Anjing air Portugis
![]() Anjing air Portugis | ||||||||||||||||||||||||||
Nama lain | Anjing air Algarve | |||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama ringkas | Portie, PWD, Water Dog | |||||||||||||||||||||||||
Negara asal | Portugal | |||||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Anjing air Portugis (Portugis: cão de água português ; bahasa Inggeris: Portuguese water dog ) ialah satu baka anjing pekerja seperti dikelaskan oleh American Kennel Club. Anjing air Portugis pada asalnya dari rantau Algarve di Portugal, yang dari sini baka ini berkembang ke seluruh pinggir laut Portugal, tempat ia diajar untuk menggembala ikan ke dalam pukat nelayan, untuk mengutip kelengkapan hilang atau pukat rosak, dan untuk bertindak sebagai kurir dari kapal ke kapal, atau dari kapal ke pantai.[2] Anjing air Portugis menumpang di kapal pukat tunda pemancing sebaik ia bekerja dari perairan Atlantik Portugal ke perairan di luar pinggir laut Iceland tempat ikan kod ditangkap.[3]
Di Portugal, baka ini hanya dipanggil cão de água (IPA: [ˈkɐ̃w dɨ ˈaɡwɐ]; "anjing air"). Di Portugal, anjing ini juga dikenali sebagai anjing air Algarve (Portugis: cão de água algarvio ; bahasa Inggeris: Algarvian water dog ) atau anjing nelayan Portugis (Portugis: cão pescador português ; bahasa Inggeris: Portuguese fishing dog ). Anjing air berbulu berombak (Portugis: cão de água de pêlo ondulado ) ialah nama yang diberikan kepada keragaman berbulu berombak, dan anjing air berbulu keriting (Portugis: cão de água de pêlo encaracolado ) ialah nama yang diberikan untuk keragaman berbulu keriting.[4]
Anjing air Portugis ialah baka agak jarang; hanya 36 ekor anjing air Portugis disertakan untuk pertandingan Crufts Britain pada 2013.[5] Sungguhpun sesetengah pembiak baka mendakwa ia merupakan baka anjing hipoalergenik, tiada bukti saintifik untuk menyokong dakwaan bahawa baka anjing hipoalergenik wujud.[6][7] Kualiti tiada salin bulu telah menjadikannya lebih popular pada tahun baru-baru ini. Anjing air Portugis baru-baru ini telah memperoleh lebih kemasyhuran dengan menjadi baka pilihan presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, yang mempunyai dua ekor anjing daripada baka ini, Bo dan Sunny.[8] Keluarga Obama memilih baka ini sebahagiannya kerana status hipoalergeniknya.
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ [1]
- ^ Templat:Petik video
- ^ Correa, Paolo (2001). Portuguese Water Dog (Pet Love). Interpet Publishing. ISBN 1-903098-75-0.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; teks bagi rujukanNCPWD
tidak disediakan - ^ "Crufts 2013 Results". 2013. Dicapai pada 29 April 2013.
- ^ Li, James. "Pet allergy: Are there hypoallergenic dog breeds?". Mayo Clinic.
"There's no such thing as a hypoallergenic dog breed
- ^ "Hypoallergenic Dogs: What Is Myth and What Is Fact?". VetInfo.
There is absolutely no scientific evidence that proves that these certain breeds of dog are 100% hypoallergenic
- ^ Leonard, Tom (12 April 2009). "Obamas choose Portuguese water dog called 'Bo'". The Daily Telegraph.
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Anjing air Portugis |