da pastore bergamasco; pastore bergamasco; bahasa Inggeris: Bergamasco shepherd dog; Bergamasco sheepdog
  2. ^ Jawi: انجيڠ بيرݢامو; بيرݢامسکو; Itali: bergamasco

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f "FCI-Standard N° 194 CANE DA PASTORE BERGAMASCO (Bergamasco Shepherd Dog)" [Piawaian FCI No. 194 Anjing Gembala Bergamo] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Jane Moore. Disemak oleh Renée Sporre-Willes. 15 September 2020. Dicapai pada 15 Januari 2024.CS1 maint: others (link)
  2. ^ a b c d Associazione Amatori del Cane da Pastore Bergamasco: Storia (Itali). Ente Nazionale Cinofilia Italiana. Diarkibkan pada 11 Ogos 2020.
  3. ^ Andrea Talenti, Dayna L. Dreger, Stefano Frattini, Michele Polli, Stefano Marelli, Alexander C. Harris, Luigi Liotta, Raffaella Cocco, Andrew N. Hogan, Daniele Bigi, Romolo Caniglia, Heidi G. Parker, Giulio Pagnacco, Elaine A. Ostrander, Paola Crepaldi (2018). Studies of modern Italian dog populations reveal multiple patterns for domestic breed evolution (Inggeris). Ecology and Evolution. 8: 2911–2925. doi:10.1002/ece3.3842.
  4. ^ a b Cane da Pastore Bergamasco (Itali). Ente Nazionale Cinofilia Italiana. Dicapai pada 15 Januari 2024.
  5. ^ "FCI breeds nomenclature: Cane da Pastore Bergamasco (194)". Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 Januari 2024.
  6. ^ Descrizione: Cane da Pastore Bergamasco (Itali). Ente Nazionale Cinofilia Italiana. Diarkibkan pada 7 Julai 2014.
  7. ^ a b c FCI Standard N° 194: Cane da Pastore Bergamasco (Itali). Ente Nazionale Cinofilia Italiana. Dicapai pada 15 Januari 2024.