Pergi ke kandungan

Anjing jalanan Filipina

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing jalanan Filipina
Seekor askal betina peliharaan tanpa cawak
Nama lainAskal
Aspin
Negara asalFilipina
Pengelasan dan piawaian
Tidak diiktiraf oleh mana-mana kelab kenel utama
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing jalanan Filipina atau askal (kata lakur daripada asong kalye, yang memaksudkan "anjing jalanan"), juga dipanggil anjing Filipina atau aspin (kata lakur daripada asong Pinoy, yang memaksudkan "anjing Filipina"), merujuk populasi pelbagai bagi anjing baka kacuk bebas merantau yang terdapat di Filipina.

Istilah "askal" ialah neologisme daripada bahasa Filipino dan lazimnya digunakan sebagai istilah menghina untuk memerihalkan anjing terbiar atau anjing baka kacuk yang berkeliaran di jalanan di kawasan bandar dan di kawasan luar bandar di serata negara. Ini dianggap mencerminkan diskriminasi kelas di negara ini, khususnya terhadap unsur peribumi.[1]

Asal usul askal dapat dijejak kembali kepada dua kategori utama. Yang pertama, sesetengah askal sepenuhnya diturunkan daripada baka anjing peribumi yang telah ber-evolusi seiring dengan masa di Filipina. Baka peribumi ini telah menyesuaikan diri terhadap persekitaran tempatan dan mempamerkan pelbagai ciri fizikal dan perangai. Anjing ini telah memainkan peranan penting dalam kehidupan orang Filipina, berkhidmat sebagai teman setia, penjaga, dan malah haiwan pekerja.[2][3]

Askal kerap memaparkan gabungan unik ciri daripada pelbagai latar belakang leluhur. Kepelbagaian ini menyumbang kepada penampilan, perangai, dan kebolehsuaian tersendiri. Ia merupakan anjing yang sangat mudah menyesuaikan diri dan berdaya tahan, yang mampu mandiri dalam keadaan mencabar. Ia mempunyai keupayaan luar biasa untuk menelusuri landskap bandar dan mandiri berdasarkan sisa makanan. Kepintaran dan kecerdasan semula jadi telah memberinya gelaran "asong kalye", yang mencerminkan perkaitannya dengan jalanan.[perlu rujukan]

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, telah ada pergerakan semakin membesar untuk merayakan dan melindungi warisan budaya yang diwakili oleh askal. Pelbagai pertubuhan dan kumpulan kebajikan haiwan sedang berusaha untuk menyediakan penjagaan perubatan, tempat perlindungan, dan kesempatan adopsi untuk anjing terbiar dan anjing terabai. Sebagai tambahan, inisiatif telah dilancarkan untuk mendidik orang awam tentang pemilikan haiwan peliharaan bertanggungjawab, termasuk program pengembirian dan peneuteran, pemvaksinan, dan pelatihan betul.[2][3]

Seekor askal terbiar di Metro Manila

Menjelang lewat abad ke-20, anjing yang lazim terlihat berkeliaran di jalanan dipanggil "askal", iaitu kata lakur terbitan bahasa Tagalog bagi asong kalye, yang secara harfiah memaksudkan anjing jalanan. Pada tahun 2007, Persatuan Kebajikan Haiwan Filipina (PAWS) mencadangkan istilah alternatif "aspin", iaitu singkatan daripada asong Pinoy ("anjing Pinoy") untuk menghindari stigma yang dikaitkan dengan istilah "askal".[4][5]

Dalam bahasa Cebuano, anjing ini dipanggil irong Bisaya, yang secara harfiah memaksudkan "anjing Bisaya" atau "anjing asli", yang berimplikasi bahawa anjing ini tidak dianggap sebagai anjing baka kacuk tetapi seperti anjing baka kacuk yang tidak dibiakbakakan tanpa leluhur tulen.[6] Ini hanya dari sudut pandangan Bisaya memandangkan irong Bisaya tidak berbeza dari segi perwatakan atau penampilan fizikal daripada askal lain yang terdapat di Filipina. Secara fizikal, anjing ini mempunyai "semua rupa bentuk, tatabentuk, dan saiz."[7]

Penampilan

[sunting | sunting sumber]

Aspin tidak mempunyai zuriat jelas yang menyumbang kepada rupanya kini kerana ia dibiakbakakan daripada pelbagai anjing baka kacuk yang berkeliaran di jalanan di Filipina. Walau bagaimanapun, ia mempunyai ciri yang menentukan perbezaannya secara tersendiri.[8]

Lapis bulunya mungkin berbulu pendek atau kasar. Warna lapis bulu berkisar daripada hitam, perang, putih, halia, brindle, kelabu, krim, dan merah merle. Tompok lazimnya terdapat di pangkal ekor dan di belakang dengan cara separa bulat. Muncungnya kadang-kadang kelihatan hitam jika warna lapis bulunya ialah perang. Ekor biasanya terangkat tinggi-tinggi dan telinganya mungkin terkelepai, separa terkelepai, atau menghala ke atas sepenuhnya. Struktur tulang askal asli berada pada julat sederhana, tidak pernah berat seperti anjing Rottweil.[perlu rujukan]

Interaksi dengan manusia

[sunting | sunting sumber]
Seekor aspin jantan dengan cawak

Askal ialah perkataan Filipino yang kerap digunakan untuk merujuk anjing baka kacuk asli terbiar. Menurut Persatuan Kebajikan Haiwan Filipina, terdapat lebih daripada dua belas juta ekor anjing terbiar di Filipina setakat tahun 2019.[9] Ramai menganggapnya sebagai masalah kerana anjing ini dapat bertahan tanpa banyak makanan atau tempat perlindungan sepanjang hidup. Istilah "askal" juga dapat merujuk anjing baka kacuk asli bela jinak. Ia telah diternak secara tradisional sebagai anjing pengawal. Ia secara semula jadi curiga terhadap orang asing, berdikari, dan melindungi anggota keluarga. Ia baik kepada kanak-kanak kecil sebagai teman, kerana kesetiaan kepada anggota keluarga.[perlu rujukan]

Ia dipercayai oleh pemiliknya untuk berkeliaran di pasar atau di kawasan kejiranan untuk bergaul dengan anjing lain. Itulah sebabnya sesetengah anjing bela jinak dipandang oleh orang Barat sebagai anjing terbiar sedangkan sebenarnya mungkin bukan. Walau bagaimanapun, ia dijangka pulang sebelum senja, terutamanya anjing jantan yang sentiasa mencari betina dalam estrus. Anjing betina biasanya tinggal di rumah dan merupakan anjing pengawas cemerlang.[perlu rujukan]

Askal diizinkan bertanding dalam Kejuaraan Ketangkasan Anjing Filipina Pertama pada tahun 2013.[10][11] Pada Pet Express Doggie Run 2015 di Pasay, askal ialah anjing tampilan.[12] Anjing ini ditampilkan dalam esei karya Gilda Cordero-Fernando.[13] Askal telah dilatih oleh Pengawal Pantai untuk mengenal pasti bom dan dadah melalui bau.[14]

Askal ketara

[sunting | sunting sumber]
  • Kabang, seekor askal yang kehilangan muncungnya semasa menyelamatkan dua orang anak kecil[15][16]
  • Buboy, yang menunggu pemiliknya yang telah meninggal dunia beberapa hari sebelumnya. Walau bagaimanapun, Buboy mati selepas dilanggar oleh sebuah kenderaan.[17]
  • Boonrod, yang ditemukan sedang mengayuh dekat dengan sebuah pelantar yang terletak sejauh 130 batu (210 kilometer) di luar pinggir laut Thailand[18]
  • Kilay, juga dikenali sebagai 'Chokoy' yang dipanggil oleh pemiliknya, seekor askal yang bekerja sebagai 'porter' di pelabuhan Polambato, Cebu, Filipina; di sana, ia ditinggalkan oleh pemiliknya.[19]
[sunting | sunting sumber]

Pasukan bola sepak kebangsaan Filipina digelar "Azkals", sempena nama anjing ini.[20]

Ini juga dirujuk dalam sebuah institusi pendidikan satira dan meme Internet menamakan "International State College of the Philippines" sebagai Blue Aspins.[21]

Anjing hutan Filipina

[sunting | sunting sumber]
Anjing hutan Filipina

Philippine Canine Club, Inc. secara rasmi memperkenalkan anjing hutan Filipina atau aso ng gubat, iaitu Irog, Mayumi, dan Mutya, dalam Philippine Circuit Show 2024 (17–21 Januari 2024), iaitu pertunjukan anjing terbesar di Asia di Araneta Coliseum. Kelab itu "berharap bahawa ia akan menjadi baka anjing pertama dari Filipina yang akan diiktiraf oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa".[22] "Aso ng gubat ialah baka primitif yang telah dibentuk melalui pemilihan semula jadi melalui interaksinya dengan persekitaran, jadi ia merupakan baka tulen berbanding dengan aspin atau askal yang merupakan baka kacuk dan ia telah hidup bersama dengan orang peribumi Filipina seperti orang Aeta dan orang Negrito di hutan di negara ini jauh sebelum orang Sepanyol tiba," kata Setiausaha Korporat PCCI Fred Salud.[23][24]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Sumayao, Marco (18 Ogos 2023). "From Pest to Pet: How One Word Transformed Our Classist Attitudes Towards Dogs" [Daripada Makhluk Perosak kepada Haiwan Peliharaan: Cara Sepatah Perkataan Mentransformasi Sikap Klasis Kita terhadap Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Journalixm. Dicapai pada 29 Januari 2026.
  2. ^ a b Pascua, Pablo (17 November 2019). "The Askal or Aspin Dog Breed: From Street Dog to Beloved Pet" [Baka Anjing Askal atau Aspin: Daripada Anjing Jalanan kepada Haiwan Peliharaan Tersayang] (dalam bahasa Inggeris). Dog Breeds FAQ. Dicapai pada 29 Januari 2026.
  3. ^ a b "What Is an Askal Dog? Breed, Trainability, & Other Essential Facts" [Apakah Askal? Baka, Kebolehlatihan, dan Fakta Penting Lain] (dalam bahasa Inggeris). PawsGeek. 28 April 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Julai 2023. Dicapai pada 29 Januari 2026.
  4. ^ Quieta, Racquel (18 Ogos 2021). "August 18 is National Aspin Day" [18 Ogos Hari Aspin Kebangsaan] (dalam bahasa Inggeris). GMA News and Public Affairs. Dicapai pada 29 Januari 2026.
  5. ^ Kalaw, Ana G. (18 Ogos 2007). "'Askal' is out, 'aspin' is in" ['Askal' keluar, 'aspin' masuk] (dalam bahasa Inggeris). The Philippine Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Disember 2023. Dicapai pada 29 Januari 2026.
  6. ^ "Irong 'bisaya' magamit sa bomb sniffing" [Anjing 'Bisaya' digunakan untuk penghiduan bom] (dalam bahasa Cebuano). GMA News and Public Affairs. 22 Jun 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Februari 2009. Dicapai pada 29 Januari 2026.
  7. ^ Honasan, Alya B. (15 Mei 2012). "In praise of the 'asong Pinoy'" [Memuji 'anjing Filipina'] (dalam bahasa Inggeris). Philippine Daily Inquirer. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Jun 2015. Dicapai pada 29 Januari 2026.
  8. ^ "A Guide to Aspins, the Philippines' Native Dogs" [Panduan untuk Aspin, Anjing Asli Filipina] (dalam bahasa Inggeris). Philippine Primer. 3 September 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Februari 2021. Dicapai pada 29 Januari 2026.
  9. ^ Bacelonia, Wilnard (26 Oktober 2023). "Solon seeks to address rising cases of animal abandonment" [Solon berhasrat tangani peningkatan kes peninggalan haiwan] (dalam bahasa Inggeris). Agensi Berita Filipina. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Disember 2023. Dicapai pada 29 Januari 2026.
  10. ^ Bunachita, Jose Santino S. (25 Mei 2013). "Aspin to compete in national dog show" [Aspin bakal bertanding dalam pertunjukan anjing kebangsaan] (dalam bahasa Inggeris). Philippine Daily Inquirer. Dicapai pada 29 Januari 2026.
  11. ^ Awit, Jujemay G. (26 Mei 2013). "From 5 cities, canines come to bow, wow" [Dari 5 kota, anjing datang takjubkan] (dalam bahasa Inggeris). SunStar. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Jun 2015. Dicapai pada 29 Januari 2026.
  12. ^ Bagamasbad, Melissa G. (17 Mac 2015). "Pet Express Doggie Run 2015: 'askals' shine and get second chances at life" [Pet Express Doggie Run 2015: 'askal' bersinar dan dapat peluang kedua dalam kehidupan] (dalam bahasa Inggeris). Interaksyon. Dicapai pada 29 Januari 2026.[pautan mati]
  13. ^ Mendez Ventura, Sylvia (2005). A Literary Journey with Gilda Corder-Fernando [Perjalanan Persuratan dengan Gilda Corder-Fernando] (dalam bahasa Inggeris). Bandar Quezon, Filipina: University of the Philippines Press. m/s. 94. ISBN 9789715424837. OCLC 68453113.
  14. ^ Alquitran, Non (27 Januari 2015). "20 bomb-sniffing dogs from US to secure APEC meet" [20 anjing penghidu bom dari AS bakal jamin mesyuarat APEC] (dalam bahasa Inggeris). The Philippine Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Jun 2015. Dicapai pada 29 Januari 2026.
  15. ^ Campbell, Jeff (7 Oktober 2014). Daisy to the Rescue: True Stories of Daring Dogs, Paramedic Parrots, and Other Animal Heroes [Daisy Datang Menyelamat: Kisah-kisah Benar Anjing Pemberani, Nuri Paramedik, dan Haiwan Perwira Lain] (dalam bahasa Inggeris). San Francisco, California, Amerika Syarikat: Zest Books. m/s. 87. ISBN 9781936976621. OCLC 869437499.
  16. ^ "PHL's hero dog Kabang soon to undergo $20,000 facial surgery in US" [Anjing wira PHL Kabang bakal jalani pembedahan muka $20,000 di AS] (dalam bahasa Inggeris). GMA News and Public Affairs. 9 Oktober 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Disember 2014. Dicapai pada 29 Januari 2026.
  17. ^ Rivera, Jerah May (12 Jun 2019). "Viral dog Buboy gone soon after master's death" [Anjing tular Buboy meninggal sejurus selepas kematian tuan] (dalam bahasa Inggeris). Philippine Daily Inquirer. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Jun 2019. Dicapai pada 29 Januari 2026.
  18. ^ Olarn, Kocha; Berlinger, Josh (16 April 2019). "Dog found swimming 135 miles off the coast of Thailand" [Anjing ditemukan berenang 135 batu di luar pinggir laut Thailand] (dalam bahasa Inggeris). CNN. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 April 2019. Dicapai pada 29 Januari 2026.
  19. ^ Inso, Futch Anthony (5 November 2023). "Kilay, an aspin, works as 'porter' in Bogo port where he was left by his owner" [Kilay, aspin, bekerja sebagai 'porter' di pelabuhan Bogo tempat ia ditinggalkan oleh pemiliknya] (dalam bahasa Inggeris). Cebu Daily News. Dicapai pada 29 Januari 2026.
  20. ^ Lao, Edward (27 Januari 2009). "Philippine United: First Pinoy soccer team in UK" [Philippine United: Pasukan bola sepak Pinoy pertama di UK] (dalam bahasa Inggeris). ABS-CBN News and Current Affairs. Dicapai pada 29 Januari 2026.[pautan mati]
  21. ^ "Happy National Aspin day! Meet Charge..." (dalam bahasa Inggeris). Facebook. 18 Ogos 2022. Dicapai pada 29 Januari 2026.
  22. ^ Llemit, Kathleen A. (2 Januari 2023). "'Asong Gubat,' more canines at return of Philippine Circuit dog show" ['Asong gubat', lebih banyak anjing dalam kepulangan pertunjukan anjing Philippine Circuit] (dalam bahasa Inggeris). The Philippine Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 April 2024. Dicapai pada 29 Januari 2026.
  23. ^ Ragasa, Faith Yuen Wei (10 Februari 2023). "'Asong Gubat': PH group seeks int'l recognition of pure Filipino dog breed" ['Asong gubat': Kumpulan Filipina usahakan pengiktirafan antarabangsa bagi baka anjing tulen Filipina] (dalam bahasa Inggeris). CNN Philippines. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Februari 2023. Dicapai pada 29 Januari 2026.
  24. ^ Llemit, Kathleen A. (16 Januari 2023). "Meet Irog, Mayumi and Mutya: 'Asong Gubat' appears at 2023 Philippine Circuit Dog Show" [Kenali Irog, Mayumi, dan Mutya: 'Asong gubat' muncul dalam Philippine Circuit Dog Show] (dalam bahasa Inggeris). The Philippine Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 April 2024. Dicapai pada 29 Januari 2026.