Pergi ke kandungan

Anjing botak Ecuador

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing botak Ecuador
Nama lainAnjing botak keemasan Ecuador
Negara asalEcuador
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing botak keemasan Ecuador atau anjing botak Ecuador[a] ialah satu baka anjing botak yang berasal dari Semenanjung Santa Elena di Ecuador. Ia kini dianggap sebagai varian paling jarang antara anjing botak.[1]

Baka ini bercirikan ketiadaan hampir lengkap bagi bulu pada tubuh dan kepala. Ia merupakan haiwan dengan tungkai panjang dan mencapai ketinggian 15–18 inci (38–46 cm). Salah satu keganjilan ialah ketiadaan geraham kecil.

Anjing botak keemasan Ecuador ialah salah satu daripada banyak varian yang terdapat di pelbagai negara Amerika Latin. Ia tidak dianggap sebagai baka rasmi, sebaliknya sebagai varian bagi anjing Peru. Banyak figura daripada budaya Valdivia menunjukkan pembelajinakan haiwan ini seawal hampir-hampir tahun 4500 SM. Ia berbeza daripada anjing botak lain kerana anjing botak Ecuador mempunyai ekor lebih pendek dan tidak mempunyai geraham kecil, serta lapis bulunya berwarna lebih keemasan semasa matahari terbenam.[2]

Semasa zaman Sepanyol, bilangannya berkurang hampir dengan kepupusan dan ia menjadi terbatas kepada pinggir laut Teluk Guayaquil. Buat masa ini, ia merupakan salah satu baka anjing botak paling jarang.[perlu rujukan]

  1. ^ Jawi: انجيڠ بوتق ايکوادور‎; Sepanyol: perro calvo dorado ecuatoriano; bahasa Inggeris: Ecuadorian hairless dog
  1. ^ "Hairless Dogs" [Anjing Botak] (dalam bahasa Inggeris). The Canine Information Library. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Disember 2018. Dicapai pada 17 Mei 2025. One of the most naked-skinned and also rarest of all hairless dog breeds. It has a golden colored skin and long legs. Some authors say it may be a cross between the Peruvian Hairless dog and the Mexican Xoloitzcuinli.
  2. ^ Parker, Heidi G.; Harris, Alexander C.; Dreger, Dayna L.; Davis, Brian W.; Ostrander, Elaine Ann (5 Februari 2017). "The bald and the beautiful: hairlessness in domestic dog breeds" [Yang botak dan yang jelita: kebotakan pada baka anjing bela jinak]. Philosophical Transactions of the Royal Society B: Biological Sciences (dalam bahasa Inggeris). Royal Society. 372 (1713): 20150488. doi:10.1098/rstb.2015.0488. ISSN 1471-2970. PMC 5182420. PMID 27994129. S2CID 10376944.

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]