Anjing gembala Iceland

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Anjing Gembala Iceland)
Anjing gembala Iceland
Nama lain
  • Anjing Iceland
  • Spits Iceland
  • Anjing Friaar
Negara asalIceland
Trait
Berat 9–14 kg (20–30 lb)[1]:120
Tinggi Jantan 46 sentimeter (18 in)[2]
Betina 42 sentimeter (17 in)[2]
Bulu tebal, ganda
Warna sawo matang, hitam, perang coklat, atau kelabu, kesemuanya dengan tanda-tanda putih[3]:120
Jangka hayat 12–15 tahun
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing gembala Iceland[a], anjing Iceland[b], atau spits Iceland[c] ialah satu baka anjing daripada jenis spits Nordik. Ia diterbitkan daripada anjing yang dibawa ke Iceland oleh penetap Viking pada abad kesembilan. Ia serupa dengan buhund Norway dan vallhund Sweden, yang diterbitkan daripada stok leluhur sama.

Ia merupakan satu-satunya baka anjing yang asli di Iceland. Kegunaan tradisional termasuk penggembalaan kedua-dua biri-biri dan kuda.[4]:122

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Ukiran bagi chien d'Islande daripada Histoire Naturelle karya Georges-Louis Leclerc, Comte de Buffon, Tome V; (1755); diukir oleh Gaillard sempena Jacques de Sève

Anjing gembala Iceland ialah salah satu daripada sangat sedikit baka anjing yang untuknya dakwaan asal usul purba disokong oleh kedua-dua bukti arkeologi dan bukti bertulis.[5]:80 Ia diterbitkan daripada anjing yang dibawa ke Iceland oleh kolonis Viking dari tahun 874 dan selepasnya;[5]:80[6] anjing ini disangkakan berasal daripada stok leluhur sama yang melahirkan buhund Norway dan vallhund Sweden moden.[7]:178[8]:191

Sebagai hasil daripada perdagangan dengan Iceland pada Zaman Pertengahan, anjing ini menjadi agak terkenal di negara-negara Eropah lain termasuk England dan Perancis;[5]:80 sebutan awal bertarikh kembali ke tahun 1492.[7]:178 Ia disebut oleh John Caius dalam tulisannya tentang anjing pada tahun 1570,[7]:178 dan oleh William Shakespeare dalam Henry V, disangkakan bertarikh dari sekitar tahun 1599.[5]:80[9] Dalam tulisannya Account of Island, alias Ice-land; in the Year 1662, yang diterbitkan selepas kematiannya, Sir Thomas Browne menulis: (terjemahan) "... mereka membawa lagi satu jenis ke sini, berkepala seperti rubah, yang mereka katakan dibiakbakakan antara anjing dengan rubah; ini diingini oleh para gembala negara ini".[5]:80[10]:106[11]:230

Chien d'Islande atau anjing Iceland dibincangkan dan diilustrasikan dalam jilid kelima Histoire Naturelle karya Georges-Louis Leclerc, Comte de Buffon, diterbitkan pada tahun 1755.[5]:80[12]:Pl.XXXI Pada 1788, ia dikelaskan oleh Johann Friedrich Gmelin sebagai spesies, Canis islandicus.[13][14]:66

Plag dan distemper anjing memusnahkan lebih daripada 75% baka ini pada lewat abad kesembilan belas, lalu membawa kepada pengharaman pengimportan anjing ke Iceland. Anjing gembala Iceland baka tulen sekali lagi menghampiri kepupusan pada lewat abad kedua puluh.

Sebuah kelab kenel kebangsaan, Hundarræktarfélag Íslands atau Kelab Kenel Iceland, ditunuhkan pada tahun 1969; pada pertunjukan anjing pertamanya, di Hveragerði padat tahun 1973, dua puluh tiga ekor daripada enam puluh ekor anjing yang dipersembahkan tergolong dalam baka ini.[15] Pada tahun 1979, sebuah persatuan baka diasaskan, Deild Íslenska Fjárhundsins atau Kelab Baka Anjing Gembala Iceland.[15] Pada tahun 1994, Alþingi (parlimen negara) menetapkan bahawa anjing gembala Iceland merupakan sebahagian daripada warisan kebudayaan negara itu dan patut dilindungi sebagai baka kebangsaan.[16] Pada tahun 1996, sebuah persatuan baka antarabangsa, Icelandic Sheepdog International Cooperation, dibentuk; persatuan ini mempunyai sepuluh buah kelab kenel anggota dari Eropah (termasuk yang dari Iceland), dengan American Kennel Club.[16]

Baka ini diterima secara muktamad oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 1972[17] dan diiktiraf oleh American Kennel Club pada tahun 2010.[18]

Pada tahun 2015, pendaftaran di negara-negara Nordik adalah seperti yang berikut: 137 di Iceland; 100 di Denmark; 44 di Finland; 35 di Norway; dan 76 di Sweden.[19] Pada tahun 2022, jumlah bilangan pendaftaran seluruh dunia ialah hampir-hampir 5000.[6]

Ciri[sunting | sunting sumber]

Kuku embun ganda pada tungkai belakang

Ia merupakan anjing berotot dan tahan lasak dan bergerak dengan mudah merentasi rupa bumi kasar di pedalaman Iceland. Beratnya pada umumnya terukur dalam julat 9–14 kg (20–31 lb) dengan tinggi pada paras kelasa sekitar 45 cm (18 in) untuk jantan dan kurang beberapa sentimeter untuk betina.[1]:120[3]:120 Lapis bulunya tebal dan menyediakan perlindungan baik daripada cuaca; terdapat dua jenis berbeza: berbulu pendek dan berbulu panjang.[1]:120[2] Ia mungkin berwarna sawo matang atau perang kekuning-kuningan, antara warna dkrim dengan perang kemerah-merahan; atau hitam, perang coklat, atau kelabu. Tanda-tanda putih, kerap meluas, hadir dengan semua warna; anjing sawo matang dan kelabu mungkin memiliki topeng hitam.[3]:120[17] Anjing dapat dijangakan hidup selama antara dua belas dengan lima belas tahun.[3]:120

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: انجيڠ ݢمبالا اءيسلند; Iceland: íslenskur fjárhundur, disebut [ˈistlɛnskʏr ˈfjaurˌhʏntʏr̥]; bahasa Inggeris: Icelandic sheepdog
  2. ^ Jawi: انجيڠ اءيسلند; bahasa Inggeris: Iceland dog; Perancis: chien d'Islande; Latin: canis islandicus
  3. ^ Jawi: سڤيت‌س اءيسلند; Iceland: íslenskur spísshundur; bahasa Inggeris: Icelandic spitz

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Kim Dennis-Bryan (2020 [2012])). The Complete Dog Breed Book (Inggeris), edisi ke-2. London: Dorling Kindersley. ISBN 9780241412732.
  2. ^ a b c "FCI-Standard N° 289 ÍSLENSKUR FJÁRHUNDUR (Icelandic Sheepdog)" [Piawaian FCI No. 289 Anjing Gembala Iceland] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Helga Andrésdóttir. 3 Julai 2018. Dicapai pada 4 Januari 2024.CS1 maint: others (link)
  3. ^ a b c d [Bruce Fogle] (2013). The Dog Encyclopedia (Inggeris). London; New York: Dorling Kindersley. ISBN 9781465408440.
  4. ^ David Hancock (2014). Dogs of the Shepherds: a Review of the Pastoral Breeds (Inggeris). Ramsbury, Marlborough, Wiltshire: The Crowood Press Ltd. ISBN 9781847978080.
  5. ^ a b c d e f Bryan D. Cummins (2013). Our Debt to the Dog: How the Domestic Dog Helped Shape Human Societies (Inggeris). Durham, North Carolina: Carolina Academic Press. ISBN 9781611635560.
  6. ^ a b History of the Icelandic Sheepdog (Inggeris). Icelandic Sheepdog International Cooperation. Diarkibkan pada 16 May 2022.
  7. ^ a b c Janet V. Dohner (2016). Farm Dogs: A Comprehensive Breed Guide to 93 Guardians, Herders, Terriers, and Other Canine Working Partners (Inggeris). North Adams, Massachusetts: Storey Publishing. ISBN 9781612125923.
  8. ^ Jeanne Joy Hartnagle-Taylor, Ty Taylor (2010). Stockdog Savvy (Inggeris). Crawford, Colorado: Alpine Publications. ISBN 9781577791065.
  9. ^ William Shakespeare (sekitar 1599). History of Henry V, Babak II, Adegan 1. Open Source Shakespeare. Fairfax, Virginia: George Mason University. Dicapai pada 4 Januari 2024. Pistol: "Pish for thee, Iceland dog! thou prick-ear'd cur of Iceland!"
  10. ^ David Cavill (1978). All about the Spitz Breeds (Inggeris). London: Pelham Books. ISBN 9780720711134.
  11. ^ Thomas Browne (1722). Posthumous Works; Of the Learned Sir Thomas Browne, Kt., M.D., Late of Norwich: Printed from his Original Manuscripts (Inggeris). London: Dicetak untuk W. Mears, di Lamb without Temple Bar, dan J. Hooke, di Flower-de-Luce melawan Gereja St. Dunstan di Fleetstreet.
  12. ^ Georges-Louis Leclerc, Comte de Buffon (1755). Histoire Naturelle; Générale et Particulière, avec la description du Cabinet du Roi; Tome cinqième (Perancis). Paris: De l'Imprimerie Royale.
  13. ^ Species taxon summary, ID = 31240: islandicus Gmelin, 1788 described in Canis (Inggeris). AnimalBase. Göttingen: SUB Göttingen. Dicapai pada 4 Januari 2024.
  14. ^ Johann Friedrich Gmelin (1788). Caroli a Linné: systema naturae per regna tria naturae, secundum classes, ordines, genera, species, cum characteribus, differentiis, synonymis, locis, editio decima tertia, tomus I. Lipsiae: [Beer) Article (sunting|bincang|sejarah|laman dipaut|pantau|log).
  15. ^ a b A Summary of the Icelandic Kennel Club's History (Inggeris). Reykjavik: Hundarræktarfélag Íslands. Dicapai pada 4 Januari 2024.
  16. ^ a b The story and work of ISIC (Inggeris). Icelandic Sheepdog International Cooperation. Diarkibkan pada 17 September 2022.
  17. ^ a b FCI breeds nomenclature: Íslenskur Fjárhundur (289). Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Dicapai pada 4 Januari 2024.
  18. ^ AKC Welcomes the Cane Corso, Icelandic Sheepdog and Leonberger (Inggeris). American Kennel Club. Diarkibkan pada 23 Julai 2010.
  19. ^ Icelandic Sheepdog (Inggeris). Nordic Kennel Union. Dicapai pada 4 Januari 2024.

Templat:Anjing Iceland