Anjing Hällefors

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing Hällefors
Seekor anjing Hällefors, jantan perang kekuning-kuningan
Nama lainAnjing pemburu elk Hällefors
Negara asalSweden
Trait
Tinggi Jantan 55–63 sentimeter (22–25 in)
Betina 52–60 sentimeter (20–24 in)
Bulu Lapis bulu sederhana, tebal, kasar, dan padat
Warna Kuning; dengan topeng atau tanpa topeng
CatatanDiiktiraf oleh Svenska Kennelklubben, Suomen Kennelliitto, dan Norsk Kennel Klub
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing Hällefors[a] atau anjing pemburu elk Hällefors ialah satu baka anjing Sweden.

Penampilan[sunting | sunting sumber]

Anjing Hällefors ialah spits segi empat tepat bersaiz sederhana sama ada dengan ekor sabit atau melingkar. Lapis bulu tebal, kasar, dan padat patut sentiasa berwarna kuning, daripada perang kekuning-kuningan hingga kemerah-merahan. Cahaya warna patut lebih cerah pada dada, perut, tungkai, dan di bawah ekor. Purata ketinggian untuk jantan ialah 55–63 cm (22–25 in) dan untuk betina 52–60 cm (20–24 in).[1]

Tingkah laku[sunting | sunting sumber]

Anjing Hällefors ialah anjing bertenaga, berani, dan tegar dengan perwatakan kuat.[2]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Baka ini dikembangkan di Svealand, tetapi kawasan lebih terperinci bagi asal usul telah dipertikaikan. Ada pernyataan bahawa walaupun namanya sedemikian, ia tidak diwujudkan di Hällefors, tetapi di kampung Fredriksberg yang terletak di Komun Ludvika yang bersebelahan.[2] Ia telah digunakan terutamanya sebagai anjing pemburu rusa[1] dan leluhur paling ketaranya merupakan spits Finland dan laika Ostyak.[3] Svenska Kennelklubben mengiktiraf baka ini pada tahun 2000[2] dan kini ia juga diiktiraf di beberapa buah negara Nordik, seperti Finland dan Norway.[1][4]

Zuriat[sunting | sunting sumber]

Baka ini tergolong di bawah sub-klad DNA mitokondrion yang dirujuk sebagai d1 yang hanya ditemukan di Skandinavia utara. Ini merupakan hasil daripada penghibridan anjing jantan–serigala betina yang berlaku pascapembelajinakan.[5][6] Subklad d1 berasal dari 480–3,000 tahun lalu dan ditemukan pada semua baka berkaitan dengan orang Sámi: anjing Lap Finland, anjing Lap Sweden, anjing gembala Lapland, anjing pemburu elk Sweden, anjing pemburu elk Norway, dan anjing pemburu elk Hällefors. Jujukan ibu serigala yang menyumbang kepada baka-baka ini belum dipadankan di serata Eurasia[7] dan cabangnya di pokok filogenetik berakar pada jujukan sama dengan anjing Altai yang berusia 33,000 tahun (bukan leluhur langsung).[8]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: انجيڠ هيليفورس; Svensk: hälleforshund; bahasa Inggeris: Hällefors dog

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c SKL. (30 Mei 2006).Hälleforsinkoira (Finland) Diarkibkan 3 Ogos 2014 di Wayback Machine. Suomen Kennelliitto (SKL). Dicapai pada 28 Mac 2024.
  2. ^ a b c SKK. Hälleforshund (Suec). Svenska Kennelklubben (SKK). Dicapai pada 28 Mac 2024.
  3. ^ Krämer, E.-M. (2009). Der grosse Kosmos Hundeführer (Jerman): 187. Stuttgart, Jerman: Kosmos.
  4. ^ NKK. (Mac 2012). Hälleforshunden (Norway) [pautan mati kekal]. Norsk Kennel Klub (NKK). Dicapai pada 28 Mac 2024.
  5. ^ Pang, J.-F.; Kluetsch, C.; Zou, X.-J.; Zhang, A.-b.; Luo, L.-Y.; Angleby, H.; Ardalan, A.; Ekstrom, C.; Skollermo, A.; Lundeberg, J.; Matsumura, S.; Leitner, T.; Zhang, Y.-P.; Savolainen, P. (2009). "MtDNA Data Indicate a Single Origin for Dogs South of Yangtze River, Less Than 16,300 Years Ago, from Numerous Wolves". Molecular Biology and Evolution (dalam bahasa Inggeris). 26 (12): 2849–2864. doi:10.1093/molbev/msp195. PMC 2775109. PMID 19723671.
  6. ^ Duleba, Anna; Skonieczna, Katarzyna; Bogdanowicz, Wiesław; Malyarchuk, Boris; Grzybowski, Tomasz (2015). "Complete mitochondrial genome database and standardized classification system for Canis lupus familiaris". Forensic Science International: Genetics (dalam bahasa Inggeris). 19: 123–129. doi:10.1016/j.fsigen.2015.06.014. PMID 26218982.
  7. ^ Klütsch, C. F. C.; Seppälä, E. H.; Fall, T.; Uhlén, M.; Hedhammar, Å.; Lohi, H.; Savolainen, P. (2011). "Regional occurrence, high frequency but low diversity of mitochondrial DNA haplogroup d1 suggests a recent dog-wolf hybridization in Scandinavia: Dog-wolf hybridization in Scandinavia". Animal Genetics (dalam bahasa Inggeris). 42 (1): 100–103. doi:10.1111/j.1365-2052.2010.02069.x. PMC 3040290. PMID 20497152.
  8. ^ Thalmann, O.; Shapiro, B.; Cui, P.; Schuenemann, V. J.; Sawyer, S. K.; Greenfield, D. L.; Germonpre, M. B.; Sablin, M. V.; Lopez-Giraldez, F.; Domingo-Roura, X.; Napierala, H.; Uerpmann, H.-P.; Loponte, D. M.; Acosta, A. A.; Giemsch, L.; Schmitz, R. W.; Worthington, B.; Buikstra, J. E.; Druzhkova, A.; Graphodatsky, A. S.; Ovodov, N. D.; Wahlberg, N.; Freedman, A. H.; Schweizer, R. M.; Koepfli, K.- P.; Leonard, J. A.; Meyer, M.; Krause, J.; Paabo, S.; dll. (2013). "Complete Mitochondrial Genomes of Ancient Canids Suggest a European Origin of Domestic Dogs". Science (dalam bahasa Inggeris). 342 (6160): 871–874. Bibcode:2013Sci...342..871T. doi:10.1126/science.1243650. PMID 24233726. S2CID 1526260.