Tamaskan
![]() Seekor tamaskan | |||||||||||||||||||||||||||||
Nama ringkas | Tam | ||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Finland | ||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Tamaskan[a] ialah satu baka anjing dari Finland yang telah dibiakbakakan secara terpilih untuk menyerupai serigala atau anjing serigala.[perlu rujukan] Walaupun asal usul sebenarnya tidak pasti, anjing baka kacuk ini ialah silangan baka yang terutamanya Artik, iaitu husky Alaska, malamut Alaska, anjing Eskimo Kanada, anjing gembala Jerman, husky Labrador, dan husky Siberia.[1] Tamaskan tidak diiktiraf sebagai baka oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa tetapi diiktiraf sebagai baka oleh American Rare Breed Association.[2][3]
Anjing Inuit utara
[sunting | sunting sumber]Sesetengah sumber memerihalkan anjing Inuit utara, dengan tamaskan sebagai cabang, bersama-sama dengan yang lain seperti anjing balak British dan utonagan, yang dikembangkan daripada projek pembiakbakaan tahun 1980-an di United Kingdom dengan objektif untuk menghasilkan baka anjing yang menyerupai serigala.[4][halaman diperlukan][5] Anjing Inuit utara berasal daripada anjing dengan keleluhuran baka yang tidak diketahui yang diimport dari Amerika Utara pada tahun 1980-an yang disilangkan dengan malamut Alaska, anjing gembala Jerman, husky Siberia, dan mungkin anjing Samoyed.[5] Matlamat pembiakbakaan ini adalah untuk mengembangkan anjing yang menyerupai serigala dari segi penampilan tetapi sesuai untuk pendampingan dan boleh dilatih untuk pelbagai tugas. Semasa perkembangannya, inisiatif pembiakbakaan anjing Inuit utara mencapah kepada beberapa baka berkaitan, termasuk tamaskan, anjing balak British, dan utonagan.[5]
Perihal
[sunting | sunting sumber]
Tamaskan ialah anjing besar, atletik, dan lebih tinggi sedikit daripada anjing gembala Jerman. Berkenaan dengan binaan, ia lebih besar daripada anjing kereta luncur salji tipikal tetapi lebih kecil daripada malamut Alaska.
Pada purata, tamaskan dewasa berukuran setinggi sekitar 24–28 inci (61–71 cm) pada paras bahu dan biasanya seberat 55–88 paun (25–40 kg)–tamaskan jantan tercatat terberat (setakat kini) berukuran betul-betul seberat kurang daripada 50 kg (110 lb). Betina biasanya lebih kecil sedikit dan lebih ringan daripada jantan, dengan penampilan feminin tersendiri. Jantan adalah lebih berat dengan kepala lebih lebar dan struktur tulang lebih berat. Tamaskan mempunyai penampilan keserigalaan dengan ekor lebat lurus dan lapis bulu ganda tebal yang terdapat dengan tiga warna utama: kelabu serigala, kelabu merah, dan kelabu hitam. Setiap helaian rerambut pengawal adalah agouti yang berjalur-jalur di sepanjang helaian. Mata berbentuk badam berkisar daripada warna kuning hingga ambar dan prang, sementara mata berwarna lebih cerah adalah sangat jarang. Mata biru tidak boleh diterima, demikian juga mata tidak sepadan.[6]
Pengujian genetik telah mengenal pasti varian warna yang dipautkan dengan trait merah separa resesif yang dibawa oleh sekurang-kurangnya 50% daripada jumlah anjing Inuit utara dan tamaskan. Varian ini, yang pada mulanya dikesan dalam sampel DNA daripada anjing prasejarah yang bertarikh kembali 10,000 tahun lalu, dikenal pasti sebagai salah satu mutasi terawal yang ditemukan pada kanin bela jinak.[7][8]
Kesihatan
[sunting | sunting sumber]
Secara keseluruhannya, keragaman tamaskan adalah sihat; hanya segelintir isu kesihatan ketara menjejaskan peratusan kecil susur galur setakat kini. Lebih kurang 10% daripada jumlah jantan menderitai kriptorkidisme: testis tidak turun. Dengan kes ini, biasanya hanya sebiji testis turun sepenuhnya di dalam skrotum, manakala lagi sebiji testis kekal "tersembunyi" di dalam rongga abdomen. Epilepsi telah didiagnosis pada lima ekor anjing, menjejaskan kira-kira 1 daripada setiap 100 ekor tamaskan berdaftar di seluruh dunia. Beberapa anjing telah didapati sebagai pembawa bagi mielopati degeneratif. Seperti semua anjing baka besar, displasia pinggul ialah risiko.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1980-an, lima ekor anjing asal husky Siberia diimport ke United Kingdom dari Amerika Syarikat. Anjing-anjing ini kemudian dibiakbakakan dengan malamut Alaska, husky Siberia, dan anjing gembala Jerman untuk mewujudkan anjing dengan fenotip mirip serigala, tetapi dengan perangai baik. Pada tahun 1980-an, anjing-anjing ini dilabel sebagai anjing serigala atau hanya ajukan serigala. Rekod buruk disimpan semasa era ini dan, oleh yang demikian, keleluhuran kebanyakan anjing ini tidak diketahui.
Pengasas baka Lynn Hardey dan Jennie Peacock merupakan ahli jawatankuasa British and International Utonagan Society, tetapi percaya bahawa anjing-anjing itu menjadi terlalu berkaitan antara satu sama lain dan berkeputusan untuk mencari kepelbagaian genetik di luar negara. Di Finland, mereka menemukan silangan husky pekerja dan membeli beberapa ekor anjing itu untuk ditambahkan dalam susur galur mereka. Walau bagaimanapun, majoriti pembiak baka utonagan tidak berminat dengan penambahan baharu dan, oleh itu, pengasas berangkat untuk memulakan Tamaskan Dog Register pada tahun 2006.
Kelab baka
[sunting | sunting sumber]Terdapat kelab baka di Amerika Syarikat (Tamaskan Dog Register), di Kanada (National Tamaskan Club of Canada), di Perancis (Club Français du Tamaskan), di Jerman (Tamaskan Club Germany), di Belanda (Nederlandse Tamaskan Club), di Croatia (Hrvatski Tamaskan Savez), dan di United Kingdom (Tamaskan Dog Society of Great Britain).
Tamaskan masyhur
[sunting | sunting sumber]
Pada Oktober 2007, seekor tamaskan bernama Genghis Khan ditonjolkan sebagai serigala dalam video muzik untuk kugiran Lucretia Choir.[9]
Pada September 2010, seekor tamaskan jantan daftaran TDR bernama Wave menjadi maskot hidup rasmi pasukan football Universiti Negeri Carolina Utara: NC State Wolfpack. Wave (juga dikenali sebagai "Tuffy") kini menghadiri kebanyakan perlawanan di tempat sendiri dan dapat dilihat di garisan tepi.[10][11][12][13]
Pada September 2012, empat ekor tamaskan ditampilkan dalam program televisyen HRT 1 Croatia Kućni ljubimci.[14]
Pada tahun 2016, seekor tamaskan bernama Luchta (White Elk Luchta) muncul di Broadway. Luchta memainkan peranan sebagai "The Wolf" dalam The Crucible karya Arthur Miller yang diterbitkan oleh Scott Rudin dan diarahkan oleh Ivo van Hove.[15]
Pada 19 September 2017, Kaoru, seekor anjing terapi berusia empat tahun, ditemani oleh pemiliknya, seorang lagi pengendali, dan 10 ekor anjing lain di denai pendakian di Whistler, British Columbia, Kanada. Kaoru memberikan sokongan kepada ramai orang, termasuk kanak-kanak dengan autisme. Semasa pendakian, Kaoru disalah anggap sebagai serigala oleh seorang pemburu, yang menembaknya dari jarak dekat, lalu membunuhnya.[16]
Dalam kebudayaan popular
[sunting | sunting sumber]- Anjing Inuit utara digunakan dalam penggambaran siri televisyen Game of Thrones untuk menggambarkan serigala menggerunkan.[4][17]
- Seekor tamaskan bernama Luchta memainkan watak serigala dalam terbitan Broadway tahun 2016 The Crucible.[18]
- Seekor tamaskan bernama Tuffy telah menjadi maskot hidup untuk NC State Wolfpack sejak tahun 2010, muncul di garisan tepi permainan football, bowl game, dan acara football lain dan bola keranjang lelaki.[19][20]
- Siri Starz Outlander menggunakan anjing Inuit utara untuk menggambarkan "anjing serigala" milik Young Ian, iaitu Rollo. Yang pertama, Dui (disebut "Dewey"), singkatan untuk Mac Dugh, muncul pada musim 4–6. Penggantinya, Yogi, mengambil alih peranan pada musim 7.[21]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Catatan
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Tamaskan |
- ^ "The definitive history of the Tamaskan Dog breed" [Sejarah muktamad baka tamaskan] (dalam bahasa Inggeris). Sylvaen. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 September 2019. Dicapai pada 24 Mei 2025.
- ^ "Group Five Recognized Breeds" [Baka Beriktiraf Kumpulan Lima] (dalam bahasa Inggeris). American Rare Breed Association. Dicapai pada 24 Mei 2025.
- ^ "History" [Sejarah] (dalam bahasa Inggeris). Tamaskan Dog Register. 12 Mei 2019. Dicapai pada 24 Mei 2025.
- ^ a b Sorenson, John; Matsuoka, Atsuko, penyunting (14 November 2019). Dog's Best Friend?: Rethinking Canid-Human Relations [Sahabat Baik Anjing?: Memikirkan Hubungan Canid–Manusia Semula] (dalam bahasa Inggeris). Montreal, Kanada: McGill–Queen's University Press. ISBN 9780773559059. OCLC 1107492526.
- ^ a b c Stavinohova, Renata; Hartley, Claudia; Burmeister, Louise Mary; Ricketts, Sally L.; Pettitt, Louise; Tetas Pont, Roser; Hitti-Malin, Rebekkah J.; Schofield, Ellen C.; Oliver, James Andrew Clive; Mellersh, Cathryn Suzanne (15 Ogos 2019). Stieger, Knut (penyunting). "Clinical, histopathological and genetic characterisation of oculoskeletal dysplasia in the Northern Inuit Dog" [Pencirian klinikal, histopatologi, dan genetik bagi displasia okuloskeletal pada anjing Inuit Utara]. PLOS One (dalam bahasa Inggeris). PLOS. 14 (8): e0220761. Bibcode:2019PLoSO..1420761S. doi:10.1371/journal.pone.0220761. hdl:1983/509a2757-800e-4a11-a154-ac0bee016bf6. ISSN 1932-6203. PMC 6695176. PMID 31415586. S2CID 201015612.
- ^ "The Pictorial Standard" [Piawaian Bergambar] (dalam bahasa Inggeris). The Tamaskan Dog Register. Dicapai pada 24 Mei 2025.
- ^ Anderson, Heidi; Honkanen, Leena; Ruotanen, Päivi; Mathlin, Julia; Donner, Jonas (5 November 2020). "Comprehensive genetic testing combined with citizen science reveals a recently characterized ancient MC1R mutation associated with partial recessive red phenotypes in dog" [Pengujian genetik komprehensif yang digabungkan dengan sains rakyat mendedahkan suatu mutasi purba MC1R yang baru dicirikan yang dikaitkan dengan fenotip merah resesif separa pada anjing]. Canine Medicine and Genetics (dalam bahasa Inggeris). BioMed Central. 7 (1): 16. doi:10.1186/s40575-020-00095-7. ISSN 3059-3255. PMC 7643265. PMID 33292722. S2CID 226254615.
- ^ Albert, Lesley (11 November 2020). "Ancient Gene Variant Influences Coat Color in Modern Dogs" [Varian Gen Purba Mempengaruhi Warna Lapis Bulu pada Anjing Moden] (dalam bahasa Inggeris). Business Wire. Dicapai pada 24 Mei 2025.
- ^ "Video Shoot" [Tangkapan Video] (dalam bahasa Inggeris). Lucretia Choir. 4 Oktober 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Julai 2011. Dicapai pada 24 Mei 2025.
- ^ Price, Jay (18 September 2010). "Tuffy's mascot tryout at game pleases N.C. State officials" [Percubaan maskot Tuffy pada permainan gembirakan pegawai Universiti Negeri Carolina Utara] (dalam bahasa Inggeris). The News & Observer. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Disember 2010. Dicapai pada 24 Mei 2025.
- ^ Zayed, Michelle (20 September 2010). "N.C. State to use tamaskan dog for mascot" [Universiti Negeri Carolina Utara akan gunakan anjing tamaskan untuk maskot] (dalam bahasa Inggeris). The Daily Tar Heel. Dicapai pada 24 Mei 2025.
- ^ "The Cutest Live College Mascots" [Maskot Kolej Hidup Tercomel] (dalam bahasa Inggeris). People. 15 Oktober 2010. Dicapai pada 24 Mei 2025.
- ^ "NC State's Live Mascot "Tuffy"" [Maskot Hidup Universiti Negeri Carolina Utara "Tuffy"] (dalam bahasa Inggeris). NC State Wolfpack. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Oktober 2011. Dicapai pada 24 Mei 2025.
- ^ "1156. Emisija " Kućni ljubimci ", HTV 1, 22.09.2012. 10:10 sati" [1156. Siaran "Kućni ljubimci", HTV 1, 10:10 22 September 2012] (dalam bahasa Croatia). Facebook. Dicapai pada 24 Mei 2025.
- ^ "WATCH: Adorable dog stars is the hottest star on Broadway!" [TONTON: Bintang anjing comel ialah bintang terhangat di Broadway!] (dalam bahasa Inggeris). WWOR-TV. 14 Jun 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Ogos 2016. Dicapai pada 24 Mei 2025.
- ^ Coulter, Ellen (19 September 2017). "Therapy dog mistaken for wolf, shot and killed near Whistler" [Anjing terapi disalah anggap sebagai serigala, ditembak dan dibunuh dekat Whistler] (dalam bahasa Inggeris). CityNews. Dicapai pada 24 Mei 2025.
- ^ "2 'Game of Thrones' Dire Wolves Take Embark DNA Test" [2 Ekor Serigala Menggerunkan 'Game of Thrones' Menjalani Ujian DNA Embark] (dalam bahasa Inggeris). Embark Veterinary. 1 Mac 2018. Dicapai pada 24 Mei 2025.
- ^ Winer, Linda (19 April 2016). "'The Crucible' stars Tamaskan, rare-breed dog, in wolf role" ['The Crucible' bintangkan tamaskan, anjing baka jarang, dalam peranan serigala] (dalam bahasa Inggeris). Newsday. Dicapai pada 24 Mei 2025.
- ^ Samuel, Griffin (30 Jun 2016). "Tuffy II in training: new pup learns old tricks" [Tuffy II dalam latihan: anak anjing baharu pelajari trik lama] (dalam bahasa Inggeris). Technician. Dicapai pada 24 Mei 2025.
- ^ Bernstein, Viv (5 Oktober 2014). "Sheepdog in Wolf's Clothing? Actually, Mascot Is Crossbreed" [Anjing Gembala Berpakaian Serigala? Sebenarnya, Maskot Ialah Baka Silang] (dalam bahasa Inggeris). The New York Times. Dicapai pada 24 Mei 2025.
- ^ Rice, Lynette (17 Februari 2018). "Outlander releases new picture of Rollo the dog" [Outlander Mengeluarkan Gambar Baharu Rollo si Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Entertainment Weekly. Dicapai pada 24 Mei 2025.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- "The Tamaskan Dog Register" (dalam bahasa Inggeris). The Tamaskan Dog Register. Dicapai pada 24 Mei 2025.
- "The Tamaskan Dog: Wolf Dog Without the Wolf" [Anjing Tamaskan: Serigala tanpa Serigala] (PDF), Florida Lupine News (dalam bahasa Inggeris), 9 (3), m/s. 8–9, Musim Luruh 2007, diarkibkan daripada yang asal (pdf) pada 7 Julai 2010, dicapai pada 18 Mei 2013
- "Presse" [Akhbar] (dalam bahasa Jerman). Tamaskan Germany. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Jun 2018. Dicapai pada 18 Mei 2013.
- "NIS" (dalam bahasa Inggeris). Northern Inuit Society. Dicapai pada 24 Mei 2025.