Anjing belakang permatang Phú Quốc

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing belakang permatang Phú Quốc
Nama lainAnjing Phú Quốc
Negara asalPulau Phú Quốc, Vietnam
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing belakang permatang Phú Quốc (bahasa Inggeris: Phú Quốc ridgeback dog) atau hanya anjing Phú Quốc (Vietnam: chó Phú Quốc; bahasa Inggeris: Phú Quốc dog) ialah satu baka anjing dari Pulau Phú Quốc di Provinsi Kiên Giang di Vietnam selatan. Anjing belakang permatang Phú Quốc ialah salah satu daripada hanya tiga baka yang mempunyai permatang bulu di sepanjang belakangnya dalam arah bertentangan daripada selebih bulu (yang lain ialah anjing belakang permatang Rhodesia dan anjing belakang permatang Thai). Anjing Phú Quốc merupakan yang terkecil daripada anjing belakang permatang Anjing ini walau bagaimanapun adalah sangat berbeza daripada baka belakang permatang lain dan dianggap tidak berkaitan.

Anjing Phú Quốc disertakan dalam Kamus Larousse dan semakin mendapat perhatian di dunia Barat. Di Vietnam, anjing ini masih dianggap jarang dan hanya ada 700 ekor anjing baka tulen terdaftar dan diiktiraf oleh Kelab Kenel Vietnam. Ini bererti, oleh sebab kekurangan contoh benar, ia tidak boleh memasuki mana-mana pertunjukan anjing antarabangsa kerana ia dianggap hanya terlalu jarang untuk mampu menghakimi piawaian baka.

Seekor anjing belakang permatang Phú Quốc memenangi pertunjukan anjing Hanoi 2013.[1]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Anusorn Supmannue (diterjemahkan oleh P. Praditbatuga), 1998, Visiting Vietnam's Phu Quoc Island, Rare Insight, Mac/April 1998; jil. 1 bil. 2, hlm. 12-13.
  • Mersmann, R.Ch.E., 1996, In search of the Phu Quoc dog, R.Ch.E. Mersmann, Schardam-Holland 1996, hlm. 33-55.

Rujukan[sunting | sunting sumber]