Anjing gembala Inggeris

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Anjing Gembala England)
Anjing gembala Inggeris
Anjing gembala Inggeris triwarna
Nama lainCollie ladang, anjing gembala ladang, collie ladang lama, anjing gembala ladang Amerika
Negara asalAmerika Syarikat
Trait
Berat Jantan 45–65 paun (20–29 kg)
Betina 40–50 paun (18–23 kg)
Tinggi Jantan 19–23 inci (48–58 cm)
Betina 18–22 inci (46–56 cm)
Bulu Panjang
Warna Hitam dan putih, hitam dan sawo matang, sabel dan putih, sawo matang dan putih, atau triwarna (hitam, putih, dan sawo matang)
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing gembala Inggeris[a] ialah satu baka anjing gembala dari Amerika Syarikat.

Perihal[sunting | sunting sumber]

Anjing gembala Inggeris ialah baka anjing bersaiz sederhana yang seberat 40–65 paun (18–29 kg) dan berdiri setinggi 18–23 inci (46–58 cm). Jantannya biasanya lebih besar daripada betina.[1][2] Baka ini mempunyai lapis bulu ganda panjang, lurus, atau beralun dengan jumbai pada tungkai dan ekor. Secara tradisional, ia mempunyai empat gabungan warna berlainan, iaitu hitam dan putih, hitam dan sawo matang, sabel dan putih, atau triwarna (hitam, putih, dan sawo matang), walaupun cahaya warna perang kekuning-kuningan dan sawo matang merah hingga putih juga terlihat pada baka ini.[1][2] Menurut piawaian baka, lapis bulu mungkin lurus, beralun, atau keriting, kecuali pada muka, tengkorak, dan hadapan tungkai yang mempunyai bulu pendek dan licin.[3]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Leluhur kepada anjing gembala Inggeris ialah collie daripada pelbagai jenis yang dibawa ke Dunia Baru oleh peneroka awal dari Britain dan Ireland. Oleh itu, ia mengongsi keleluhur dengan collie sempadan, collie kasar, dan anjing gembala Australia moden.[1][2] Leluhur kepada anjing gembala Inggeris digunakan secara meluas di ladang-ladang di serata negeri-negeri timur, terutamanya sebagai gembala biri-biri dan lembu, walaupun ia juga memainkan peranan sebagai anjing pengawal, pemburu tikus, dan pendamping.[2]

United Kennel Club (UKC) telah mendaftarkan English Shepherd ("anjing gembala Inggeris") sejak tahun 1927. Pada asalnya, UKC memanggil baka ini American Farm Shepherd ("anjing gembala ladang Amerika") tetapi pada tahun 2003 menamainya semula English Shepherd.[2] Baka ini tidak diiktiraf oleh American Kennel Club.[2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: انجيڠ ݢمبالا ايڠݢريس; bahasa Inggeris: English shepherd dog; English shepherd

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Mehus-Roe, Kristin (2009). Original dog bible: the definitive source for all things dog (dalam bahasa Inggeris). Irvine, California, Amerika Syarikat: BowTie Press. m/s. 284. ISBN 9781935484899.
  2. ^ a b c d e f Vorwald Dohner, Janet (2016). Farm dogs: a comprehensive breed guide to 93 guardians, herders, terriers and other canine working partners (dalam bahasa Inggeris). North Adams, Massachusetts, Amerika Syarikat: Storey Publishing. m/s. 168–170. ISBN 9781612125930.
  3. ^ "Breed Standards : English Shepherd | United Kennel Club (UKC)". United Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 April 2024.