Anjing Eskimo Amerika

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Anjing Eskimo Amerika Syarikat)
Anjing Eskimo Amerika
Anjing Eskimo Amerika (saiz katik)
Nama lainSpits Amerika
Spits Jerman
Negara asalAmerika Syarikat
Jerman
Trait
Warna putih
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing Eskimo Amerika[a] ialah satu baka anjing pendamping yang berasal dari Jerman. Anjing Eskimo Amerika ialah anggota keluarga spits. Leluhur baka ini ialah spits Jerman, tetapi kerana sentimen anti-Jerman semasa Perang Dunia Pertama, ia dinamai semula sebagai "anjing Eskimo Amerika". Walaupun Anjing Eskimo Amerika moden dieksport sebagai spits besar Jerman (atau spits sederhana Jerman, bergantung pada ketinggian anjing), kedua-dua baka telah mencapah dan piawaian adalah berbeza dengan ketara. Selain khidmat sebagai anjing pengawas dan teman, anjing Eskimo Amerika juga mencapai tahap kepopularan tinggi di Amerika Syarikat pada tahun 1930-an dan tahun 1940-an sebagai pemain sarkas.

Terdapat tiga keragaman saiz baka anjing Eskimo Amerika, iaitu mainan, katik, dan piawai. Keragaman-keragaman ini mengongsi keserupaan bersama dengan spits Jepun, spits Denmark, anjing rubah kecil Itali, spits Jerman, spits India, dan anjing Samoyed.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Di Eropah Utara, spits lebih kecil akhirnya dikembangkan menjadi pelbagai baka spits Jerman. Pendatang Eropah membawa spits peliharaan mereka bersama dengan mereka ke Amerika Syarikat, terutamanya ke New York, pada awal tahun 1900-an, "kesemuanya diturunkan daripada Spits Jerman yang lebih besar, iaitu anjing Kees, anjing Pomerania putih, dan spits Itali, iaitu anjing rubah kecil Itali".[1]

Walaupun putih bukan selalu warna beriktiraf pada pelbagai baka spits Jerman, putih biasanya merupakan warna pilihan di Amerika Syarikat.[2] Dalam paparan patriotisme pada era sekitar Perang Dunia Pertama, pemilik anjing mula merujuk haiwan peliharaan mereka sebagai spits Amerika dan bukan spits Jerman.[3]

Selepas Perang Dunia Pertama, spits kecil menarik perhatian orang awam Amerika apabila anjing tersebut menjadi penghibur popular di sarkas di Amerika. Pada tahun 1917, Cooper Brothers’ Railroad Circus ("Sarkas Jalan Kereta Api Cooper Bersaudara") menampilkan anjing tersebut.[4] Seekor anjing bernama Stout's Pal Pierre masyhur kerana berjalan di atas tali tegang dengan Barnum and Bailey Circus pada tahun 1930-an dan juga menyumbang kepada kepopularannya. Mereka menjual anak anjing selepas pertunjukan. Oleh sebab kepopularan anjing sarkas, banyak anjing Eskimo Amerika kini dapat menjejak zuriat kembali kepada anjing sarkas ini.[2]

Potret anjing Eskimo Amerika

Selepas Perang Dunia Kedua, anjing ini terus menjadi haiwan peliharaan popular. Hubungan pascaperang dengan Jepun membawa kepada pengimportan spits Jepun ke Amerika Syarikat, yang mungkin telah disilangkan ke dalam baka ini pada masa ini.[1] Baka ini pertama kali diiktiraf secara rasmi sebagai "American Eskimo" ("[anjing] Eskimo Amerika") seawal tahun 1919 oleh United Kennel Club (UKC) dan rekod dan sejarah bertulis pertama baka ini dicetak pada tahun 1958 oleh UKC.[5] Pada masa itu, tiada kelab baka rasmi dan tiada piawaian baka dan anjing ini diterima untuk pendaftaran sebagai anjing tunggal, berdasarkan penampilan. Pada tahun 1970, National American Eskimo Dog Association (NAEDA; "Persatuan Anjing Eskimo Amerika Kebangsaan") diasaskan dan pendaftaran anjing tunggal berhenti. Pada tahun 1985, American Eskimo Dog Club of America (AEDCA) dibentuk oleh para penggemar yang ingin mendaftarkan baka ini dengan American Kennel Club (AKC). Mengikuti syarat AKC untuk pengiktirafan baka, AEDCA mengumpulkan maklumat pedigri daripada 1,750 ekor anjing yang kini membentuk asas kepada baka yang diiktiraf oleh AKC, yang dipanggil American Eskimo Dog ("Anjing Eskimo Amerika"). Baka ini diiktiraf oleh American Kennel Club pada tahun 1995. Buku pembaka dibuka dari tahun 2000 hingga tahun 2003 dalam percubaan untuk mendaftarkan lebih banyak susur galur berdaftar asli UKC dan kini banyak anjing Eskimo Amerika berdaftar duaan dengan kedua-dua American Kennel Club dan United Kennel Club.[2] Baka ini diiktiraf oleh Canadian Kennel Club pada tahun 2006.[6]

Anak anjing Eskimo Amerika

Ciri[sunting | sunting sumber]

Anjing Eskimo Amerika biasanya berwarna putih, walaupun putih dan biskut juga diterima oleh AKC. Ia berlapis bulu ganda, dengan bulu lurus tebal dan lingkarang di sekeliling leher dan bahu. Ekornya berbulu lebat dan pada umumnya melingkar ke atas belakangnya.[7]

Saiz[sunting | sunting sumber]

Anjing Eskimo Amerika ialah anjing kecil hingga sederhana dan terdapat dalam tiga keragaman saiz:[7]

  • Mainan: 9–12 inci (23–30 cm) dan 5–10 paun (2.3–4.5 kg)
  • Katik: 12–15 inci (30–38 cm) dan 10–20 paun (4.5–9.1 kg)
  • Piawai: 15–20 inci (38–51 cm) dan 15–40 paun (6.8–18.1 kg)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: انجيڠ ايسکيمو اميريکا; bahasa Inggeris: American Eskimo dog; American eskimo

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Clark, Anne Rogers; Andrew H. Brace (1995). The International Encyclopedia of Dogs (dalam bahasa Inggeris). Howell Book House. m/s. 82, 240–241. ISBN 0-87605-624-9.
  2. ^ a b c Coile, D. Caroline (2005). American Eskimo Dogs (dalam bahasa Inggeris). Barron's Educational Series. m/s. 5–9. ISBN 0-7641-2861-2.
  3. ^ Choron, Sandra (2005) Planet Dog (Inggeris), Mariner Books, hlm. 163, ISBN 0-618-51752-9
  4. ^ Cooper Brother's Railroad Circus (Inggeris) Diarkibkan 28 September 2007 di Wayback Machine. Circushistory.org. Dicapai pada 26 Mac 2024.
  5. ^ Breed History NAEDA (Inggeris) Diarkibkan 23 Januari 2009 di Wayback Machine (rekod terawal musnah dalam kebakaran)
  6. ^ Recognition Of The American Eskimo Dog (Inggeris). Canadian Kennel Club. Dicapai pada 26 Mac 2024.
  7. ^ a b "Official Standard of the American Eskimo Dog" (PDF). Official Standard of the American Eskimo Dog (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 26 Mac 2024.