Anjing pemburu rakun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Jangan dikelirukan dengan Dachshund.

Anjing pemburu rakun atau coonhound (Bahasa Inggeris: coonhound) ialah sejenis anjing pemburu bau dan anggota kumpulan hound.

Anjing pemburu rakun ialah gaya Amerika bagi anjing pemburu yang dikembangkan untuk buruan dan keadaan pekerjaan yang dijumpai di Amerika Syarikat.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Dalam zaman penjajahan, anjing pemburu rubah diimport untuk sukan popular pemburuan rubah. Beberapa baka anjing pemburu rubah dan hound pemburu lain diimport dari England, Ireland, dan Perancis, membentuk komposisi awal anjing yang kemudian dikenali sebagai "anjing pemburu Virginia".

Anjing pemburu rubah dijumpai tidak cukup untik pemburuan haiwan yang tidak bersembunyi dekat dengan tanah, tetapi sebaliknya ke atas pokok untuk melepaskan diri seperti rakun, oposum, bobcat, dan juga mangsa lebih besar seperti kugar dan beruang. Anjing berkenaan kerap keliru atau tidak boleh terus berpegang pada bau apabila ini berlaku, dan akan berpusing-pusing kekeliruan.

Namanya diperoleh daripada kegunaan aslinya dalam pemburuan rakun.

Anjing treeing dikembangkan, dipilih untuk deria bau tajam, kebolehan untuk menjejak, mengejar dan mengepung mana-mana cara haiwan yang bebas daripada arahan manusia, dan, yang paling penting, mengikuti haiwan di darat dan apabila ke pokok. Anjing pemburu rakun yang baik akan menyalak dan mengekalkan mangsanya di pokok sehingg pemburu tiba. Anjing pemburu darah secara tertentu ditambahkan ke dalam banyak jurai keturunan anjing pemburu rakun untuk memperbaik kebolehan untuk menjejak. Sesetengah anjing mempunyai jari kaki renang untuk melalui sungai dan paya yang sangat kerap di tanah perburuannya.

Anjing pemburu rakun boleh berburu secara individual atau dalam kawanan. Pada amnya, pemburu tidak mengejar buruannya dengan anjing pemburunya, tidak seperti pemburu rubah teratur, tetapi menunggu dan mendengar raungan tersendiri untuk menentukan sekiranya mangsa telah berada di pokok. Anjing pemburu rakun cemerlang dalam pengendalian semua cara mangsa jika dilatih dengan betul.

Baka[sunting | sunting sumber]

Ada beberapa baka individual anjing pemburu rakun:

Tugu peringatan[sunting | sunting sumber]

Key Underwood Coon Dog Memorial Graveyard di Kaunti Colbert, Alabama, dikhaskan untuk pengebumian anjing rakun.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]