Bloodhound

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Anjing pemburu darah)
Jump to navigation Jump to search
Bloodhound
Bloodhound 800.jpg
Bloodhound
Nama lain Anjing Santo Hubert
Anjing pemburu Santo Hubert
Anjing pemburu perlahan
Negara asal Belgium, Perancis, England atau Scotland
Trait
BeratJantan46–54 kg (101–119 lb)
Betina40–48 kg (88–106 lb)
TinggiJantan64–72 cm (25–28 in)
Betina58–66 cm (23–26 in)
BuluPendek dan padat
WarnaHitam dan sawo matang; hati dan sawo matang; merah
Jangka hayat10–12 tahun
Anjing (Canis lupus familiaris)

Bloodhound (bahasa Belanda: bloedhond), atau anjing Santo Hubert atau anjing pemburu Santo Hubert (bahasa Perancis: chien de Saint-Hubert; bahasa Inggeris: Saint Hubert hound), ialah satu baka anjing pemburu bau yang besar pada asalnya dibiakbakakan untuk pemburuan rusa dan babi hutan, tetapi juga digunakan sejak Zaman Pertengahan untuk penjejakan manusia, dan kini paling kerap dibiakbakakan secara tertentu untuk tujuan itu. Diketahui dibiakbakakan daripada hound yang pernah dipelihara di Gereja Santo Hubert di Belgium, ia dikenali di Perancis sebagai anjing Santo Hubert.

Anjing ini masyhur kerana kebolehannya untuk mencerap bau manusia sungguhpun selepas beberapa hari kemudian, menempuhi jarak besar, serta menyeberangi air. Deria bau tajam luar biasanya digabungkan dengan naluri penjejakan kuat, menghasilkan anjing pemburu bau yang unggul, dan ia digunakan oleh polis dan penguat kuasa undang-undang di seluruh dunia untuk menjejak banduan penjara terlepas, orang hilang, kanak-kanak hilang dan haiwan peliharaan yang hilang.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Media berkenaan Chien de Saint-Hubert di Wikimedia Commons