Pergi ke kandungan

Anjing Polinesia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Takrif geografi bagi Polinesia

Anjing Polinesia (Jawi: ‏انجيڠ ڤولينيسيا‎‎) merujuk segelintir keragaman pupus anjing bela jinak dari kepulauan Polinesia. Anjing ini digunakan untuk pendampingan dan makanan dan diperkenalkan bersama dengan ayam itik dan babi ke pelbagai pulau. Ia pupus akibat pembiakbakaan silang yang berlaku selepas baka anjing Eropah diperkenalkan. Kajian moden yang dilakukan ke atas DNA anjing Polinesia menunjukkan bahawa ia diturunkan daripada anjing bela jinak Asia Tenggara dan mungkin mengongsi leluhur jauh dengan dingo.

Taksonomi

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1839, ahli alamiah British Charles Hamilton Smith memberi anjing ini nama saintifik Canis pacificus dalam buku tahun 1840 beliau The Natural History of Dogs: Canidae Or Genus Canis of Authors; Including Also the Genera Hyaena and Proteles.[1] Dalam edisi ketiga Mammal Species of the World yang diterbitkan pada tahun 2005, ahli mamalogi W. Christopher Wozencraft menyenaraikan takson "familiaris Linnaeus, 1758 [anjing bela jinak]" di bawah serigala Canis lupus. Wozencraft kemudiannya menyenaraikan Canis pacificus C. E. H. Smith, 1839 sebagai sinonim taksonomi junior untuk anjing bela jinak.[2]

Sejarah dan taburan

[sunting | sunting sumber]

Anjing ini diperkenalkan oleh leluhur kepada orang Polinesia semasa penerokaan mereka di pulau-pulau terpencil, dengan segelintir kepulauan utama yang mengembangkan baka terasing.[3][4]

Baka terkenal termasuk:

Spesimen kurī, Te Papa Tongarewa, 1924

Taburan anjing Polinesia di pulau-pulau lain agak jarang. Pulau-pulau seperti Mangareva, Tokelau, dan Marquesas memiliki populasi anjing bela jinak selepas penerokaan awal yang pupus sebelum ketibaan penjelajah Eropah. Di Pulau Easter, tiada bukti atau kesan anjing yang telah ditemukan di longgok buangan di sekeliling pulau itu atau dalam tradisi lisan orang Rapa Nui.[10][11] Ia hampir tidak hadir di Polinesia Barat (iaitu, Samoa dan Tonga) menjelang masa ketibaan orang Eropah. Walau bagaimanapun, anjing yang dibawa menaiki kapal Eropah diiktiraf oleh orang asli semasa anjing tersebut diperkenalkan sebagai barangan dagang, yang menunjukkan perakuan kebudayaan sejagat bagi anjing di serata kepulauan.[3] Walaupun orang Maori membawa anjing ke New Zealand, orang Moriori tidak mempunyai anjing di Kepulauan Chatham pada masa ketibaan Eropah.[12]

Hubungan dengan manusia

[sunting | sunting sumber]

Orang Polinesia menternak anjing untuk pendampingan dan makanan. Bersama dengan babi dan ayam bela jinak, daging anjing ialah sumber protein haiwan penting untuk populasi manusia di Polinesia.[13] Untuk sebahagian besar, anjing ini diberi makan diet vegetarian yang terdiri sama ada daripada sukun, kelapa, keladi, atau poi yang diperbuat daripada keladi cina, sementara kurī yang lebih besar kebanyakannya hidup berdasarkan diet ikan.[3][4]

Ia tidak pernah menjadi jalang kerana kejarangan makanan di hutan asli.[14][15][16] Diet dan persekitaran pulau-pulau itu menghasilkan anjing dengan pendirian kecil dan pembawaan jinak dan penjelajah Eropah menyifatkannya sebagai makhluk malas. Ia dikatakan jarang menyalak, tetapi sesekali melolong.[3][4]

Baka berlainan anjing Polinesia menjadi pupus pada antara abad ke-19 dengan awal abad ke-20 kerana pembiakbakaan menyaling dengan baka anjing Eropah yang diperkenalkan; penurunan pemakanan daging anjing ialah lagi satu faktor penyumbang.[3][4]

Dalam mitologi

[sunting | sunting sumber]

Anjing ialah bahagian penting dalam naratif Polinesia. Ia kerap dikaitkan dengan eksploit legenda bagi separa dewa Māui. Menurut naratif Maori, Māui mengubah saudara iparnya Irawaru, suami kepada Hina, menjadi anjing pertama, yang digunakan untuk menjelaskan ciri manusia pada anjing.[17] Dalam naratif Tonga, Maui-Atalaga dan anak lelaki/saudaranya Maui-Kijikiji mencuba untuk memburu Fulububuta, seekor anjing pemakan manusia yang besar, lebih besar daripada kuda, yang tinggal di sebuah gua di pulau Moturiki di Fiji. Walau bagaimanapun, Atalaga dibunuh dan diseret ke dalam sebuah gua oleh raksasa itu, yang kemudiannya dibunuh oleh Maui-Kijikiji, yang menyia-nyiakan kesedihan bapanya yang mati.[18]

Kajian genetik

[sunting | sunting sumber]
Cadangan laluan untuk penghijrahan anjing berdasarkan mDNA. Haplotip A29 paling berkaitan dengan dingo Australia dan anjing menyanyi New Guinea, Arc2 Polinesia purba dengan anjing moden Polinesia, anjing moden Indonesia, dan anjing purba New Zealand, dan Arc1 Polinesia purba tidak dapat dibezakan daripada sebilangan haplotip moden meluas.[19][20]

Bukti DNA menunjukkan bahawa anjing Polinesia diturunkan daripada anjing bela jinak Asia Tenggara dan mungkin mengongsi leluhur jauh dengan dingo. Kajian mtDNA menunjukkan bahawa ia membawa dua haplotip: Arc1 dan Arc2.[21][22]

Pada tahun 2011, kajian tentang mDNA pada anjing dari Semenanjung Tanah Melayu mendapati bahawa dua haplotip anjing paling lazim di rantau Indonesia, khususnya di Bali dan di Kalimantan, merupakan haplotip mDNA A75 (40%) dan "haplotip pengasas dingo" A29 (8%).[19][22] Yang turut hadir merupakan haplotip A120 dan A145.[22] Kesemua 4 haplotip ini tergolong dalam subkelompok haplo mDNA a2.[23][24] Kajian itu juga meneliti spesimen-spesimen arkeologi anjing Polinesia purba yang daripadanya hanya satu "haplotip pendek" (satu jujukan pendek) dapat diterbitkan. Haplotip pendek ini dinamai Arc2 dan sepadan dengan haplotip mDNA A75 dan A120 dan didapati pada 70% daripada jumlah sampel yang ditemukan sejauh Hawaii dan New Zealand. Tiada anjing dari Taiwan mahupun dari Filipina yang membawa haplotip dingo atau Polinesia, yang menunjukkan bahawa anjing tidak memasuki Lautan Pasifik dari laluan timur laut.[22]

Pada tahun 2015, sebuah kajian meneliti jujukan mDNA yang diambil daripada sampel anjing kurī New Zealand purba yang ditemukan di tapak arkeologi di Wairau Bar dan mendapati bahawa jujukan tersebut sepadan dengan subkelompok haplo mDNA a2. Kesemua sampel anjing tersebut membawa haplotip mDNA A192, yang hanya telah dilaporkan pada sesetengah anjing kampung moden dari Bali, Indonesia. Apabila dibandingkan dengan dua haplotip Polinesia purba Arc1 dan Arc2, semua anjing Wairau Bar memadani Arc2. Anjing dari Wairau Bar berkemungkinan mewakili sebahagian daripada populasi awal anjing yang diperkenalkan ke New Zealand, setelah tiba bersama dengan orang pada sekitar awal abad keempat belas.[19][11]

Kesemua anjing ini membawa haplotip yang tergolong dalam subkelompok haplo mDNA a2 dan, oleh itu, merupakan keturunan bagi leluhur hibrid anjing/serigala China. Pada tahun 2015, kajian paling menyeluruh tentang haplotip mDNA setakat ini mendapati bahawa subkelompok haplo a2 mewakili 3% daripada semua anjing di Asia Tenggara, 22% di subbenua India, dan 16% di Asia Timur.[24]

Anjing memasuki Oseania dari China selatan

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2020, sebuah kajian mDNA tentang fosil-fosil anjing purba dari lembangan Sungai Kuning dan lembangan Sungai Panjang di China selatan menunjukkan bahawa kebanyakan anjing purba tergolong dalam kelompok haplo A1b, sama seperti dingo Australia dan anjing prapenjajahan di Pasifik, tetapi dalam frekuensi rendah di China kini. Spesimen dari tapak arkeologi Tianluoshan, provinsi Zhejiang bertarikh ke 7,000 tahun sebelum kini dan adalah basal kepada keseluruhan zuriat itu. Anjing yang tergolong dalam kelompok haplo ini pernah tertabur secara meluas di China selatan, kemudian tersebar melalui Asia Tenggara ke New Guinea dan ke Oseania, tetapi digantikan di China pada 2,000 tahun sebelum kini oleh anjing daripada zuriat lain.[25]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ↑ Smith (1840), m/s. 210–212.
  2. ↑ Wozencraft, W. C. (2005). "Canis lupus dingo". Dalam Wilson, D. E.; Reeder, D. M (penyunting). Mammal Species of the World (ed. 3rd). Johns Hopkins University Press. m/s. 575–577. ISBN 978-0-8018-8221-0. OCLC 62265494. {{cite book}}: Invalid |ref=harv (bantuan)
  3. 1 2 3 4 5 6 Luomala (1960), m/s. 193, 203, 221.
  4. 1 2 3 4 Titcomb & Wiggin Pukui (1969), m/s. 1–48.
  5. ↑ Titcomb & Wiggin Pukui (1969), m/s. 2–24.
  6. ↑ Titcomb & Wiggin Pukui (1969), m/s. 40–47.
  7. ↑ Titcomb & Wiggin Pukui (1969), m/s. 32–33.
  8. ↑ Titcomb & Wiggin Pukui (1969), m/s. 24–30.
  9. ↑ Titcomb & Wiggin Pukui (1969), m/s. 30–32.
  10. ↑ Haun (2008), m/s. 242.
  11. 1 2 Greig, Walter & Matisoo-Smith (2015a), m/s. 462–482.
  12. ↑ Sharp (1964), m/s. 120.
  13. ↑ Diamond (1997), m/s. 60.
  14. ↑ Titcomb & Wiggin Pukui (1969), m/s. 1.
  15. ↑ Worthy & Holdaway (2002), m/s. 536.
  16. ↑ Millerstrom (2003), m/s. 144–152.
  17. ↑ Luomala (1959), m/s. 49–50, 202–203.
  18. ↑ Luomala (1949), m/s. 49–50, 202–203.
  19. 1 2 3 Greig, Walter & Matisoo-Smith (2015b), m/s. 471–475.
  20. ↑ Greig dll. (2015).
  21. ↑ Smith (2015), m/s. 72.
  22. 1 2 3 4 Oskarsson dll. (2011).
  23. ↑ Pang dll. (2009).
  24. 1 2 Duleba dll. (2015).
  25. ↑ Zhang dll. (2020).

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]