Pergi ke kandungan

Anjing pemburu Finland

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing pemburu Finland
Negara asalFinland
Trait
Berat 20–25 kilogram (44–55 lb)
Tinggi Jantan 55–61 sentimeter (22–24 in)
Betina 52–58 sentimeter (20–23 in)
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing pemburu Finland[a] ialah satu baka anjing yang pada asalnya dibiakbakakan untuk pemburuan kelinci dan rubah.[1]

Anjing pemburu Finland ialah hasil daripada program pembiakbakaan pada tahun 1800-an, yang melibatkan anjing-anjing pemburu Perancis, Jerman, dan Sweden. Matlamatnya adalah untuk mengembangkan baka anjing pemburu yang mampu bekerja di rupa bumi berbukit dan di dalam salji tebal.[2] Anjing pemburu Finland menduduki tempat kedua paling popular sesama baka paling popular mengikut pejabat pendaftaran di Finland pada tahun 2013.[3]

Penampilan

[sunting | sunting sumber]

Anjing pemburu Finland ialah anjing triwarna bersaiz sederhana. Jantan berdiri setinggi 55–61 cm (22–24 in) dan betina pula setinggi 52–58 cm (20–23 in).[4] Dewasa biasanya berukuran seberat 20–25 kg (44–55 lb).[5]

Anjing pemburu Finland adalah lebih panjang daripada ketinggiannya dan mempunyai binaan kuat. Bahagian atas tengkoraknya berkubah dan muncungnya sepanjang tengkoraknya. Garis atas tengkoraknya adalah selari dengan batang hidung, yang mempunyai stop halus tetapi jelas dan mesti berwarna hitam. Baka ini mempunyai mata perang gelap, telinga terkelepai, dan gigitan gunting ketat dan lengkap. Tubuhnya berotot dan bersudut baik, diiringi oleh dada dalam dan jelas kelihatan. Pembawaan ekor patut rendah dan sedikit melengkung.[4]

Anjing pemburu Finland meligas dengan ringan dan cekap dengan langkah menjangkau jauh. Garis atasnya kekal sekata dan teguh apabila bergerak.[4]

Anjing pemburu Finland mempunyai lapis bulu pendek, padat, dan kasar. Corak lapis bulu ialah triwarna dengan sawo matang dan hitam sebahagian besar, dan tanda-tanda putih kecil pada kepala, leher, dada, bahagian bawah tungkai, dan hujung ekor.[4]

Anjing pemburu Finland mempunyai perangai tenang dan ramah dan mesti tidak pernah agresif.[4]

Perburuan

[sunting | sunting sumber]

Ia bertenaga dalam perburuan dan merupakan anjing penjejak serba guna. Ia bekerja secara berdikari dan mengejar buruan dengan salakan ghairah. Anjing pemburu Finland ialah anjing pekerja bertenaga dengan stamina hebat.[6]

Kesihatan

[sunting | sunting sumber]

Ataksia serebelum

[sunting | sunting sumber]

Anjing pemburu Finland menderitai penyakit warisan, iaitu ataksia serebelum progresif. Penyakit ini mempunyai permulaan awal, dengan menunjukkan tanda klinikal seawal 3 bulan, dengan gejala yang termasuk geletar, ketidakselarasan motor progresif, dan kelewatan perkembangan.[7][8] Hal ini telah dijejak kepada satu mutasi tak bererti homozigus pada gen yang dipanggil SEL1L. Penyakit ini mungkin dikenal pasti dengan mengesan pengecutan serebelum melalui MRI. Ujian genetik untuk mencegah penyakit ini daripada diwarisi telah dibangunkan.[5][8]

Keadaan lain

[sunting | sunting sumber]

Baka ini juga diketahui kadang-kadang menderitai displasia pinggul, kardiomiopati, limfoma, displasia folikel bulu hitam, dan dermatitis atopi.[6]

Pembiakbakaan dalam

[sunting | sunting sumber]

Purata pekali pembiakbakaan dalam pada tahun 1997 pada anjing pemburu Finland ialah 3.12%.[9]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. Jawi: انجيڠ ڤمبورو فينلند; Suomi: suomenajokoira, Sebutan bahasa Finland: [ˈsuo̯menˌɑjoˌkoi̯rɑ]; bahasa Inggeris: Finnish hound
  1. "RASSTANDARD" [PIAWAIAN BAKA] (dalam bahasa Sweden). Kelab Anjing Pemburu Finland. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 November 2005. Dicapai pada 31 Julai 2013.
  2. "FINNISH HOUND" [ANJING PEMBURU FINLAND] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 2013. Dicapai pada 21 Mei 2026.
  3. "The Labrador Retriever was last year's most popular dog breed in Finland" [Anjing Pengutip Labrador ialah baka anjing paling popular tahun lepas di Finland] (dalam bahasa Inggeris). Suomen Kennelliitto. 4 Januari 2014. Dicapai pada 21 Mei 2026.
  4. 1 2 3 4 5 "FCI-Standard N° 51 SUOMENAJOKOIRA (Finnish Hound)" [Piawaian FCI No. 51 Anjing Pemburu Finland] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 14 November 2000. Dicapai pada 21 Mei 2026.
  5. 1 2 "Finnish Hound" [Anjing Pemburu Finland] (dalam bahasa Inggeris). Disemak oleh Cindy Elston. Wisdom Panel. Dicapai pada 21 Mei 2026.CS1 maint: others (link)
  6. 1 2 "Finnish hound" [Anjing pemburu Finland] (dalam bahasa Inggeris). Nordic Kennel Union. Dicapai pada 21 Mei 2026.
  7. Lin, Liangguang Leo; Wang, Huilun Helen; Pederson, Brent; Wei, Xiaoqiong; Torres Gutierrez, Mauricio Andres; Lu, You; Li, Zexin Jason; Liu, Xiaodan; Mao, Hancheng; Wang, Hui; Zhou, Linyao Elina; Zhao, Zhen; Sun, Shengyi Iris; Qi, Ling (16 Februari 2024). "SEL1L-HRD1 interaction is required to form a functional HRD1 ERAD complex" [Interaksi SEL1L–HRD1 diperlukan untuk membentuk kompleks ERAD HRD1 fungsian]. Nature Communications (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 15 (1). Bibcode:2024NatCo..15.1440L. bioRxiv 10.1101/2023.04.13.536796. doi:10.1038/s41467-024-45633-0. ISSN 2041-1723. PMC 10873344 Check |pmc= value (bantuan). PMID 38365914 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 267722512 Check |s2cid= value (bantuan). Unknown parameter |article-number= ignored (bantuan)
  8. 1 2 Kyöstilä, Kaisa; Cizinauskas, Sigitas; Seppälä, Eija H.; Suhonen, Esko; Jeserevics, Janis; Sukura, Antti Kalle Kalervo; Syrjä, Pernilla Elisabet Sofia; Lohi, Hannes Tapani (14 Jun 2012). Leeb, Tosso (penyunting). "A SEL1L Mutation Links a Canine Progressive Early-Onset Cerebellar Ataxia to the Endoplasmic Reticulum–Associated Protein Degradation (ERAD) Machinery" [Mutasi SEL1L Memautkan Ataksia Serebelum Permulaan Awal Progresif Anjing pada Jentera Degradasi Protein Berkaitan dengan Retikulum Endoplasma]. PLOS Genetics (dalam bahasa Inggeris). PLOS. 8 (6). doi:10.1371/journal.pgen.1002759. hdl:10138/162531. ISSN 1553-7404. PMC 3375262. PMID 22719266. S2CID 8959996. Unknown parameter |article-number= ignored (bantuan)
  9. Karjalainen, Leena; Ojala, Matti Juhani (1997). "Generation intervals and inbreeding coefficients in the Finnish Hound and the Finnish Spitz" [Selang generasi dan pekali pembiakbakaan dalam pada anjing pemburu Finland dan spits Finland]. Journal of Animal Breeding and Genetics (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 114 (1–6): 33–41. doi:10.1111/j.1439-0388.1997.tb00489.x. ISSN 1439-0388. PMID 21395800. S2CID 19289386.