Anjing pemburu Inggeris-Perancis dan Perancis

Anjing pemburu Inggeris-Perancis dan Perancis merupakan sejenis umum anjing pemburu yang menyertakan hound Perancis purba dan baka yang diwujudkan dengan mencampurkan anjing Perancis dengan anjing pemburu rubah Inggeris. Terdapat tujuh baka anjing yang diperihalkan sebagai anjing pemburu Inggeris-Perancis dan Perancis.
Baka
[sunting | sunting sumber]- Anjing pemburu putih dan hitam Perancis, baka asli yang ber-evolusi selama berabad-abad dan dipengaruhi pada abad ke-19 oleh silangan antara anjing pemburu porselin dan anjing pemburu besar Gascogne Saintonge[1][2]
- Anjing pemburu putih dan jingga Perancis
- Anjing pemburu triwarna Perancis, hound klasik yang mengikuti pemburu yang menunggang kuda. Ia serupa dari segi penampilan dengan anjing pemburu Poitou.[3][4]
- Anjing pemburu putih dan hitam besar Inggeris-Perancis, pada asalnya daripada jenis anjing pemburu kacuk Inggeris-Saintonge abad ke-19, iaitu silangan antara anjing pemburu Saintonge dengan anjing pemburu rubah Inggeris
- Anjing pemburu putih dan jingga besar Inggeris-Perancis, pada asalnya daripada silangan antara anjing Billy dengan anjing pemburu rubah Inggeris, menunjukkan banyak bahagian jenis anjing pemburu rubah dari segi penampilan[5][6]
- Anjing pemburu triwarna besar Inggeris-Perancis, baka yang paling dipengaruhi oleh anjing pemburu rubah Inggeris
- Anjing pemburu buruan kecil Inggeris-Perancis, diwujudkan dengan menyilangkan harrier dengan anjing pemburu Poitou, anjing pemburu porselin, anjing pemburu kecil Gascogne Saintonge, dan anjing pemburu biru kecil Gascogne. "Buruan kecil" merujuk anjing yang digunakan terhadap buruan lebih kecil, seperti arnab dan kelinci, bukan saiz anjing.
Nama-nama ini menggantikan nama-nama lama pada tahun 1957, apabila keputusan dibuat untuk menambahkan "Inggeris-Perancis" pada nama-nama bagi semua hound Perancis yang telah disilangkan dengan anjing pemburu rubah Inggeris. "Besar" tidak bermaksud bahawa anjing berkenaan adalah sangat besar, tetapi sebaliknya anjing berkenaan berburu dalam kawanan besar. Perburuan dengan hound pada asalnya dilakukan dalam dua gaya, chasse-à-courre, yang dalamnya kawanan mengejar dan membunuh haiwan buruan, dan chasse-à-tir, iaitu bilamana kawanan (atau kadang-kadang anjing individu) mengelilingi haiwan buruan dan mengejarnya kembali ke arah pemburu menunggu.[7]
Hound pemburu individual adalah tidak sesuai untuk menjadi haiwan peliharaan, memandangkan ia memerlukan banyak ruang, senaman, dan pengendalian berpengalaman. Kebanyakan baka biasanya dibela dalam kawanan yang terdiri daripada 20 hingga 100 ekor anjing. Hound Perancis dan Inggeris-Perancis dibiakbakakan sebagai anjing pemburu, bukan sebagai haiwan peliharaan atau anjing pertunjukan, dan didaftarkan melalui Société Centrale Canine (Kelab Kenel Perancis) dan Persekutuan Kinologi Antarabangsa (FCI). Sesetengah anjing daripada baka-baka ini telah dieksport ke Amerika Utara dan diiktiraf oleh United Kennel Club (Amerika Syarikat), yang telah mengkhusus dalam hound pemburu selama bertahun-tahun. Anjing lain daripada baka-baka ini, terutamanya anjing pemburu buruan kecil Inggeris-Perancis, sedang dibiakbakakan di Amerika Utara untuk pasaran haiwan peliharaan baka jarang dan didaftarkan melalui pelbagai pejabat pendaftaran kecil dan perniagaan pendaftaran anjing berasaskan internet. Satu nama baka tambahan, yang kelihatannya dicipta di Amerika Utara, iaitu anglo-français de moyenne vénerie, kadang-kadang terlihat diiklankan.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Standard FCI N° 220 FRANÇAIS BLANC ET NOIR" [Piawaian FCI No. 220 Anjing Pemburu Putih dan Hitam Perancis] (pdf) (dalam bahasa Perancis). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 12 Januari 2009. Dicapai pada 30 Januari 2026.
- ^ "FCI-Standard N° 220 FRANÇAIS BLANC ET NOIR (French White And Black Hound)" [Piawaian FCI No. 220 Anjing Pemburu Putih dan Hitam Perancis] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Disemak oleh Jennifer Mulholland secara usaha sama dengan Raymond Triquet. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 12 Januari 2009. Dicapai pada 30 Januari 2026.CS1 maint: others (link)
- ^ "Standard FCI N° 219 FRANÇAIS TRICOLORE" [Piawaian FCI No. 219 Anjing Pemburu Triwarna Perancis] (pdf) (dalam bahasa Perancis). Disemak oleh Jean-Maurice Paschoud. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 6 Oktober 2023. Dicapai pada 30 Januari 2026.CS1 maint: others (link)
- ^ "FCI-Standard N° 219 FRANÇAIS TRICOLORE (French Tricolour Hound)" [Piawaian FCI No. 219 Anjing Pemburu Triwarna Perancis] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Davis, Peggy. Disemak oleh Jean-Maurice Paschoud. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 6 Oktober 2023. Dicapai pada 30 Januari 2026.CS1 maint: others (link)
- ^ "Standard FCI N° 324 GRAND ANGLO-FRANCAIS BLANC ET ORANGE" [Piawaian FCI No. 324 Anjing Pemburu Putih dan Jingga Besar Inggeris-Perancis] (pdf) (dalam bahasa Perancis). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 6 Oktober 2023. Dicapai pada 30 Januari 2026.
- ^ "FCI-Standard N° 324 GRAND ANGLO-FRANÇAIS BLANC ET ORANGE (Great Anglo-French white and orange Hound)" [Piawaian FCI No. 324 Anjing Pemburu Putih dan Jingga Besar Inggeris-Perancis] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Davis, Peggy. Dikemaskinikan oleh Jean-Maurice Paschoud. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 6 Oktober 2023. Dicapai pada 30 Januari 2026.CS1 maint: others (link)
- ^ Rogers Clark, Anne; Brace, Andrew H., penyunting (10 November 1995). The International Encyclopedia of Dogs [Ensiklopedia Antarabangsa tentang Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Disumbangkan oleh Renée Sporre-Willes. (ed. ke-1 Amerika). New York, New York, Amerika Syarikat: Howell Book House. m/s. 87. ISBN 9780876056240. OCLC 32697706.
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- Salvadori, Philippe (1996). La Chasse sous l'Ancien Régime [Perburuan dalam Rejim Purba] (dalam bahasa Perancis). Paris, Perancis: Fayard. ISBN 9782213597287. OCLC 36640828.