Pergi ke kandungan

Mastif Kurdi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Anjing Pshdar)
Mastif Kurdi
Mastif Kurdi
Nama lainAnjing gembala Asyur
Anjing Pshdar
Negara asalIraq
Anjing (Canis lupus familiaris)

Mastif Kurdi,[a][1][2][3][4] anjing gembala Asyur,[b][3] atau anjing Pshdar[c][5] ialah satu landrace anjing yang asali di Wilayah Kurdistan yang bergunung-ganang di Iraq, terutamanya rantau Pshdar di Pentadbiran As Sulaymaniyah.[3][5] Anjing ini kerap digunakan sebagai penjaga haiwan ternakan menentang pemangsa dan berjumlah sekitar beberapa ribu ekor.[5] Ia telah dibandingkan dengan anjing Kangal dan akbash.[5]

Berat anjing dewasa meningkat dengan usia dan dapat mencapai 80 kg (180 lb).[5] Puratanya ialah 73.5 kg (162 lb) daripada 67 kg (148 lb) di Sangasar kepada 80 kg (180 lb) di Qira Diza.[5] Purata panjang badan ialah kira-kira 75 cm (30 in) dengan panjang belakang pada anjing berusia yang mencecah lebih daripada 88 cm (35 in).[5]

Pada tahun 1892, John Paul Dudley menerbitkan sebuah karangan perubatan tentang anjing dan menyebut mastif Kurdi:

Di Kurdistan di Asia Kecil utara, dan di rantau Asia itu, terdapat anjing yang sangat menyerupai mastif Inggeris, yang merupakan pendamping setia dan sahabat bagi orang Kurdi — anjing gembala dan anjing pengawas yang mengambil sebahagian besar perwatakan tuannya yang separuh gasar, dan tidak akan menanggung perubahan negara dan persekutuan. Tiada apa-apa yang dimiliki oleh orang Kurdi yang lebih dihargai berbanding dengan haiwan garang dan berkuasa ini, yang sebahagian besarnya dianggap suci, sekurang-kurangnya setakat yang dipedulikan oleh orang asing. Dari segi warna, mastif Kurdi terutamanya berwarna kuning keperang-perangan; mempunyai ekor panjang, dan kepala besar, dan badannya tinggi, tegap, dan cukup berperkadaran.[1]

  1. ^ Jawi: مستيف کوردي; Arab: درواس كردي, rumi: dirwās kurdiyy; bahasa Inggeris: Kurdish mastiff
  2. ^ Jawi: انجيڠ ݢمبالا اشور; Arab: كلب الراعي الآشوري, rumi: kalb ar-rāʕī al-ʔāšūrī; bahasa Inggeris: Assyrian shepherd
  3. ^ Jawi: انجيڠ ڤيشدر; Bahasa Kurdi: سەگی پشدەری, سەگی پشدەر; Arab: كلب بشدر, rumi: kalb bišdar; bahasa Inggeris: Pshdar dog
  1. ^ a b Dudley, John Paul (1892). Townleigh, Thomas Ludwell (penyunting). Homo et Canis: Or, the Autobiography of Old Cato and Some Account of His Race [Manusia dan Anjing: Atau, Autobiografi Cato yang Tua dan Sesetengah Keterangan tentang Rasnya] (dalam bahasa Inggeris). Chicago, Illinois, Amerika Syarikat: Republic Publishing Company. m/s. 143. OCLC 7789298.
  2. ^ Street, William Sherman (1987). "Road to Paris: Chapter 22 of Iranian Adventure" [Jalan ke Paris: Bab 22 Pengembaraan di Iran]. Field Museum of Natural History Bulletin (dalam bahasa Inggeris). Field Museum of Natural History. m/s. 9.
  3. ^ a b c Sarkawt, Mohammed (18 Februari 2020). "Saqqez dog breeder raises famed Kurdish Mastiffs" [Pembiak baka anjing Saqqez ternak mastif Kurdi masyhur] (dalam bahasa Inggeris). Rudaw Media Network. Dicapai pada 10 Mei 2025.
  4. ^ Burton, Isabel (1879). The Inner Life of Syria, Palestine, and the Holy Land [Kehidupan Dalaman Syria, Palestin, dan Tanah Suci] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Charles Kegan Paul. m/s. 500. OCLC 3571228.
  5. ^ a b c d e f g Abd Alsada Alwaeily, Israa Hameed; Al-Barzinji, Yousif Mohammad Salih Noori; Abbass, Bahjat Taifor (2020). "GENETIC EVALUATION AND FACTORS AFFECTING BODY WEIGHT AND DIMENSIONS OF PISHDAR DOG IN IRAQI, KURDISTAN" [PENILAIAN GENETIK DAN FAKTOR YANG MEMPENGARUHI BERAT BADAN DAN DIMENSI ANJING PISHDAR DI KURDISTAN IRAQ]. Biochemical and Cellular Archives (dalam bahasa Inggeris). Prahlad Ram Yadav. 20 (1): 2761–2767. doi:10.35124/bca.2020.20.1.2761 (Tidak aktif 10 Mei 2025). ISSN 0976-1772.CS1 maint: DOI inactive as of 2025 (link)