Pergi ke kandungan

Anjing gembala kelabu lama Wales

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing gembala kelabu lama Wales
Nama lainWelsh grey
Old Welsh grey
Negara asalWales
Trait
Bulu Berjumbai, berbulu panjang
Pengelasan dan piawaian
Pupus
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing gembala kelabu lama Wales,[a] Welsh grey, atau old Welsh grey ialah satu baka anjing gembala biri-biri yang berasal dari Wales. Ia kini berkemungkinan pupus.[1]

Welsh grey ialah anjing berbulu berjumbai dan panjang, berpenampilan serupa dengan strain pekerja collie berjanggut Scotland atau dengan leluhur kepada anjing gembala lama Inggeris[2] dan baka-baka itu mungkin mempunyai warisan bersama.[1]

Sebagai anjing pekerja

[sunting | sunting sumber]

Seperti collie berjanggut, Welsh grey bekerja dengan cara "bermata longgar" dan hingar yang sangat berbeza daripada collie sempadan dan jenis collie lain, dengan salakan pendek distingtif.[3] Selain digunakan oleh para gembala, baka ini juga popular dalam kalangan penggiring yang membawa haiwan ternakan ke England.[4]

Semua jenis anjing gembala Wales merosot dari segi bilangan dari awal abad ke-20 kerana peningkatan penggunaan collie sempadan untuk penggembalaan. Anjing baka Welsh grey masih terdapat di ladang bukit Wales di hulu Lembah Towy selewat-lewatnya pada tahun 1980-an, tetapi baka ini kini berkemungkinan pupus.[2]

Spesimen Welsh grey disangkakan telah mengiringi para peneroka Wales ke Patagonia[4] dan anjing gembala Patagonia, sebahagiannya, ialah keturunan daripada baka ini.[5]

  1. Jawi: انجيڠ ݢمبالا کلابو لام ويل‌س; bahasa Inggeris: old Welsh grey sheepdog
  1. 1 2 Hubbard, Clifford Lionel Barry (1947). Working Dogs of the World [Anjing Pekerja di Dunia] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Sidgwick & Jackson. m/s. 154. OCLC 1637449.
  2. 1 2 Carpenter, Barbara (Musim Luruh 1994). "On the Welsh Grey" [Tentang Welsh Grey]. The Shepherd's Dogge (dalam bahasa Inggeris). Carole L. Presberg.
  3. Holmes, John (1984). The Farmer's Dog [Anjing Peladang] (dalam bahasa Inggeris) (ed. semakan). London, United Kingdom: Popular Dogs. m/s. 61. ISBN 9780091561215. OCLC 59083497.
  4. 1 2 Davies, John; Jenkins, Nigel, penyunting (2008). "Judul tidak dikenal pasti". Welsh Academy Encyclopaedia of Wales (dalam bahasa Inggeris). Cardiff, United Kingdom: University of Wales Press. m/s. 220.
  5. Barrios López, Natasha Soledad; Fuenzalida, Alvaro; Gómez Jaramillo, Marcelo Alejandro; Heuser, Consuelo; Muñoz, Rodrigo; Ostrander, Elaine Ann; Parker, Heidi G.; González Lagos, César Alejandro (17 Disember 2019). "The Patagonian Sheepdog: Historical Perspective on a Herding Dog in Chile" [Anjing Gembala Patagonia: Perspektif Sejarah tentang Anjing Gembala di Chile]. Diversity (dalam bahasa Inggeris). MDPI. 11 (12): 245. Bibcode:2019Diver..11..245B. doi:10.3390/d11120245. ISSN 1424-2818. S2CID 213463414.