Anjing rusa kutub Lapland

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Anjing Gembala Lappland)
Anjing rusa kutub Lapland
Nama lainAnjing gembala Lapland
Negara asalFinland
Trait
Tinggi Jantan 51 cm (20 in)
Betina 46 cm (18 in)
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing rusa kutub Lapland[a] atau anjing gembala Lapland[b] ialah satu baka anjing dari Finland, salah satu daripada tiga baka "anjing Lap" yang dikembangkan daripada sejenis yang anjing digunakan oleh orang Sami untuk penggembalaan dan penjagaan rusa kutub.

Penampilan[sunting | sunting sumber]

Anjing rusa kutub Lapland ialah anjing bersaiz sederhana dengan bulu sederhana panjang pada lapis bulu ganda. Telinganya tegak; telinga labuh ialah kecacatan yang menyebabkan penyingkiran. Warnanya pada umumnya ialah hitam atau kelabu gelap dengan perang, dan kadang-kadang perang merah, dengan cahaya warna lebih cerah pada kepala dan bahagian bawah tubuh, kerap dengan tanda-tanda putih. Dengan tubuh sederhana, tingginya sepatutnya 51 cm (20 in) pada paras kelasa untuk jantan dan 46 cm (18 in) untuk betina. Jantan dan betina patut terlihat jelas berbeza. Beratnya ialah 55–65 paun (25–29 kg) dengan jantan yang biasanya lebih berat daripada betina.[perlu rujukan]

Perangai[sunting | sunting sumber]

Piawaian baka menyatakan bahawa anjing ini patut tentang, ramah, dan jinak, tetapi juga bertenaga. Kebanyakan baka gembala perlu diberi senaman kerap. Perangai anjing individu mungkin berbeza-beza.

Kegiatan[sunting | sunting sumber]

Anjing gembala Lapland dapat bertanding dalam ujian ketangkasan anjing, carting, mushing, kepatuhan, rally obedience, kemahiran persembahan, flyball, penjejakan, dan acara penggembalaan. Naluri dan kebolehlatihan penggembalaan dapat diukur dalam ujian penggembalaan tanpa persaingan. Anjing gembala Lapland yang menunjukkan naluri penggembalaan asasi dapat dilatih untuk bertanding dalam ujian penggembalaan.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Orang Sami dari Eropah utara menggunakan anjing gembala jenis spits untuk mengurus kawanan rusa kutub selama tempoh masa lama. Anjing sedemikian bukan baka moden dengan warisan berdokumen dan tidak mempunyai penampilan tetap, tetapi sebaliknya merupakan jenis baka tempatan bagi anjing gembala. Walaupun penggemar anjing di Sweden dan di Finland mula mengumpulkan maklumat tentang jenis ini pada tahun 1930-an, kebanyakan anjing tersebut lenyap akibat Perang Dunia Kedua.

Selepas peperangan, ramai pembiak baka di Sweden dan di Finland mula mencuba untuk menghasilkan anjing gembala rusa kutub yang lenyap semula dalam pelbagai bentuk masing-masing. Di Finland, yang pertama diiktiraf sebagai Kukonharjulainen oleh Kelab Kenel Finland. Baka ini terdiri daripada beberapa ekor anjing gembala yang disilangkan dengan anjing beruang Karelia hitam dan putih, lalu menghasilkan anjing berbulu pendek. Pembiak baka lain pula dengan lagi sebuah kelab kenel di Finland menghasilkan lagi satu baka, iaitu yang dengan bulu lebih lebat, yang dipanggil anjing gembala Lapland. Pada lewat tahun 1950-an dan awal tahun 1960-an, lebih anjing dikumpulkan dan diperuntukkan kepada salah satu daripada dua keragaman berdasarkan penampilan. Pada sekitar waktu sama, kedua-dua kelab kenel bergabung dan semua anjing rusa kutub Finland ditempatkan dalam daftar sama. Pada tahun 1966, anjing-anjing ini dipisahkan lagi berdasarkan panjang bulu.[2] Salah satu baka dinamai semula anjing Lap Finland pada masa itu dan yang lagi satu dinamai anjing rusa kutub Lapland (juga disebut anjing gembala Lapland)[3]

Anjing rusa kutub Lapland diiktiraf atas tajaan Finland oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa dalam Kumpulan 5 Spits dan Jenis Primitif Seksyen 3 Anjing Penjaga dan Anjing Gembala Nordik. Buku pembaka untuk baka ini kekal terbuka. Setelah dieskport ke Amerika Utara, ia diiktiraf di sana oleh United Kennel Club dalam Kumpulan Gembala (United Kennel Club menempatkan anjing Lap Finland dalam Kumpulan Baka Utara). Ia juga diiktiraf oleh beberapa kelab kenel kecil dan perniagaan pejabat pendaftaran anjing berdasarkan Internet dan dipromosikan sebagai baka jarang untuk mereka yang mencari haiwan peliharaan unik.

Zuriat[sunting | sunting sumber]

Baka ini tergolong di bawah sub-klad DNA mitokondrion yang dirujuk sebagai d1 yang hanya ditemukan di Skandinavia utara. Ini merupakan hasil daripada penghibridan anjing jantan–serigala betina yang berlaku pascapembelajinakan.[4][5] Subklad d1 berasal paling lama dari 480–3,000 tahun lalu dan menyertakan semua baka berkaitan dengan orang Sámi: anjing Lap Finland, anjing Lap Sweden, anjing gembala Lapland, anjing Jämtland, anjing pemburu elk Norway, dan anjing pemburu elk Hällefors. Jujukan ibu serigala yang menyumbang kepada baka-baka ini belum dipadankan di serata Eurasia[6] dan cabangnya di pokok filogenetik berakar pada jujukan sama dengan anjing Altai yang berusia 33,000 tahun (bukan leluhur langsung).[7]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: انجيڠ روسا قطب لڤلند; Suomi: lapinporokoira; bahasa Inggeris: Lapp reindeer dog; Lapland reindeer dog
  2. ^ Jawi: انجيڠ ݢمبالا لڤلند; Svensk: lapsk vallhund; bahasa Inggeris: Lapponian herder

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hartnagle-Taylor, Jeanne Joy; Taylor, Ty (2010). Stockdog Savvy (dalam bahasa Inggeris). Alpine Publications. ISBN 978-1-57779-106-5.
  2. ^ Finnish Lapphund Comprehensive Owner's Guide (Inggeris) oleh Toni Jackson. Penerbit: Kennel Club Books (September 2003) ISBN 1-59378-374-4 ISBN 978-1-59378-374-7 hlm. 11–14
  3. ^ "FCI-Standard N° 284 LAPINPOROKOIRA (Lapponian Herder)" [Piawaian FCI No. 284 Anjing Rusa Kutub Lapland] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Kelab Kenel Finland. 12 Mac 1999. Dicapai pada 4 Januari 2024.CS1 maint: others (link)
  4. ^ Pang, J.-F.; Kluetsch, C.; Zou, X.-J.; Zhang, A.-b.; Luo, L.-Y.; Angleby, H.; Ardalan, A.; Ekstrom, C.; Skollermo, A.; Lundeberg, J.; Matsumura, S.; Leitner, T.; Zhang, Y.-P.; Savolainen, P. (2009). "MtDNA Data Indicate a Single Origin for Dogs South of Yangtze River, Less Than 16,300 Years Ago, from Numerous Wolves". Molecular Biology and Evolution (dalam bahasa Inggeris). 26 (12): 2849–64. doi:10.1093/molbev/msp195. PMC 2775109. PMID 19723671.
  5. ^ Duleba, Anna; Skonieczna, Katarzyna; Bogdanowicz, Wiesław; Malyarchuk, Boris; Grzybowski, Tomasz (2015). "Complete mitochondrial genome database and standardized classification system for Canis lupus familiaris". Forensic Science International: Genetics (dalam bahasa Inggeris). 19: 123–129. doi:10.1016/j.fsigen.2015.06.014. PMID 26218982.
  6. ^ Klütsch, C.F.C.; Savolainen, Peter (2011). "Regional occurrence, high frequency, but low diversity of mitochondrial DNA haplogroup d1 suggests a recent dog-wolf hybridization in Scandinavia". Journal of Veterinary Behavior: Clinical Applications and Research (dalam bahasa Inggeris). 6: 85. doi:10.1016/j.jveb.2010.08.035.
  7. ^ Thalmann, O.; Shapiro, B.; Cui, P.; Schuenemann, V. J.; Sawyer, S. K.; Greenfield, D. L.; Germonpre, M. B.; Sablin, M. V.; Lopez-Giraldez, F.; Domingo-Roura, X.; Napierala, H.; Uerpmann, H.-P.; Loponte, D. M.; Acosta, A. A.; Giemsch, L.; Schmitz, R. W.; Worthington, B.; Buikstra, J. E.; Druzhkova, A.; Graphodatsky, A. S.; Ovodov, N. D.; Wahlberg, N.; Freedman, A. H.; Schweizer, R. M.; Koepfli, K.- P.; Leonard, J. A.; Meyer, M.; Krause, J.; Paabo, S.; dll. (2013). "Complete Mitochondrial Genomes of Ancient Canids Suggest a European Origin of Domestic Dogs". Science (dalam bahasa Inggeris). 342 (6160): 871–874. Bibcode:2013Sci...342..871T. doi:10.1126/science.1243650. PMID 24233726. S2CID 1526260.