Pergi ke kandungan

Anjing pemburu Jura Bruno

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing pemburu Jura Bruno
Seekor anjing pemburu Jura Bruno hitam dan sawo matang
Negara asalSwitzerland
Trait
Berat 15–20 kilogram (33–44 lb)
Tinggi 43–59 sentimeter (17–23 in)
Bulu Pendek
Warna Hitam dan sawo matang
Perang dua nada
Pengelasan dan piawaian
Tidak diiktiraf oleh mana-mana kelab kenel utama
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing pemburu Jura Bruno[a] ialah satu baka anjing pemburu bau dari Pergunungan Jura di sempadan Perancis-Switzerland.

Gambaran keseluruhan

[sunting | sunting sumber]

Anjing pemburu Jura Bruno ialah anjing pemburu bersaiz sederhana; ia biasanya berwarna hitam dan sawo matang atau berwarna perang dua nada tanpa putih langsung.[1][2][3] Anjing pemburu Jura Bruno hampir menyerupai anjing pemburu Jura Santo Hubert yang lebih besar, yang dengannya ia berkait rapat, namun ia mempunyai gelambir kurang berjuntai.[2]

Kedua-dua anjing pemburu Jura Bruno dan anjing pemburu Jura Santo Hubert berkait rapat dengan anjing-anjing pemburu Perancis berdekatan; kesemuanya dipercayai telah diturunkan daripada anjing pemburu Santo Hubert. Baka ini terdapat di kedua-dua belah sempadan Perancis-Switzerland; sesetengah penulis percaya bahawa ia berasal usul Perancis, tetapi kebanyakannya memerihalkannya sebagai anjing Switzerland.[1][2][3][4]

Anjing pemburu Jura Bruno digunakan oleh pemburu di Pergunungan Jura di sebelah Switzerland sempadan Perancis-Switzerland untuk memburu rubah, kelinci, dan rusa kecil; ia dikatakan sebagai pengikut sangat berkemampuan bagi bau malis, yang menjadikannya sangat dihargai oleh pemburu tempatan semasa berburu di rupa bumi sukar di kawasan itu.[2][3]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو يورا برونو; Jerman: Bruno Jura Laufhund; bahasa Inggeris: Bruno Jura hound
  1. ^ a b Alderton, David (2000). Hounds of the World [Hound di Dunia] (dalam bahasa Inggeris). Shrewsbury, United Kingdom: Swan Hill Press. m/s. 112. ISBN 9781853109126. OCLC 43674171.
  2. ^ a b c d Fogle, Bruce (2009). The Encyclopedia of the Dog [Ensiklopedia Anjing] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1 Amerika). New York, New York, Amerika Syarikat: Dorling Kindersley Publishing. m/s. 191. ISBN 9780756660048. OCLC 697506545.
  3. ^ a b c Morris, Desmond (2002). Dogs: The Ultimate Dictionary of Over 1,000 Dog Breeds [Anjing: Kamus Muktamad Lebih daripada 1,000 Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). North Pomfret, Vermont, Amerika Syarikat: Trafalgar Square Publishing. m/s. 94. ISBN 9781570762192. OCLC 859060407.
  4. ^ Hancock, David (22 Januari 2014). Hounds: Hunting by Scent [Hound: Perburuan dengan Bau] (dalam bahasa Inggeris) (ed. berilustrasi). Ramsbury, Marlborough, Wiltshire, United Kingdom: The Crowood Press. m/s. 169. ISBN 9781847976017. OCLC 862761249.