Anjing pemburu Andalusia
![]() Anjing pemburu Andalusia (kecil). | |
Nama lain | Podenco Andalusia |
---|---|
Negara asal | Sepanyol |
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Anjing pemburu Andalusia atau podenco Andalusia (Sepanyol: podenco andaluz ; [Andalusian hound, Andalusian podenco] Error: {{Lang-xx}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)) ialah satu baka anjing berasal dari Sepanyol, terutamanya dari Andalusia. Anjing ini adalah serupa dengan baka Iberia lain seperti anjing pemburu Ibiza, anjing pemburu Portugis, anjing pemburu Canaria dan maneto. Di Semenanjung Iberia ada lukisan gua yang melambangkan anjing yang mempunyai rupa sama dengan baka ini. Pada kenyataan, anjing itu kelihatan telah dibiakbakan dengan sangat serupa dengan yang kebanyakannya di lembangan Mediterranean sejak zaman purba, termasuk anjing pemburu Etna dan anjing pemburu firaun. Tetapi ada juga tradisi bahawa anjing pemburu atau podenco diperkenalkan ke Sepanyol oleh orang Phoenecia melalui jajahan mereka.
Beberapa kajian genetik pada tahun baru-baru ini telah menyimpulkan bahawa berlawanan dengan kepercayaan meluas bahawa hound ini ialaha sejenis anjing primitif yang diimport kira-kira pada 3,000 tahun lalu dari kawasan Timur Tengah, anjing ini sebenarnya mempunyai hubungan genetik dekat dengan anjing pemburu Eropah lain dan bukan lagi "primitif" daripada kebanyakannya.[1]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
- Kelab Anjing Pemburu Andalusia Kebangsaan (Sepanyol)