Anjing biri-biri Rize
| Negara asal | Turki | ||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||||||||||
| |||||||||||||||
| Anjing (Canis lupus familiaris) | |||||||||||||||
Anjing biri-biri Rize[a] ialah satu baka anjing penjaga haiwan ternakan dari pesisir utara Laut Hitam di Turki.[1]
Anjing biri-biri Rize dinamai sempena bandar Rize kerana baka ini terdapat di serata Wilayah Rize dan Wilayah Ordu di rantau Laut Hitam timur laut Turki.[2][3]:101 Baka ini menyerupai anjing Kars, dengan tubuh kukuh dan tungkai kuat. Strukturnya membolehkan anjing ini melalui Pergunungan Canik, tempat kelaziman anjing ini. Apabila anjing ini berjaga-jaga, ia mengenakan postur dengan ekor terangkat secara melengkung dan anjing ini berdiri tinggi-tinggi dengan yakin. Jantan berdiri hampir-hampir 70 cm (28 in) dan betina pula kurang tinggi sebanyak satu atau dua sentimeter. Lapis bulunya dapat terdiri daripada pelbagai warna, walaupun kelabu gelap adalah paling lazim; contoh dwiwarna diketahui.[2][3]:101 Anjing ini biasanya bukan haiwan peliharaan, tetapi sebaliknya haiwan pekerja untuk isi rumah untuk membantu dalam amaran vokal atau fizikal tentang bakal bahaya yang mungkin berlaku. Anjing ini dibiakbakakan untuk melindungi pemiliknya dan harta benda.
Catatan
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ Yılmaz, Orhan; Ertuğrul, Mehmet (Januari 2012). "Determination of the Rize Koyun (Sheep) Dog in Turkey" [Penentuan Anjing Biri-biri Rize di Turki]. Canadian Journal of Applied Sciences (dalam bahasa Inggeris). Consortium Publisher. 2 (1): 216–221. ISSN 1925-7430.
- 1 2 Yılmaz, Orhan; Ertuğrul, Mehmet; Wilson, Richard Trevor (27 Ogos 2012). "The domestic livestock resources of Turkey: breed descriptions and status of guard and hunting dogs" (dalam bahasa en). Mesyuarat Tahunan Ke-63 Persekutuan Sains Haiwan Eropah. Bratislava, Slovakia. m/s. 27–31. https://www.researchgate.net/publication/282005963_The_domestic_livestock_resources_of_Turkey_breed_descriptions_and_status_of_guard_and_hunting_dogs. Diperolehi 17 Mei 2025.
- 1 2 Yılmaz, Orhan; Ertuğrul, Mehmet (31 Mac 2012). "Türkiye Yerli Köpek Irk ve Tipleri = Native Dogs Breeds and Types of Turkey" [Baka dan Jenis Anjing Asli Turki]. Iğdır Üniversitesi Fen Bilimleri Enstitüsü Dergisi (dalam bahasa Turki). Institut Sains dan Teknologi Universiti Iğdır. 2 (1): 99–106. ISSN 2536-4618. S2CID 177564583.