Buhund Norway

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Anjing Gembala Norway)
Buhund Norway
Seekor buhund Norway gandum
Nama lainAnjing gembala Norway
Negara asalNorway
Anjing (Canis lupus familiaris)

Buhund Norway[a] atau anjing gembala Norway[b] ialah satu baka anjing daripada jenis spits. Ia berkait rapat dengan anjing gembala Iceland dan anjing Jämtland. Buhund digunakan sebagai anjing gembala dan ladang serba guna, serta anjing penjaga.[1]

Perihal[sunting | sunting sumber]

Dua ekor buhund hitam

Penampilan umum[sunting | sunting sumber]

Buhund Norway mempunyai profil segi empat sama, sedikit kurang bersaiz sederhana dan memiliki ekor melingkar ketat yang terletak tinggi-tinggi ke atas tengah-tengah belakang. Kepalanya berbentuk baji dengan telinga tajam dan hidung hitam.[2] Belakangnya separas dan ia memiliki dada dalam.

Ukuran[sunting | sunting sumber]

Julat saiz buhund kira-kira ialah 43–45 sentimeter (17–18 in) dengan jantan yang berukuran 43–46 cm (17–18 in) dan betinanya yang berukuran hingga setinggi 44 cm (17 in). Julat beratnya ialah 14–18 kilogram (31–40 lb) untuk jantan dan 12–16 kilogram (26–35 lb) untuk betina.

Bulu[sunting | sunting sumber]

Kuning gandum – Mana-mana cahaya warna antara krim pudar dengan jingga cerah, dengan bulu berhujung gelap atau tanpa bulu berhujung gelap; sesedikit putih yang mungkin; topeng hitam diterima. Hitam – lebih diingini tanpa terlalu banyak kesan gangsa; sesedikit putih yang mungkin. Kawasan dengan putih yang diizinkan: gelang putih tipis di sekitar leher, takik tipis pada muka, tompk kecil bulu putih pada dada, kaki dan hujung ekor putih. Anjing kelabu dengan lapis bulu serupa dengan anjing pemburu elk Norway kadang-kadang terdapat. Di United Kingdom, sabel serigala juga tersenarai dalam piawaian baka The Kennel Club.[3]

Perangai[sunting | sunting sumber]

Buhund Norway ialah baka sangat ceria dan aktif. Ia tidak semudahnya letih dan memerlukan senaman berpanjangan harian. Buhund Norway perlu menghabiskan tenaganya dan ia menjadi bersifat pemusnah dan berperangai buruk jika diabaikan atau kerap disuruh kekal diam. Sekali dengan paras kegiatan dan tenaga tingginya, ia juga amat bersikap penyayang dan terkenal kerana kecintaannya terhadap kanak-kanak. Walau bagaimanapun, oleh sebab paras tenaga tinggi dan keperluan untuk pelatihan intensif, buhund Norway patut sentiasa dipantau, terutamanya di sekitar kanak-kanak dan warga emas. Baka ini suka berpelukan dan mengucup-ngucup tuannya dan keluarganya. Ia menjalin ikatan kukuh dengan tuannya. Maka, ia merupakan anjing penjaga semula jadi. Ini dapat menyebabkan tingkah laku menjauh dan kewaspadaan atau keresahan di sekitar orang asing. Pemilik baharu mungkin memandang ini sebagai masalah, oleh sebab buhund Norway mungkin menyalak terhadap setiap bunyi baharu yang membimbangkan atau pergerakan. Ia kuat berkomunikasi dan berani, namun jarang tersentap atau menggigit tanpa provokasi.

Buhund Norway adalah amat cerdas. Ia amat keras kepala dan mempamerkan keinginan kuat untuk diajar dan mempelajari perkara baharu. Jika rangsangan betul tidak disediakan, baka ini mungkin bergantung pada tingkah laku pemusnah atau tidak betul. Baka buhund mudah bosan dan diketahui menjadi gelisah. Senaman harian diperlukan. Baka ini sesuai untuk para pemilik yang mampu mengkhususkan waktu untuk senaman dan latihan. Dengan keinginan untuk kegiatan dan pembelajaran sekali gus dengan paras tenaga tinggi, buhund Norway merupakan anjing yang cemerlang dalam ketangkasan. Orang yang menjalani kehidupan dengan gaya hidup aktif atau mencari anjing yang dapat dilibatkan dalam sukan anjing bersama-sama pasti menghargai keperibadian buhund Norway. Ia juga anjing unggul untuk orang yang atletik dan menginginkan anjing untuk ikut serta semasa berlari, berkembara, berbasikal. Baka ini pendamping baik untuk penggemar sukan.

Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Buhund Norway terdedah kepada isu mata terwaris dan displasia pinggul.

Penjagaan bulu[sunting | sunting sumber]

Buhund Norway mempunyai lapis bulu pendek hingga sederhana panjang yang tidak kusut semasa ganti bulu. Pemberusan mingguan elok sahaja, tetapi pemberusan tambahan diperlukan semasa anjing berganti bulu dua kali setahun.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Buhund Norway tergolong dalam kelas besar anjing yang dipanggil jenis spits. Terdapat banyak keragaman saiz, bulu, dan warna dalam kalangan baka spits. Anjing ini melindungi ladang dan menggembala lembu dan biri-biri.[4]

Asal usul nama[sunting | sunting sumber]

Buhund diterbitkan daripada perkataan bahasa Norway bu "rumah ladang; bangunan ringkas atau pondok gunung" (tempat tinggal gembala yang menjaga kawanan ternakannya pada musim panas) tetapi juga dapat memaksudkan "ternakan", dan hund "anjing". Buhund moden dibiakbakakan di kawasan pinggir laut barat Norway yang cenderung hujan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: بوهون نوروءي, Sebutan bahasa Melayu: [buhʊn]; Norway: norsk buhund; bahasa Inggeris: Norwegian buhund
  2. ^ Jawi: انجيڠ ݢمبالا نوروءي; bahasa Inggeris: Norwegian sheepdog

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "History of the Norwegian Buhund" (dalam bahasa Inggeris). NBCA. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Mac 2015. Dicapai pada 2 Januari 2024.
  2. ^ "Breed standards" (dalam bahasa Inggeris). NBCA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 April 2015. Dicapai pada 2 Januari 2024.
  3. ^ "Breed standard" (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. Dicapai pada 2 Januari 2024.
  4. ^ "Norwegian Buhund" (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 2 Januari 2024.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]