Anjing boxer

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Anjing boxer
Rj boxer.jpg
Anjing boxer perang muda biasa, ekor dan telinga tidak terpotong
Nama lain Anjing boxer Jerman
Ciri
Berat Jantan 66–70 lb (30–32 kg)[1]
Betina 55–60 lb (25–27 kg)
Tinggi Jantan 23-25 in (57–63 cm)[2]
Betina 21.5-23.5 in (53–60 cm)
Bulu Pendek, berkilat, halus, berdekat-dekatan
Warna Perang muda atau brindle, topeng hitam, dengan atau tanpa tanda putih, dan putih
Saiz seperinduk Purata 6–8
Jangka hayat Purata 9–10 tahun[3]
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing boxer (Bahasa Inggeris: boxer) atau anjing boxer Jerman (Bahasa Jerman: deutscher Boxer; Bahasa Inggeris: German boxer) ialah satu baka anjing pendek gempal, bersaiz sederhana dan berbulu pendek dibiakbakakan di Jerman. Bulunyya lembut dan ketat; warnanya ialah perang kekuning-kuningan atau brindle, dengan atau tanpa tanda putih, yang mungkin melitupi seluruh badan, dan putih. Anjing boxer berkepala pendek (bertengkorak luas dan pendek), mempunyai muncung segi empat, prognatisme rahang bawah, rahang sangat kuat, dan gigitan berkuasa ideal untuk terus menggigit buruan besar. Anjing boxer dibiakbakakan daripada anjing buldog Inggeris lama dan bullenbeisser yang kini pupus, dan merupakan sebahagian daripada kumpulan molosser.

Anjing boxer pertama kali ditunjukkan dalam pertunjukan anjing untuk anjing Santo Bernard di Munich pada 1895, kelab anjing boxer pertama ditubuhkan pada tahun seterusnya. Berdasarkan statistik American Kennel Club 2012, anjing boxer kekal sebagai baka anjing ketujuh paling popular di Amerika Syarikat untuk tahun ketiga berturut-turut.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]